Rabu, Januari 13, 2010

PERDANA MENTERI DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK MENGARAH SEMUA JABATAN & AGENSI KERAJAAN MENYELESAIKAN PERMINTAAN RAKYAT DALAM TEMPOH SESINGKAT MUNGKIN

PM Arah Selesaikan Permintaan Rakyat Sesingkat Mungkin, Kata Rais

KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Rabu mengarahkan agar semua jabatan dan agensi kerajaan menyelesaikan permintaan rakyat sama ada menerusi surat-menyurat atau kelulusan sesuatu dasar dalam tempoh sesingkat mungkin.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata arahan Perdana Menteri itu ialah bagi menjayakan gagasan 1Malaysia di mana rakyat didahulukan tercapai.

"Perdana Menteri lahirkan pandangan untuk menjayakan 1Malaysia dan gagasannya, perubahan yang ketara harus diwujudkan dari segi menjawab surat-menyurat dan mengisi keperluan rakyat menerusi khidmat jabatan masing-masing," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat pasca kabinet di sini Rabu.

Rais berkata Perdana Menteri akan memantau tindakan jabatan dan agensi kerajaan dari semasa ke semasa.

"Walaupun hal ini sudah disebut dalam beberapa tempoh musim lalu, Perdana Menteri akan menyusulnya menerusi tindakan jabatan masing-masing dan akan pantau dari semasa ke semasa supaya khidmat rakyat didahulukan akan menjadi kenyataan," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan