Ahad, November 08, 2009

BN SABAH TIDAK BOLEH BERSIKAP SELESA

BN Sabah tidak boleh bersikap selesa dengan kedudukan itu kerana tadbir urus kerajaan sekarang tidak lagi seperti biasa.

"Ia tidak boleh jadi seperti biasa. Kita harap rakyat di Sabah dan Sarawak memahami keadaan ini yang mana rakyat kini semakin hari semakin terdidik dan jangkaan mereka semakin tinggi terhadap BN yang memegang tampuk pemerintahan,"

"Mungkin Sabah tidak terkena tsunami politik (pilihan raya 2008). Sabah mungkin sekadar terkena tempias sahaja. Tetapi di Semenanjung kami dihempap dan dipukul badai tsunami, dan oleh itu kita perlu menyedari mesej rakyat kepada kita,"

"Rakyat mahu kerajaan yang sentiasa peka dan sensitif kepada kehendak rakyat dan kita seharusnya menyahut cabaran ini, dan kita perlukan keazaman politik yang baru bertindak sebagai satu pasukan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan