Selasa, Jun 23, 2009

POLEMIK KERAJAAN PERPADUAN

PAS TOLAK POLEMIK KERAJAAN PERPADUAN

PAS sebulat suara bersetuju untuk melupakan perihal salah tanggapan yang berlaku antara pimpinan atasan parti itu akibat daripada permainan politik Umno.

image Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata parti itu juga kini bersetuju untuk menolak polemik Kerajaan Perpaduan sepertimana yang diputuskan oleh Presiden PAS dalam satu kenyataan bersama di Bangunan Parlimen petang ini.

"Kami bersama-sama dalam satu saf (pasukan) yang padu untuk terus bersama-sama memperjuangkan keazaman PAS bagi mendaulatkan Islam di persada tanah air," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan khas dengan saf tertinggi kepimpinan PAS di ibu pejabat parti itu di sini, Isnin.

-----------------------

PAS TAK JUJUR CADANG KERAJAAN PERPADUAN : PEMIMPIN BN

image "Ini memang sudah dijangka. Ini semua hanya wayang kulit. Memang ada percanggahan dalam Pakatan Rakyat,"

Presiden Gerakan Tan Sri Koh Tsu Koon

-

image "Apa salahnya kalau kita duduk berbincang. Pada saya menolak terus inilah gambaran kejujuran PAS,"

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

-

image "Ini hal yang mendukacita kepada kita semua khususnya orang Melayu. Bukan nak tubuhkan (kerajaan). Kalau nak duduk pun tak boleh, ini memang merugikan kita,"

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin

-

image "Terpulang kepada mereka kerana mereka yang mencadangkan. Dalam usaha membangunkan negara, kita tak boleh putus asa kerana apa yang penting ialah masa depan negara,"

Naib Ketua Pemuda Umno Datuk Razali Ibrahim

Tiada ulasan:

Catat Ulasan