KENINGAU, 14th May, 2009: Sama seperti pil pencegah kehamilan, kondom turut dijual secara terbuka di kaki-kaki lima daerah ini, membuktikan kebimbangan masya-rakat bahawa gejala sosial di kalangan anak remaja di sini semakin meruncing.
Apakah puncannya? Persoalan itu menjadi tandatanya rata-rata penduduk, pada ketika penguatkuasaan undang-undang kerap dilakukan.
Awal bulan ini sepasang pelancong antarabangsa yang singgah berehat di bandar kecil ini, dalam perjalanan menghadiri Pesta Kalimaran, mendakwa pil pencegah kehamilan dijual secara terbuka di sini, apa yang mereka sifatkan pendorong kepada gejala sosial di kalangan anak-anak remaja.
“Ia tidak berlaku di Eropah,” jelas pelancong itu yang turut terkejut kerana bahan berjadual itu diseludup di sebuah negara jiran.
Selang beberapa minggu kemudian, kondom pula dijual secara terbuka di sini, sekaligus menambahkan kerisauan mas-yarakat khususnnya ibu bapa yang mempunyai anak remaja.
“Harganya di antara RM1 hingga RM5,” jelas seorang pembeli yang merupakan seorang pelajar berumur dalam lingkungan 16 Tahun.
Pelajar salah sebuah sekolah menengah yang hanya mahu dikenali sebagai Yanti, yang pada awalnya tidak memberi kerjasama, tetapi akhirnya membuka mulut selepas dipujuk mendedahkan, kondom yang beliau beli di kaki lima itu untuk kegunaan sendiri.
“Saya ada teman lelaki dan kondom ini untuk keselamatan … saya tidak mahu mengandung,” dedahnya – wartawan membayar RM10untuk mendapatkan maklumat itu daripada pelajar berkenaan.
Seramai 12 responden di kalangan rakan-rakan pelajar itu berkongsi pengalaman dan membeli kondom di kaki lima Keningau, setiap kali hujung minggu ber-sama teman lelaki – pelajar-pelajar ini antara berpuluh-puluh malah mungkin ratusan anak remaja di daerah ini, yang menjadi mangsa gejala sosial.
Ketua Polis Daerah Keningau, DSP Zahari Mohamed, pada sebelum ini menasihatkan ibu bapa, supaya memantau pergerakan anak-anak remaja mereka dalam usaha memastikan tidak terjebak dengan pelbagai gejala sosial.
Sementara itu, Gabungan Anak-Anak Peribumi Pedalaman (Peribumi), meminta kerjasama daripada pengusaha pusat-pusat hiburan supaya mengetatkan kemasukan pelanggan, dengan tidak membenarkan pengunjung bawah umur memasuki premis berkenaan.
“Ia satu langkah untuk menyelamatkan masa depan anak-anak remaja ini,” tegas Peribumi, dan mencadangkan kerajaan supaya melaksanakan lebih banyak program pembangunan insan pelbagai peringkat di kalangan masyarakat.
Institusi pelajaran turut diminta untuk memastikan pelajar mereka tidak terlibat dengan pelbagai gejala sosial, dengan menganjurkan lebih banyak program yang menghalang pelajar berkenaan daripada terlibat dengan kegiatan yang tidak sihat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan