Jumaat, September 11, 2009

PKFZ: TRANSPARENCY INTERNATIONAL-MALAYSIA GESA KERAJAAN BERTINDAK TANPA GENTAR ATAU PILIH KASIH

Transparency International-Malaysia (TI-M) menggesa kerajaan supaya menyiasat dari segenap sudut dan tidak bersikap pilih kasih atau berasa gentar berhubung kemelut Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) dan dalam kes-kes lain.

"TI-M mengalu-alukan dan menyokong penubuhan pasukan khas persekutuan di peringkat tertinggi berkaitan isu PKFZ yang diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan bagi menandakan keprihatinan dan komitmen kerajaan ke arah mencapai kebertanggungjawaban, integriti dan ketelusan.

"Langkah untuk menyiasat dan menangani masalah dalam PKFZ melibatkan kepentingan nasional dan bukan hanya Kementerian Pengangkutan dan menterinya, di mana kemelut ini mempunyai implikasi yang serius terhadap orang ramai, negara dan imej Malaysia di persada antarabangsa,"

"Peraturan tadbir urus semasa untuk agensi kerajaan perlu disemak semula bagi mengambil kira perubahan persekitaran tempatan dan antarabangsa serta kemajuan yang dicapai oleh negara lain, dan jangkaan umum terhadap kebertanggungjawaban, integriti dan ketelusan yang lebih baik.

"Sistem, prosedur dan pandangan jauh perlu ada bagi memastikan tidak lagi berlaku penyalahgunaan kuasa atau penyalahgunaan dana awam oleh mereka yang diamanahkan dengan kuasa,"

Setiausaha agung Transparency International-Malaysia (TI-M) Dr Loi Kheng Min

Tiada ulasan:

Catat Ulasan