HARI RABU, 21 MAC 2012, PUKUL 10.00 PAGI
Bil. 7
PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN
12. PR-1251-L48614
Dr. Hiew King Cheu [ Kota Kinabalu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah kawasan yang ditanam dengan kelapa sawit di bawah FELDA di Sabah, dan jumlah pengeluaran minyak sawit dari kawasan-kawasan ini, dan cara bagaimana FELDA memberi manfaat kepada rakyat Sabah.
17. PR-1251-L47282
Datuk Bung Moktar Bin Radin [ Kinabatangan ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan :-
(a) jumlah perbelanjaan Kerajaan dalam menaiktaraf jalan luar bandar di Sabah khasnya daerah Kinabatangan; dan
(b) adakah Kementerian bercadang menaiktaraf jalan luar bandar seperti Kg. Keramuak, Bangkulat-Mangkawagu, Kg. Sinar Jaya, Kg. Suan Lamba, Kg. Balat dan Kg.
Kuamut.
21. PR-1251-L47200
Datuk Dr. Marcus Mojigoh [ Putatan ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan :-
(a) jumlah pelaburan langsung asing (Foreign Direct Investment) di Malaysia tahun 2011; dan
(b) apakah faktor-faktor yang menyebabkan minat pelabur asing ini melabur di Malaysia.
42. PR-1251-L47234
Datuk Siringan bin Gubat [ Ranau ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapa bilangan sebenar pemegang kad pengenalan baru terutama sekali di Sabah yang beragama Kristian tetapi tercatat Islam sebagai agama mereka disebabkan pemohon yang menggunakan 'bin' dan 'binti' dalam surat beranak mereka.
Kenapa kesilapan ini berlaku dan bagaimana cara memperbaikinya dengan senang dan cepat yang tidak membebankan kepada mereka yang terlibat.
51. PR-1251-L47496
Datuk Eric Enchin Majimbun [ Sepanggar ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah pinjaman Kerajaan di luar negara dan institusi kewangan dalam negara termasuk Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan bentuk serta kadar nilai untuk membayar balik pinjaman tersebut.
52. PR-1251-L47622
Dato' Haji Abd Rahman bin Dahlan [ Kota Belud ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan senarai projek dan nilai peruntukan setiap satu di bawah Kementerian yang akan dilaksanakan di Kota Belud untuk RMK-10.
57. PR-1251-L47239
Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing [ Tuaran ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan menjelaskan sejauh manakah siasatan ke atas isu National Feedlot Corporation.
58. PR-1251-L47575
Tuan Salleh bin Kalbi [ Silam ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan mengapakah hospital-hospital Kerajaan memerlukan masa yang lebih lama berbanding hospital swasta untuk mengenal pasti jenis penyakit yang dihadapi pesakit walaupun pemeriksaan penuh telah dilakukan doktor pakar.
-------------
HARI KHAMIS, 22 MAC 2012, PUKUL 10.00 PAGI
Bil. 8
PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN
9. PR-1251-L49103
25. PR-1251-L48035
Datuk Sapawi bin Haji Ahmad [ Sipitang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah pemohon bagi Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PRIMA), dan apakah bilangan projek yang dirancangkan dapat memenuhi keperluan/permintaan mereka.
31. PR-1251-L47264
Datuk Seri Panglima Abdul Ghapur Bin Haji Salleh [ Kalabakan ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah Kementerian mempunyai kuasa untuk membanteras kegiatan syarikat penerbangan menyelitkan caj-caj tersembunyi yang ditambah hingga ada yang melebihi harga yang diiklankan.
45. PR-1251-L47509
Datuk Juslie Bin Ajirol [ Libaran ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan kesan ekonomi dan sokongan rakyat kepada pembangunan negara sejak slogan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" di bawah Gagasan 1Malaysia yang diterapkan di bawah pimpinan Perdana Menteri Ke-6.
54. PR-1251-L47567
Tuan Salleh bin Kalbi [ Silam ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan sama ada Kerajaan bersedia untuk memperluas cawangan Universiti Teknologi MARA dan Politeknik dengan mendirikan sebuah universiti atau politeknik yang berkonsepkan agro pendidikan di Parlimen Silam.
--------------
SOALAN-SOALAN MP SABAH BAGI SESI PARLIMEN PENGGAL KE-5 MESYUARAT PERTAMA 2012 (13 & 14 MAC)
SOALAN-SOALAN MP SABAH BAGI SESI PARLIMEN PENGGAL KE-5 MESYUARAT PERTAMA 2012 (19 & 20 MAC)
Good question from Tuan Salleh Kalbi, this shows that we need to have more improvement for the local medical sector in order to give better treatment to the patients.
BalasPadamThe mistaken religion on MyKad is also one of the problems that needs to be rectified by the NRD, hope that the correct religion are imprinted on the people's MyKad.
BalasPadamEntah apa kaitan dengan artikel ni... Tapi saya setuju dengan Anna. NRD patut pastikan tiada keslipan semasa keluarkan MYkad. Jangan suka hati saja letak agama yang salah di Mykad orang. <enyusahkan betul kalau mahu mengurus.
PadamAgama adalah isu yang sangat sensitif dan saya juga setuju dengan Anna. Kesilapan kecil pada maklumat mampu membawa masalah yang besar dan ia sangat menyusahkan.
PadamJPN harus memastikan tidak berlaku kesilapan teknikal dalam pengeluaran MyKad. memang menjadi satu masalah yang besar jika berlaku kesilapan. Lihat saja kes seorang warga tua dari Kangar di mana dalam Mykadnya tertera tahun dia dilahirkan ialah pada 1996 dan masih berusia 15 tahun. Dia mendakwa masalah itu menyebabkan dia terlepas peluang mendapat banyak kemudahan khusus untuk golongan warga emas selain gagal memohon wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).
PadamPemimpin perlulah memahami bahawa mereka adalah pemikul amanah kerajaan untuk membantu dan menjaga kepentingan rakyat
BalasPadamSuara2 MP mewakili suara2 rakyat. Diharap akan banyak isu lagi yang dibahaskan di Parlimen.
BalasPadamBetul Rabbit. Pemimpin adalah harapan rakyat untuk memanjangkan suara mereka. Jadi pastikan para pemimpin menjalankan amanah mereka dengan sempurna.
PadamSemoga persoalan-persoalan itu terjawab sekaligus ada tindakan lanjut dilakukan.
BalasPadamStart sudahkan dewan bersidang tadi.. Haraplah ada jawapan yang memuaskan utk jawapan2 dari wakil rakyat itu nanti.
BalasPadamTeruskan usaha wahai wakil rakyat. Berjuanglah sekuat mungkin kerana perjuangan yang ikhlas pasti akan dihargai rakyat.
BalasPadamIanya petanda positif yang pemimpin peka dengan masalah yang berlaku di sekeliling mereka. Harap ia bukan hanya terhenti sebagai soalan, namun ada jalan penyelesaian yang akan diambil untuk mengatasi.
BalasPadamsemua persoalan adalah baik dan harap ia akan dijawab.
BalasPadamIsu NFC pun tidak ketinggalan dalam pertanyaan yang diutarakan oleh MP di Sabah. Rasanya isu ni tidak lama lagi akan selesai. Shahrizat pun sudah mengambil keputusan untuk berundur.
BalasPadamSemoga lebih banyak hal yang memperjuangkan hak penduduk Sabah dipersoalkan.
BalasPadamKita tunggu saja nanti penjelasan yang diberikan mengenai persoalan yang dikemukakan oleh setiap MP Sabah.
BalasPadamjangan soalan sahaja yang diwar2kan di media, jawapan pun perlu juga dihebahkan..
BalasPadam