Debat Wikileaks, Anwar OK temu PM, RPK
SHAH ALAM 22 Mac 2012– Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata, beliau bersetuju untuk berdebat dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan pengendali blog Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin.
Menurutnya, pengasas Wikileaks, Julian Assange menyatakan bersetuju untuk menganjurkan debat tersebut.
"Saya telah menyatakan persetujuan kepada beliau, kini terpulang kepada Perdana Menteri dan Raja Petra sama ada mereka bersetuju ataupun tidak.
"Ia boleh diadakan di mana-mana saja secara sidang video tanpa bertemu antara satu sama lain, saya menyerahkan kepada mereka bila perlu diadakan. Saya sentiasa bersedia," katanya.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan menerusi Twitter semalam, Wikileaks mempelawa Najib untuk mengadakan debat dengan Anwar dan Raja Petra sama ada secara bersama atau secara berasingan.
Menurut Wikileaks, kenyataan akhbar itu dikeluarkan sebagai respons kepada kontroversi baru-baru ini berkenaan Anwar dan Raja Petra serta kenyataan Najib yang menyusul.
Wikileaks berkata, jika Najib menerima jemputan itu, debat itu akan difilemkan dan akan diikuti oleh lebih 600 juta pengikut laman web kontroversi itu.
Minggu lalu, Najib berkata, keputusan Anwar yang enggan berdebat dengan Raja Petra di Kent, England adalah satu tindakan yang tidak konsisten.
Perdana Menteri berkata, "nampaknya dia (Anwar) tidak sanggup (berdebat dengan Raja Petra)."
Menurut laporan akhbar, Raja Petra mendakwa Anwar "chicken" (pengecut) setelah meminta penganjur "Forum Wikileaks" untuk mengeluarkan nama Raja Petra dari senarai peserta forum itu yang berlangsung pada Sabtu lalu di Kent, England.
Najib berkata, ini menunjukkan apa yang diperkatakan oleh Anwar, tidak sama dengan apa yang dilakukannya.
-------------------
When Wikileaks Founder- Julian Assange is involved, this debat will sure to be epic. I wonder if all parties will agree to debate.
BalasPadamThis will be an interesting debate if it really goes live. We should wait for all related parties to agree for this debate.
BalasPadamMemang interesting tapi dari dorang sajalah kalau mahu adakan debat ni atau tidak. Kalau tak mahu, fokuslah pada isu-isu yang lebih penting lagi.
PadamKemungkinan memang betul ada kuasa asing yang cuba memasuki dunia politik M'sia.
BalasPadamMungkinlah tu. Kalau tak, masakan karau tiba-tiba kan.
PadamHal ehwal negara Malaysia sepatutnya tidak dicampuri oleh mana2 kuasa dari luar. Pasti menjadi satu bencana jika wujudnya pihak ketiga.
PadamTerserahlah dengan PM sama ada mahu berdebat atau tidak.
BalasPadamRasanya PM tidak akan mengendahkan tindakan Anwar mencabar untuk berdebat jika ia tidak memberi manfaat kepada rakyat.
PadamKalau betul debat ini dibuat, punya best. Pasti ramai yang mahu dengar dan lihat secara live.
BalasPadamYa.Mungkin ada yang sanggup ambil cuti untuk tengok debat ini.
PadamNamun, terpulanglah pada PM. Mahu atau tidak itu terletak ditangannya.
BalasPadamKita tunggu sajalah perkembangan hal ini. Susah juga mahu tentukan Najib akan akun berdebat atau sebaliknya.
BalasPadamBE A MAN, JUST DEBATE - MUHYIDDIN
BalasPadamApa yang ditunggu lagi? Berdebatlah kamu, Anwar, RPK, dan Najib. Ia hanya platform untuk lontarkan buah fikiran masing2.
kita tgklah, adakah debat tersebut akan berlangsung.
BalasPadamAnwar sendiri takut berdebat dengan RPK. Apa sebab ini berlaku sebenarnya??
BalasPadamSaya sendiri pun tertanya-tanya. Mungkin RPK ada maklumat sulit mengenai Anwar menyebabkan Anwar tidak bersuara apabila RPK berkata-kata.
BalasPadamuntuk mengelakkan Anwar mati kutu berdebat dengan RPK, terpaksa la beliau cabar PM untuk turut serta.. kenapa Anwar tidak debat saja dengan RPK??
BalasPadam