KOTA KINABALU, 21 April (Bernama) -- Celcom (M) Berhad memberi jaminan kepada para pelanggannya di Sabah bahawa maklumat peribadi mereka tidak akan didedahkan.
Menurut Celcom, ia memandang serius permintaan Presiden Persatuan Pengguna Sabah (Cash) Datuk Patrick Sindu, supaya syarikat itu segera menjalankan siasatan dalaman berhubung kebocoran maklumat membabitkan panggilan dan khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dibuat oleh pemilik telefon bimbit berdaftar.
Celcom berkata ia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap pihak yang terlibat jika aduan itu terbukti benar.
"Celcom sedang menyiasat dakwaan bagi menentukan kesahihannya. Celcom menegaskan bahawa ia berpegang teguh terhadap dasar kerahsiaan melindungi pelanggan," katanya menerusi satu kenyataan kepada Bernama di sini hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan