Jumaat, April 17, 2009

PENGAWAL KESELAMATAN SEKOLAH DISYAKI BUNUH DUA BERADIK

image SANDAKAN, 16 April (Bernama) -- Polis menahan seorang pengawal keselamatan sebuah sekolah di Beluran kerana disyaki terlibat dalam kes pembunuhan dua adik beradik perempuan di Kampung Lungmanis Beluran Rabu.

Ketua Polis Beluran DSP Shivanathan R. Velautham berkata lelaki berusia 24 tahun itu ditahan selepas empat jam mayat dua beradik, Norafidah Harianto, 17, dan adiknya Noratipah Harianto berusia enam tahun ditemui dengan kesan tikaman dalam rumah mereka kira-kira pukul 5 petang.

"Lelaki berkenaan ditahan di rumahnya yang terletak kira-kira 100 meter dari tempat mayat dua adik beradik itu dibunuh.

"Polis turut menjumpai sebilah pisau yang dipercayai digunakan untuk membunuh mangsa," katanya dalam satu kenyataan di sini Khamis.

Beliau berkata mayat kedua-dua adik beradik itu yang berlumuran darah ditemui oleh ibu bapa mereka yang baru balik dari bekerja di sebuah ladang di kampung itu.

Siasatan awal percaya motif pembunuhan itu disebabkan cemburu, katanya.

Beliau berkata lelaki berkenaan kini ditahan untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan