Isnin, Februari 20, 2012

2,000 RIBU PENDUDUK KAMPUNG TABURAN & MANDAWANG, KOTA BELUD, GESA SPRM BUAT SIASATAN, PERMOHONAN TANAH DILULUSKAN UNTUK SEBUAH SYARIKAT

Permohonan tanah diluluskan untuk pihak lain, penduduk gesa SPRM buat siasatan

KOTA KINABALU 20th Feb: Penduduk Kampung Taburan dan Mandawang, Kota Belud menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menyiasat kemungkinan berlaku penyelewengan kuasa dalam proses kelulusan draf geran tanah CL. 035321174 (PT. 79034595) seluas 809.1 hektar di Kampung Taburan oleh pihak berkaitan kepada sebuah syarikat.

Mewakili sekitar 2 ribu penduduk yang menjadi mangsa, Zaimin Tamoulan selaku Setiausaha Badan Bertindak terhadap isu itu berkata beliau amat berharap siasatan dibuat kerana mengesyaki timbulnya penyalahgunaan kuasa dan unsur rasuah terutamanya dalam proses pengurusan sehingga status tanah yang masih dipertikaikan itu diluluskan kepada syarikat berkenaan.

Katanya sebelum itu, penduduk telah mengemukakan surat bantahan terhadap permohonan tanah berkenaan oleh syarikat terbabit ditandatangani beberapa pemimpin masyarakat termasuk Ketua Kampung kampung-kampung terlibat.

Bagaimanapun, jelas beliau mereka mendapati kelulusan tetap diberikan kepada syarikat berkenaan ekoran penarikan diri oleh dua daripada penandatangan surat bantahan terbabit.

“Ketua Kampung Taburan Tambulawan dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) Mandawang dikatakan menarik balik bantahan mereka dan menjadi sebab utama kepada kelulusan yang diberikan.

“Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) katanya mengambil kira penarikan diri pemimpin terlibat sebagai alasan meluluskan permohonan oleh syarikat terbabit pada Disember 2010.

“Perkara ini menimbulkan kekeliruan dan persoalan dalam kalangan penduduk kerana dengan penarikan diri oleh pemimpin terlibat, masih terdapat wakil dua kampung yang mengekalkan bantahan dan berdiri teguh bersama penduduk dalam bantahan itu,” jelas Zaimin kepada New Sabah Times (NST) baru-baru ini di sini.

“Tambahan pula skop jawatan sebagai Pengerusi JKKK sepatutnya tidak mempunyai kuasa ke atas hal-ehwal tanah, jadi bagaimana boleh terjadi sedemikian?,” soalnya.

Mendakwa pihak syarikat telahpun memulakan kerja-kerja pembersihan di kawasan dimaksudkan menggunakan beberapa jentolak, Zaimin berkata tindakan itu menjejaskan kehidupan semua penduduk terlibat.

“Kawasan tadahan air (Taburan Besar dan Taburan Damang) yang merupakan nadi kehidupan penduduk musnah akibat tindakan syarikat berkenaan selain daripada kemusnahan tanaman dan risiko kesihatan berikutan penggunaan racun,” katanya, dan memberitahu penduduk asal di kampung-kampung terlibat terdiri daripada golongan petani dan majoritinya Ketua Isi Rumah Termiskin (KIRT) telah mendiami kawasan itu sekian lama.

Ekoran masalah itu, beliau memberitahu badan bertindak terbabit telah menghantar laporan kepada SPRM dan berharap suruhanjaya itu mengambil langkah segera demi manfaat penduduk.

------------------

KB villagers suspect abuse in land approval

“The main reason for the granting of approval to the company was said to be the withdrawal of the Kampung Taburan Tambulawan village head and the Mandawang Village Security and Development Committee (JKKK) Chairman from being signatories to the protest letter.

“The Lands and Surveys Department allegedly had taken into consideration the withdrawal of the two leaders as a reason for approving the company’s application in December 2010.

“This has raised questions and confusion among the residents because even with the withdrawal of the two leaders, representatives of the villages still maintained their stand against the company’s application for the land,”

Zaimin Tamoulan, who claimed to be secretary of an action group representing about 2,000 affected residents

43 ulasan:

  1. Permintaan rakyat ini harus ditunaikan agar tidak ada lagi rasa sangsi dikalangan rakyat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Demi memuaskan hati rakyat, perkara ini patut diberi perhatian serius. Ambil tindakan segera demi mendedahkan perkara sebenar.

      Padam
    2. Investigation should be made as per requested by the people as they have the rights to know the truth.

      Padam
    3. SPRM perlu melakukan siasatan segera berhubung permohonan tanah yang telah diluluskan untuk sebuah syarikat. kemungkinan berlaku rasuah dalam perkara ini.

      Padam
    4. perhatian perlu diberikan terhadap isu ini.

      Padam
  2. Hal2 seperti ini amat sensitif bagi rakyat kerana ini melibatkan keuntungan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ini berhubung dengan hak mereka. tanah rakyat tidak boleh diambil sesuka hati.

      Padam
  3. Siasat, jangan tak siasat. Siapa tahu memang berlakunya salah guna kuasa untuk kepentingan diri sendiri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya.. jgn biarkan wujud salah guna kuasa.

      Padam
    2. kemungkinan juga wujud salahguna kuasa. tidak mustahil ada pihak yang melakukannya untuk kepentingan sendiri.

      Padam
    3. mungkin juga pekara ini akan disiasat untuk mengetahui apa yang berlaku.

      Padam
  4. “Kawasan tadahan air (Taburan Besar dan Taburan Damang) yang merupakan nadi kehidupan penduduk musnah akibat tindakan syarikat berkenaan selain daripada kemusnahan tanaman dan risiko kesihatan berikutan penggunaan racun,”

    Tindakan segera perlu diambil. Jangan perjudikan nasib rakyat dan alam sekitar.

    BalasPadam
  5. ....mengesyaki timbulnya penyalahgunaan kuasa dan unsur rasuah terutamanya dalam proses pengurusan sehingga status tanah yang masih dipertikaikan itu diluluskan kepada syarikat berkenaan.
    -is there any basis for this matter?

    BalasPadam
    Balasan
    1. If all allegation is true regarding this matter, perhaps SPRM should intervene in this investigation.

      Padam
    2. Betul atau tak tuduhan yang dibuat, yg pasti hal ini harus disiasat.

      Padam
    3. salah guna kuasa semakin menjadi-jadi. harap pihak SPRM dapat menyelesaikan kes tu.

      Padam
    4. dapatkan bukti2 yang kukuh berhubung dengan perkara ini jika benar tuduhan ini benar.

      Padam
  6. “The Lands and Surveys Department allegedly had taken into consideration the withdrawal of the two leaders as a reason for approving the company’s application in December 2010."

    -perhaps the Lands and survey Department should give clarification regarding this matter as well

    BalasPadam
  7. Corruption is a very subjective matter. The implication of any party to this accusation will have a grave consequences should the allegation to be found true.

    BalasPadam
  8. Hopefully the people involve in this matter will conduct themselves in a civilized manner while waiting for the response from the relevant authorities regarding this matter.

    BalasPadam
  9. Kalau bukan pati, tanah... Ada saja masalah yang timbul.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Problems always happens, its up us how to adapt and resolve it.

      Padam
    2. This is a long term problems facing by Sabahan. hope it will over soon.

      Padam
    3. penyelesaian terhadap isu yang timbul harus dicari dengan segera.

      Padam
  10. Harap perkara ini dapat diselesaikan dengan baik.

    BalasPadam
  11. Perkara ini harus disiasat segera dan pastikan tindakan selanjutnya diambil.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tindakan yang bersesuai perlu diambil untuk menyelesikan pekara ini.

      Padam
  12. jika wujud keraguan berhubung kelulusan tanah tersebut, sebaiknya siasatan dilakukan.

    BalasPadam
  13. Hopefully investigations will be made on this company to determine the truth of the allegation.

    BalasPadam
  14. The MACC must take actions to investigate cases that was brought up by the people.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Agree, the MACC have the responsibilities to investigate this case to ensure that no corruption occurs.

      Padam
  15. kalau bukan sebab dua penandatangan itu bertindak menarik diri dari bantahan yang dibuat, penduduk kampung tidak akan kehilangan tanah..

    BalasPadam
  16. pihak sprm memang patut menyiasat kes ini memandangkan wujud unsur2 rasuah antara syarikat tersebut dengan dua orang penandatangan..

    BalasPadam
  17. Nampaknya perkara berkaitan tanah ini masih menghantui penduduk. Namun kerajaan akan memastikan masalah sebegini akan dapat diselesaikan sepenuhnya.

    BalasPadam
  18. Jika benar apa yang didakwa penduduk kampung sudah semestinya SPRM perlu menjalankan tugas mengenai pemberian tanah kepada syarikat yang meragukan ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. biar sprm melakukan apa yang patut berhubung pekara ini.

      Padam
  19. Kes ini perlu diambil tindakkan segera bagi memastikan kes rasuah dapat ditangani.

    BalasPadam
  20. Bantahan yang dibuat ini pasti akan mengundang perkara yang tidak diingini jika tidak diselesaikan sebaniknya. Pihak berkuasa perlu memainkan peranan mereka sebaiknya.

    BalasPadam
  21. harap isu ini akan diselesaikan dengan sebaiknya dan kepentingan semua pihak perlu dijaga.

    BalasPadam
  22. bantahan yng telah di buat,oleh ketua kampung mandawang dan taburan tanga dn damang di tarik balik,kita kena thu sipa yg orang yng menrik balik bantahan???? JIKA KITA MAHU THU SELAJUTNYA,KITA KANA DATANG KE PAJABT TANA UKUR DAN PAJABAT D'RA.DI SITU KITA THU NAMA ORANG YNG MENRIK BALIK.KITA TAK NA TANA MANJDI DARA TPI LAU MEMAKASA..TANA MENJDI DRA,?,DN DI SINI LA MASNYA KERJAN BUKTIKN YNG MERKA,UTMAKN RAKYAT..DN DI SINI LA MSNYA MERKA DATNG KA KAMPUNG TUK MELIHT APA TERJDI DI KAMPUNG..TABURAN DN MANDAWANG..YG KURANG DI PANDANG PERTUKAN JALN DN KEMUDAHAN,SEPRTI KELNIK,DESA..DN BALI BOMBA.PALING PENTING JALN DN KELNIK DESA.SEPRTI SEKRANG..JALN BOLEH DI KTAKN ZAM BERTIS LGI..DI MANA KA JNJI ITU..BUKTIKN SEGLANYA..APA ITU.RKYT DI UTMKN??????????

    BalasPadam
  23. ZAIMIN,SYA HARAP KITA KANA CRI ORANG YNG MENRIK BALIK BANTAHAN.KETUA KAMPUNG MANDAWANG DN TABURAN.DEMI KAMPUNG DN PUSKA DATUK KITA,SYA SNGUP.MASUK LOKP,DEMI PERTHANKN PUSKA DATUK KITA.JIKA ADA BERLAKU DI KAMPUNG MANDAWANG DN TABURAN,SYA..AKN BALIK BILA BILA MSA SJA,APA LGI BPA AKU DI SENTU OLEH PEKRJA KEDATUAN...DN PACIK PACIK AKU DI TABURAN.DN DAMANG.

    BalasPadam
  24. perlu siasatan dilakukan segera dan penyelasaian, selagi rakyat menderita dan sengsara maka tidak pernah aman..hak adalah penting bagi mereka....

    BalasPadam