Rabu, Oktober 14, 2009

APA BELIA WANITA KATAKAN MENGENAI RASUAH

''Contohnya, pemimpin-pemimpin yang rasuah tidak akan mampu mengekalkan keamanan serta keselamatan bangsa dan negara.

''Rasuah juga akan menyebabkan perpaduan antara kaum yang pelbagai di negara ini berpecah belah yang akhirnya menimbulkan ancaman kepada keamanan negara,"

Norhaslina Rosli, 21, dari Kolej Perubatan Univeristi Malaysia Sarawak (Unimas)

----

''Rasuah juga akan menyebabkan rakyat di negara ini mungkin terpaksa merempat di bawah jambatan dan hidup umpama 'kais pagi makan pagi, kais petang makan petang,''

''Kesannya, rakyat memberontak kerana tidak puas hati dengan kerajaan yang ada dan berlaku perang saudara, pembunuhan beramai-ramai serta saling tidak mempercayai antara satu sama lain,"

Nur Syakina Jamali, 19, dari Kolej Sakura Unimas

----

''Walaupun sesetengah negara itu kaya dengan sumber alam, namun pembangunan infrastruktur terlalu mundur seperti jalan raya, sekolah, hospital dan kemudahan awam tidak dibangunkan secara teratur akibat perbuatan rasuah.

''Sekiranya amalan rasuah dibiarkan berterusan, undang-undang yang melindungi rakyat ketika ini akan dipinggirkan dan seterusnya memungkinkan perundangan negara ditentukan oleh pengamal rasuah,"

Cordelia Herbert, 22, dari Kolej Allamanda Unimas

----

Kaum wanita sememangnya wajar diberi peluang menerajui parti-parti politik di negara ini kerana sifat semulajadi mereka yang sentiasa amanah dan bersungguh-sungguh ketika bekerja,

Antara kelebihan wanita mereka sentiasa melakukan kerja sepenuh hati apabila diamanahkan dan jarang sekali terlibat dalam gejala rasuah.

Pengerusi Yayasan Suara Wanita Malaysia, Tan Sri Zaleha Ismail

Tiada ulasan:

Catat Ulasan