Rabu, Oktober 14, 2009

LEBIH 120,000 ORANG WARGA ASING DI TAWAU & KUNAK ?

Imigresen daftar 40,000 PATI dalam program pemutihan khas di Tawau, Kunak

TAWAU, 14th October, 2009: Jabatan Imigresen Tawau berjaya mendaftarkan kira-kira 40,000 pekerja asing tanpa izin dari sekitar daerah Tawau dan Kunak, di dalam Program Pemutihan Khas Fasa Pertama yang dijalankan di antara Februari hingga Julai 2009 lalu.

Syamil Chelvam Shah Abdullah Ketua Imigresen Tawau, Syamil Chelvam Shah Abdullah berkata, kini Fasa Ke-2 program itu sedang dijalankan dan setakat 6 Oktober 2009, seramai 3,816 pekerja asing tanpa izin berjaya didaftarkan oleh pihaknya.

“Kita minta para majikan segera mengambil peluang mendaftarkan pekerja mereka sebelum program ini berakhir. Jika program ini tamat dan operasi penguatkuasaan dijalankan, mereka yang didapati berdegil tidak akan terlepas dari dikenakan tindakan undang-undang,” katanya dalam sidang medianya kelmarin.

Untuk rekod, majikan yang menggaji PATI boleh didakwa di bawah Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002), yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun, selain boleh dikenakan sebatan rotan tidak lebih enam kali.

Mereka yang memberi perlindungan kepada PATI pula boleh dihukum mengikut Seksyen 55E, akta yang sama, yang boleh membawa hukuman denda maksimum sehingga RM 30,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan atau kedua-duanya sekali.

image Dalam hal berkaitan, beliau memberitahu bahawa jumlah buruh asing yang sememangnya berdaftar di daerah ini adalah seramai kira-kira 80,000 orang, tidak termasuk yang didaftarkan di bawah program pemutihan khas tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan