Isnin, Januari 18, 2010

BARISAN NATIONAL PARTI KETINGGALAN ZAMAN ?

Parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) perlu berfikiran sealiran dengan minda masyarakat Malaysia hari ini kerana senario politik kini telah banyak berubah,

Masyarakat kini terutamanya generasi muda yang kebanyakannya berpendidikan tinggi mempunyai pemikiran yang berbeza dengan generasi terdahulu dalam soal politik.

"Sebab itu kita tidak boleh lagi statik. Kita tidak harus ikut cara lampau kerana cara lampau walaupun sudah berhasil, tetapi tidak lagi sesuai dan sebahagiannya mungkin tidak diterima oleh generasi baru,"

Golongan muda ketika ini mempunyai jangkaan (expectation) yang tinggi terhadap kerajaan.

"Kita perlu mengambil kira tuntutan mereka. Sekarang tuntutan mereka jauh lebih tinggi. Tidak seperti masa lampau. Jadi kita berdepan dengan profil rakyat Malaysia yang berlainan,"

Kemenangan tipis BN pada pilihan raya umum yang lepas dan kejatuhan empat negeri di tangan pembangkang perlu ditebus semula pada pilihan raya umum akan datang.

Untuk itu, katanya, parti-parti komponen perlu bermula daripada sekarang untuk mendapatkan kembali sokongan rakyat terhadap BN dan bukan hanya bertindak ketika pilihan raya umum semakin hampir.

"2013 menjelang Mei jika saya tak silap adalah bulan terakhir penggal lima tahun.

"Biasanya Perdana Menteri tak tunggu sampai akhir. Jika mahu tunggu tahun itu baru nak mula, sori...dah terlambat,"

Tan Sri Muhyiddin Yassin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan