Isnin, November 30, 2009

KAUKUS: KEPUTUSAN SAYA BERGANTUNG KEPADA SENARAI ANGGOTA - TENGKU RAZALEIGH

Beliau tidak terdesak untuk membuat keputusan tersebut, tetapi mengharapkan kaukus itu diwakili oleh semua anggota parlimen dari negeri-negeri yang mengeluarkan hasil petroleum.

"Saya nak tengok supaya perwakilan (yang sertai kaukus) lebih menyeluruh. Kalau boleh. Itu yang saya nak sebelum saya bagi kata putus. Saya nak tengok supaya ia tidak ada kaitan dengan politik.

"Saya mahu lihat perwakilan yang seimbang daripada semua anggota Parlimen dari semua negeri khususnya daripada negeri yang mengeluarkan petroleum. Kemudian baru adakan kaukus. Tiada keperluan segera,"

-

Perkataan wang ihsan tidak pernah ada dalam perjanjian, sebaliknya ia dipanggil bayaran tunai.

Bekas Menteri Kewangan Tengku Razaleigh Hamzah

PARLIAMENT: RAZALEIGH INVITED TO LOOK INTO OIL ROYALTY ISSUE

Tiada ulasan:

Catat Ulasan