Ahad, November 08, 2009

PERUNTUKAN BESAR UNTUK SABAH & SARAWAK DALAM RMK-10

"Saya pilih menteri mesti datang dari Sabah atau Sarawak kerana ini (pembangunan luar bandar) adalah agenda untuk Sabah dan Sarawak. Apabila kita buat kerja, kita mesti tentukan setiap kampung apa keperluannya di Sabah dan ini telah dibuat oleh makmal NKRA yang bekerja tak kira waktu.

"NKRA untuk masyarakat luar bandar, sebahagian besar daripada peruntukannya akan diberikan kepada Sabah dan Sarawak,"

Rakyat luar bandar di Sabah dan Sarawak juga semakin menyedari keperluan mereka dalam arus pembangunan negara.

Oleh itu, beliau meminta rakyat terus menyuarakan masalah dan keperluan mereka agar kerajaan akan terus mengambil langkah-langkah untuk memberikan keselesaan kepada rakyat.

"Maklum balas daripada rakyat Sabah semakin hari, semakin baik. Kita nak perkara ini diteruskan. Jangan bimbang, kalau peruntukan tak cukup, kita tambah lagi, insyaAllah,"

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan