Selasa, April 21, 2009

324 PEKERJA DI SABAH DIBERHENTIKAN KERJA AKIBAT KEGAWATAN EKONOMI

image KOTA KINABALU, 21 April (Bernama) -- Seramai 324 pekerja di Sabah diberhentikan kerja dari Ogos 2008 hingga Mac tahun ini akibat krisis ekonomi, kata Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Negeri Datuk Dr Yee Moh Chai.

Beliau memberitahu sidang dewan undangan negeri di sini hari ini, daripada jumlah itu, 249 adalah pekerja tempatan manakala 71 pekerja asing.

Katanya, sekurang-kurangnya 41 majikan telah mengambil tindakan memberhentikan pekerja dengan sektor pembuatan penyumbang tertinggi, diikuti sektor perkhidmatan, pertanian, perhotelan dan restoran.

Yee berkata sepanjang tempoh itu, seramai 139 orang pekerja tempatan Sabah telah diberhentikan kerja dalam pelbagai sektor di Semenanjung Malaysia akibat kegawatan ekonomi.

hamisa samat "Mereka yang terlibat dihubungi untuk dibantu mendapatkan pekerjaan atau menyalurkan mereka untuk mengikuti latihan kemahiran dan diberi insentif bulanan semasa mengikuti latihan berkenaan," katanya ketika menjawab soalan Datuk Hamisa Samat (BN-Tanjung Batu) pada sesi soal jawab.

Yee berkata kerajaan pusat dengan kerjasama kerajaan negeri telah mengambil pelbagai tindakan untuk menghadapi krisis ekonomi global termasuk mengeluarkan garis panduan Pengurusan Pemberhentian Pekerja kepada majikan dan pekerja yang mesti dipatuhi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan