"Janganlah kita hanya pandai berkata-kata dan mempersoalkan kewibawaan pihak berkuasa tanpa menyedari ia merupakan tanggungjawab kita bersama,"
"Pendedahan media massa mengenai pelbagai gejala sosial yang melanda masyarakat hari ini menunjukkan kegagalan institusi keluarga dalam membentuk sahsiah anak-anak.
"Sejak akhir-akhir ini, hampir setiap hari terpampang berita gempar mengenai gejala sosial dalam media massa. Apa yang lebih membimbangkan ialah masalah keruntuhan moral dan kes jenayah remaja, terutama mereka yang masih bersekolah.
"Kita mendengar mengenai pembunuhan yang dilakukan remaja bawah umur, anak-anak muda yang lari dari rumah, peras ugut, ponteng dan samseng di kalangan murid sekolah,"
Datuk Hamisa Samat berkata pada Program Kempen Cegah Jenayah di Gerakan Daya Wawasan Merotai
Tiada ulasan:
Catat Ulasan