Sabtu, Mac 17, 2012

SOALAN-SOALAN MP SABAH BAGI SESI PARLIMEN PENGGAL KE-5 MESYUARAT PERTAMA 2012

Berikut adalah soalan yang yang bangkitkan di dalam Sesi Parlimen bagi Penggal ke-5.

HARI SELASA, 13 MAC 2012, PUKUL 10.00 PAGI

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

16. PR-1251-L47285

Datuk Bung Moktar Bin Radin [ Kinabatangan ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan :-

(a) langkah Kerajaan dalam memastikan perkhidmatan maksima yang ditawarkan oleh stesen berbayar televisyen di negara ini; dan

(b) sama ada terdapat cadangan untuk membuka secara liberal kepada umum agar perkhidmatan stesen berbayar televisyen di negara ini lebih berkualiti.

21. PR-1251-L47267

Datuk Seri Panglima Abdul Ghapur Bin Haji Salleh [ Kalabakan ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-

(a) berapa banyakkah dan berapa nilai projek dibawah program Koridor Pembangunan Sabah (SDC) yang telah dilaksanakan dan berapa banyak yang ditawarkan

melalui lantikan secara rundingan terus; dan

(b) siapakah yang mempunyai kuasa untuk memutuskan perlantikan kontraktor pelaksana projek dibawah program ini dan siapakah yang melantik pihak yang berkuasa ini.

23. PR-1251-L47192

Datuk Dr. Marcus Mojigoh [ Putatan ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :-

(a) reaksi rakyat kepada semua program bantuan kepada rakyat negara ini, misalnya BR1M , KR1M, PR1MA, dan lain-lain bantuan yang disenaraikan dalam bajet 2012;

dan

(b) berapakah jumlah dana yang dibelanjakan semua program yang dimaksudkan di atas.

26. PR-1251-L47229

Datuk Siringan bin Gubat [ Ranau ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan kebuntuan proses pelaksanaan jambatan Sungai Keremuok Kawasan N.29 Kundasang.

Walaupun pada suatu masa dahulu kelulusan peruntukan ditawarkan kepada sebuah syarikat tetapi tidak dapat diteruskan. Apakah langkah diambil pihak Kementerian memandangkan penduduk kampung sekitarnya menuntut pelaksanaannya dengan segera.

29. PR-1251-L47378

Datuk Raime Bin Unggi [ Tenom ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan apakah langkah-langkah pihak Kementerian dalam menangani isu penggunaan kulit babi dalam produk pengeluaran barangan kulit di negara ini.

46. PR-1251-L48568

Dr. Hiew King Cheu [ Kota Kinabalu ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan sistem pemberian dana "Satu untuk Satu" kepada semua sekolah-sekolah Kerajaan yang dibantu dan sama ada sistem ini boleh dijalankan semula untuk menyediakan lebih banyak bantuan. Mengapa geran Kerajaan kepada tabung bangunan sekolah di Sabah sedikit sahaja.

51. PR-1251-L47236

Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing [ Tuaran ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bilakah Kerajaan akan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja mengenai isu pendatang tanpa izin seperti yang diluluskan oleh kabinet pada 8hb Februari 2012 dan bolehkah Kementerian mengumumkan kepada dewan terma suruhanjaya tersebut.

ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL

5. PR-1251-U47225

Datuk Dr. Marcus Mojigoh [ Putatan ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa oleh kerana fenomena pemanasan global cuaca pada hari ini tidak lagi dapat diramal malah kejadian banjir kilat berlaku kian kerap."

Dan megambil maklum bahawa keadaan sungai yang telah menjadi cetek disebabkan oleh aktiviti alam semulajadi dan aktiviti manusia telah memburukkan lagi keadaan ini. Dan mengambil maklum juga kebanyakan sungai-sungai tidak disenggara dengan baik dan ini juga menyumbang kepada berlakunya banjir dan banjir kilat. Juga mengambil maklum bahawa, setiap kali banjir dan banjir kilat berlaku, terutama sekali di kawasan Putatan, maka setiap kali juga ianya mendatangkan kesengsaraan dan kerugian harta benda kepada rakyat. Maka dengan ini Dewan hendaklah mengambil ketetapan untuk meminta Kerajaan, melalui Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar untuk mengambil tindakan serta merta untuk memulihkan dan memperdalamkan sungai-sungai yang terdapat dikawasan Parlimen Putatan supaya kejadian banjir dan banjir kilat dapat dielakkan."

(Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar)

6. PR-1251-U47226

Datuk Dr. Marcus Mojigoh [ Putatan ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa hubungan diplomatik Malaysia - Indonesia kerap kali berada dalam keadaan panas." Dan mengambil maklum bahawa "keadaan panas" ini memburukkan lagi oleh hasutan pihak-pihak tertentu sama ada dari Malaysia ataupun Indonesia. Dan mengambil maklum juga bahawa "keadaan panas" ini juga diburukkan lagi dengan isu-isu rentas sempadan, misalnya pertindihan sempadan, pencorobohan nelayan kedua-dua belah pihak dan lain-lain lagi isu. Maka dengan ini Dewan hendaklah mangambil ketetapan untuk meminta Kerajaan, bahawa mengatasi "keadaan panas" ini, satu jawatankuasa khas antara Parlimen Malaysia dan dewan perwakilan rakyat Republik Indonesia hendaklah ditubuhkan untuk menguruskan semula hal-hal yang boleh mengeratkan lagi hubungan dua-hala Malaysia-Indonesia."

(Menteri Luar Negeri)

7. PR-1251-U47227

Datuk Dr. Marcus Mojigoh [ Putatan ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa pada masa ini, negara banyak bergantung dengan bekalan beras import bagi keperluan bekalan beras negara." Dan mengambil maklum bahawa ada kalanya bekalan ini terjejas apabila negara pembekal menghadapi bencana alam misalnya negara Thailand dan Vietnam yang dilanda banjir barubaru ini dimana kebanyakan jelapang padi mereka musnah. Dan mengambil maklum juga bahawa dinegeri Sabah amnya dan kawasan Parlimen Putatan khasnya, terdapat banyak tanah sawah-sawah padi yang terbiar yang mempunyai potensi untuk dibangunkan.

Juga mengambil maklum bahawa, kebanyakannya pemilik tanah sawah terbiar ini adalah dahulunya pesawah-pesawah padi dan ketika ini kebanyakan sawah-sawah mereka ini tidak lagi diusahakan kerana pemilik tadi telah pun menjangkau usia lanjut dan tidak lagi bertenaga untuk mengusahakan sawah-sawah mereka. Juga mengambil maklum bahawa, sekiranya pemilik-pemilik sawah terbiar tadi dapat disatukan dalam koperasi, maka tanah sawah tadi boleh dibangunkan dan dapat menyumbangkan kepada pengurangan import beras negara. Maka dengan ini Dewan hendaklah mengambil ketetapan untuk meminta Kerajaan, bahawa Kerajaan mencari mekanisma khusus untuk menubuhkan koperasi khas dengan pemilik tanah sawah yang maksudkan supaya ianya bukan sahaja dapat menghasilkan beras keperluan negara, malah boleh meningkatkan ekonomi penduduk setempat melalui keuntungan yang dijana melalui koperasi itu kelak."

(Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani)

8. PR-1251-U47228

Datuk Dr. Marcus Mojigoh [ Putatan ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa, kebanyakkan pelajar yang cemerlang dalam mana-mana peperiksaan persekolahan dinegara ini adalah datangnya dari kalangan murid yang berkeluarga mampu atau lebih jelas lagi mereka yang mampu untuk menghantar anak-anak mereka ke kelas bimbingan atau tuisyen." Dan mengambil maklum bahawa, sementara kebanyakan mereka yang kurang cemerlang atau terkandas dalam mana-mana peperiksaan persekolahan adalah dari kalangan mereka yang kurang dan tidak berkemampuan atau lebih jelas lagi dari kalangan keluarga miskin.

Dan mengambil maklum juga bahawa kebanyakan murid-murid yang terkandas ini juga berpotensi untuk cemerlang sekiranya mereka diberikan ruang dan peluang yang secukupnya terutama sekali dari segi sokongan pembelajaran. Juga mengambil maklum bahawa, oleh kerana kemiskinan yang dilalui, kebanyakan murid-murid yang kurang cemerlang dan yang terkandas ini tidak mempunyai tempat belajar yang sesuai untuk pembelajaran di rumah mereka. Serta mengambil maklum juga bahawa, masih terdapat banyak rakyat Malaysia yang prihatin dan sanggup melakukan kerja-kerja kesukarelaan dan dalam hal pembelajaran ini, ada juga antara mereka yang sanggup untuk menjadi tutor secara percuma demi untuk kecermelangan kampung masing-masing. Kekangan program komuniti ini adalah ketiadaan tempat untuk belajar. Maka dengan ini Dewan hendaklah mengambil ketetapan untuk meminta Kerajaan melalui Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah untuk mendirikan balai raya khusus – Pusat Pembelajaran disetiap kampung dan diuruskan oleh pihak JKKK dimana murid-murid dari kampung setempat itu boleh menyiapkan kerja rumah dan ulang kaji di pusat pembelajaran yang dimaksudkan tersebut."

(Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah)

11. PR-1251-U47503

Datuk Eric Enchin Majimbun [ Sepanggar ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan dengan seriusnya mengenai fakta-fakta peristiwa untuk bahan sejarah dan bukan hanya sebagai rekod sejarah tetapi amat penting untuk dijadikan mata pelajaran di sekolah supaya generasi muda mendapat pengetahuan/fakta-fakta yang betul. Contohya seperti fakta penubuhan negara Malaysia yang sesugguhnya bukanlah kemasukan Sabah dan Sarawak dalam Malaysia pada 16 September 1963, tokoh pejuang seperti Mat Salleh dan peristiwa tragedi nahas kapal terbang terhempas pada 6 Jun 1976 yang mengorbankan Ketua Menteri dan beberapa orang Menteri Kabinet Sabah."

(Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan)

12. PR-1251-U47504

Datuk Eric Enchin Majimbun [ Sepanggar ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini memandang serius dengan rampasan-rampasan tanah di seluruh negara khasnya di Sabah oleh pihak-pihak tertentu bagi perusahaan pertanian sehingga hasil pendapatan tanaman dan rumah kediaman rakyat yang mempunyai hak asasi anak negeri di Sabah telah dirampas tanpa pertimbangan dan paling menyukarkan rakyat apabila pihak-pihak tertentu tersebut dibantu oleh penguat kuasa Kerajaan."

(Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar)

13. PR-1251-U47505

Datuk Eric Enchin Majimbun [ Sepanggar ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan yang mulia ini memandang seruis terhadap pembinaan rumah-rumah bertingkat (PPR) dengan jumlah yang besar sehingga melebihi 1,000 unit di satu-satu tempat tanpa penyediaan keperluan asas seperti bekalan air, elektrik dan jalan raya serta kesesuaian lokasinya. Kerajaan seharusnya mengambil tindakan serius agar sosial, budaya dan adat resam rakyat tidak diketepikan serta kesihatan dan keselamatan haruslah dipertingkatkan."

(Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan)

14. PR-1251-U47506

Datuk Eric Enchin Majimbun [ Sepanggar ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil perhatian serius dengan peningkatan penduduk yang luar biasa di Sabah bermula pada tahun 1970 hingga 2010 berbanding dengan kepadatan penduduk di seluruh negara khasnya negeri jiran di Sarawak di mana statistik pertumbuhan penduduk yang diperoleh, melalui jawapan dari Jabatan PerdanaMenteri pada 16 Mac 2011 adalah seperti berikut:

Tahun

Malaysia

Sarawak

Sabah

1970

10,439,430

976,269

636,431

1980

13.1 juta

1.2 juta

1,011,040

1991

17.6 juta

1.6 juta

1,734,685

2000

22,202,614

2,012,616

2,488,348

2010

27,565,821

2,420,009

3,120,040

Kenaikan

17,126,391

1,433,740

2,483,609

Kenaikan %

165%

148%

390%

(40 tahun) Maka itu, kenaikan penduduk yang melambung tinggi di Sabah tentunya ada punca dan sebab yang sangat luar biasa jika dibandingkan dengan negeri Sarawak yang mempunyai bentuk keadaan geografinya agak mencabar berbanding dengan Sabah."

(Perdana Menteri)

67. PR-1251-U47677

Datuk Chua Soon Bui [ Tawau ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan yang mulia ini membincang sebab-sebabnya mengapa Kementerian serta MCMC belum lagi berusaha atau mengambil sebarang tindakan drastik untuk menyelesaikan masalah gangguan perkhidmatan Internet yang terlalu lama tertunggak di Sabah terutama sekali di Tawau. Memandangkan pembekal-pembekal perkhidmatan Internet yang bermonopoli telah gagal memberi perkhidmatan berterusan dan memuaskan di Sabah selama banyak tahun ini, Kementerian seharusnya bertanggungjawab kepada rakyat dan membenarkan lebih ramai pembekal perkhidmatan Internet meningkat dan menambahbaik perkhidmatan Internet di Sabah."

(Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan)

68. PR-1251-U47687

Datuk Chua Soon Bui [ Tawau ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan yang mulia ini membincangkan masalah terlalu lama tertunggak iaitu kegagalan Kementerian dalam menyediakan guru-guru Cina dan yang fasih dalam bahasa Cina untuk mengajar di SJK(C) di Malaysia terutama sekali di Sabah sedangkan ianya satu-satunya obligasi dan tanggungjawab Kementerian dan Kerajaan. Apakah tindakan-tindakan yang akan diambil Kementerian untuk mengatasi masalah di atas agaar tidak menyingkirkan pendidikan bantuan

Kerajaan yang seterusnya akan menjejaskan mutu dan pembangunan pendidikan SJK(C) di Malaysia."

(Menteri Pelajaran)

69. PR-1251-U47697

Datuk Chua Soon Bui [ Tawau ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan yang mulia ini mengambil ketetapan mendesak supaya Kerajaan mengambil tindakan tegas untuk melindungi kepentingan Hak Adat Natif (NCR) dan Hak Tanah Adat Natif di Sabah, memandangkan lebih daripada 800 aduan telah diserah kepada SUHAKAM berhubung pengusiran dari tanah adat dan tanah-tanah itu diberi kepada syarikat-syarikat besar, walaupun ramai orang natif telah menunjukkan bukti yang mencukupi terhadap pemilikan tanah mereka itu di bawah Hak Tanah Adat Natif."

(Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar)

70. PR-1251-U47710

Datuk Chua Soon Bui [ Tawau ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan yang mulia ini membincangkan pelan tindakan dan jangka masa penubuhan sebuah Suruhanjaya Penyiasatan DiRaja (RCI) berhubung pendatang-pendatang tanpa izin di Sabah, yang seharusnya meliputi wakil-wakil orang awam, serta mengumumkan kesan-kesan negatif dan ancaman kepada rakyat Sabah sebelum pilihan raya umum yang ke-13."

(Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar)

71. PR-1251-U47712

Datuk Chua Soon Bui [ Tawau ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan yang mulia ini membincang cadangan untuk menubuhkan satu penyiasatan bebas berhubung banyak aduan terhadap banyak kejadian kematian dan kecuaian perubatan di hospital-hospital Kerajaan Sabah, terutama sekali berhubung kelewatan rawatan perubatan bagi seorang budak lelaki yang berumur 7 tahun, seorang lelaki berumur 21 tahun yang tersalah diagnos di Tawau, dan kecuaian dalam pentadbiran ubat kemoterapi di Kota Kinabalu, supaya penyiasatan ini adil saksama dan keputusan penyiasatan ini dapat diumumkan secara terbuka dengan persetujuan keluarga-keluarga yang terlibat."

(Menteri Kesihatan)

72. PR-1251-U47720

Datuk Chua Soon Bui [ Tawau ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan yang mulia ini membincangkan tindakan-tindakan segera yang diambil untuk memastikan bahawa tiada sebarang hospital Kerajaan di Sabah yang menghadapi sebarang gangguan bekalan elektrik atau air memandangkan gangguan-gangguan bekalan elektrik baru-baru ini di Hospital Queen Elizabeth di Kota Kinabalu selama lebih daripada tiga jam berterusan dan sebilangan pesakit kritikal terpaksa dipindahkan ke Hospital Queen Elizabeth Kedua (QEH2)."

(Menteri Kesihatan)

47. PR-1251-U47313

Dato' Zulkifli bin Noordin [ Kulim Bandar Baru ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan mendesak Perdana Menteri supaya dengan segera mewujudkan Kementerian Hal Ehwal Sabah & Sarawak (atau singkatannya “KHASS”) dengan seorang Menteri berjawatan penuh untuk menjaga hal ehwal pembangunan, infrastruktur, kebajikan dan kepentingan rakyat Sabah & Sarawak termasuk memberi portfolio berkaitan Koridor Ekonomi Sabah/Sarawak, dan kesemua agensi pembangunan Persekutuan mestilah melalui Kementerian ini supaya segala projek pembangunan & infrastruktur di Sabah dan Sarawak dapat diselaraskan dan dikawal selia serta dipantau dengan lebih berkesan."

(Perdana Menteri)

HARI RABU, 14 MAC 2012, PUKUL 10.00 PAGI

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

1. PR-1251-L47507

Datuk Juslie Bin Ajirol [ Libaran ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan sumbangan-sumbangan yang telah diusahakan selama ini oleh Kerajaan Malaysia terhadap negara Palestin.

8. PR-1251-L48606

Dr. Hiew King Cheu [ Kota Kinabalu ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan mengapa projek-projek perumahan Kerajaan di bawah SPNB di Sabah lewat atau diarahkan berhenti kerja, dan meminta untuk memberikan tarikh siap sebenar setiap projek perumahan.

17. PR-1251-L47384

Datuk Raime Bin Unggi [ Tenom ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan jumlah perolehan iklan mengikut tahun bagi BERNAMA TV sejak pengoperasian saluran berita televisyen 24 jam itu.

37. PR-1251-L47237

Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing [ Tuaran ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan kenapakah banyak bantuan kebajikan yang telah diberi di bawah Skim Cari di kawasan Tuaran dan juga di Sabah diberhentikan.

41. PR-1251-L48397

Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan [ Keningau ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan apakah langkah-langkah yang sedang diambil untuk mengurangkan kos hidup yang membebankan rakyat atau kos pengeluaran atau kos perniagaan di negeri Sabah yang membantut pembangunan dan perkembangan ekonomi.

42. PR-1251-L47423

Datuk Chua Soon Bui [ Tawau ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan :-

(a) apakah nama-nama sekolah rendah Cina di Sabah yang masih menghadapi masalah kekurangan guru-guru, terutama guru-guru mata pelajaran Cina dan apakah tindakan-tindakan yang diambil untuk membetulkan keadaan itu; dan

(b) apakah sebab-sebab dan tindakan-tindakan untuk menyelesaikan masalah pembatalan GSH (Guru Sambilan Harian) dan penggantian mereka dengan Guru Gantian

62. PR-1251-L47621

Dato' Haji Abd Rahman bin Dahlan [ Kota Belud ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada pelabuhan Kuala Abai di Kota Belud akan dijadikan sebagai pusat aktiviti minyak dan gas memandangkan telaga-telaga minyak yang baru dijumpai berdekatan dengan Kota Belud.

63. PR-1251-L47193

Datuk Dr. Marcus Mojigoh [ Putatan ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :-

(a) sama ada matlamat semangat perjanjian damai dengan Parti Komunis Malaya telah dicapai; dan

(b) jenis-jenis kemudahan dan bantuan yang telah diberikan kepada bekas ahli Parti Komunis Malaya untuk penyerapan semula ke dalam masyarakat dan berapakah kos keseluruhan bagi maksud di atas.

----

HARI KHAMIS, 15 MAC 2012, PUKUL 10.00 PAGI

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

5. PR-1251-L47624

Dato' Haji Abd Rahman bin Dahlan [ Kota Belud ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan apakah yang menghalang Kerajaan untuk membina lebuh raya 2 lorong (dual carriageway) dari Kota Kinabalu ke Sandakan. Bilakah lebuh raya dual carriageway ini akan direalisasikan.

11. PR-1251-L48036

Datuk Sapawi bin Haji Ahmad [ Sipitang ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan status kemajuan pelaksanaan projek lebuh raya Pan-Borneo menghubungkan Sarawak-Sabah tanpa melalui negara Brunei Darussalam.

12. PR-1251-L47425

Datuk Chua Soon Bui [ Tawau ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan :-

(a) apakah pelan-pelan Kementerian untuk memastikan bahawa ladang-ladang sawit dan industri sawit Malaysia sentiasa mampu bersaing dalam pasaran global bila Indonesia telah mengurangkan cukai eksport; dan

(b) apakah sebab-sebabnya penangguhan penguatkuasaan kuota-kuota pengecualian cukai eksport minyak sawit dan bilakah kuota-kuota itu akan dikuatkuasakan lagi.

25. PR-1251-L47570

Tuan Salleh bin Kalbi [ Silam ] minta MENTERI PELANCONGAN menyatakan kesediaan Kerajaan untuk membangun dan mewartakan Tungku sebagai sebuah pusat pelancongan bagi memperkenalkan Air Terjun Madai, Gua Madai, Tabin Wildlife Reserve dan lain-lain keunikan alam di lembah ini sebagai sebuah pusat pelancongan yang berkonsepkan “eco-tourism”.

34. PR-1251-L47486

Datuk Eric Enchin Majimbun [ Sepanggar ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bagaimana sebilangan orang memiliki lebih daripada satu kad pengenalan contohnya, Amistari bin Mustari, K/P: 770111-12-5819, H 0888166, H 0556718. Adakah kesemua kad pengenalan tersebut tulen, jika tidak siapakah pemilik sebenar kad pengenalan ini.

-----------

Laman Web Rasmi Parlimen Malaysia

25 ulasan:

  1. Cadangan dan pertanyaan yang baik daripada MP-MP kita, diharapkan kerajaan akan berusaha menjawab pertanyaan seperti ini dan juga mengambil pertimbangan terhadap cadangan yang diberikan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Segala cadangan harus dikaji dengan teliti, berkemungkinan diantaranya membawa kesan positif untuk perkembangan negara.

      Padam
    2. harap setiap soalan yang diberikan itu dijawab dengan dengan jelas.

      Padam
  2. MP perlulah mengambil peluang bila sesi parlimen untuk membangkitkan isu-isu yang perlu diselesaikan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. The parliament sessions are indeed a good opportunity for the local MP's to raise their questions and suggestions. Hopefully these sessions can help come up with the right solutions for the issues raised.

      Padam
    2. setuju, setiap mp harus menggunakn peluang ini untuk bertanyakan soalan dan memberikan cadangan yang memberikan kebaikan kepada rakyat.

      Padam
  3. The higher authorities and the Sabah government must give attention to those matters raised so that the problems can be resolved accordingly.

    BalasPadam
    Balasan
    1. This is a good effort being shown by the MP. It is an indication that they are playing their part in voicing out the concern of the people at parliment.

      Padam
    2. Hopefully once all this matter has been voice out by the in parliment, not only the matters being address by the government, but also swift action will follow suit.

      Padam
    3. masing-masing memainkan peranan untuk memperjuangkan yang terbaik untuk rakyat.

      Padam
  4. CM Datuk Musa Aman has pledged that the BN govt will always look after the needs of the people. continuous distribution of various forms of assistance by the government helped to improve the people’s source of economy and livelihood.

    BalasPadam
  5. Pemimpin peka dengan masalah yang melanda di Sabah melalui soalan dan cadangan yang mereka utarakan. Cuma masa yang diambil untuk melaksanakan sesuatu perancangan itu yang mengambil masa. Spekulasi yang sengaja diadakan lagi hanya mengelirukan rakyat dan memandang negatif terhadap kerajaan. Walhal, mereka sedang mengusahakan sesuatu perancangan itu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. harap cadangan-cadangan yang yang diberikan akan diteliti dan dipertimbangkan.

      Padam
  6. MP should sensitive to the people issues.

    BalasPadam
  7. They should voice out the people concern in the parliment.

    BalasPadam
  8. The government should welcome more suggestion and proposal so that we can do better.

    BalasPadam
  9. byk pernyataaan dan cadangan yanbg dkemukakan dalam sesi parlimen kali ini. semoga semua yang diutarakan ini akan diambil tindakan.

    BalasPadam
  10. Di sinilah peluang untuk semua MP menyuarakan apa masalah yang dihadapi oleh Sabahan. Suarakan supaya pihak atasan akan mengambil langkah penyelesaian dan membincangkan perkara ini.

    BalasPadam
  11. Saya percaya MP sekalian tidak akan duduk diam untuk membantu penduduk Sabah. Saya sokong kerajaan BN kerana mereka tetap yang terbaik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. semoga setiap mp akan menggunakan peluang ini untuk memberikan cadangan yang baik untuk semua.

      Padam
  12. Kemukan pelbagai masalah yang dihadapi oleh penduduk. Itu adalah perkara yang kita mahukan sebagai seorang yang bertanggungjawab.

    BalasPadam
  13. Sebaiknya pemimpin Sabah seharusnya menyuarakan dan peka dengan pelbagai isu yang berkaitan dengan penduduk Sabah sendiri. Pelbagai isu dibangkitkan oleh pembangkang maka itu adalah antara isu yang perlu diketengahkan.

    BalasPadam
  14. Berikan perhatian kepada Isu di Sabah yang memberikan masalah terhadap Sabah. Suarakan selagi boleh. Jangan lepaskan begitu saja.

    BalasPadam
  15. harap MP-MP akan menjalankan tugas mereka dengan baik dan memberikan cadangn yang bernas.

    BalasPadam
  16. banyak juga soalan yang dikemukakan.. tapi tidak semua MP ini mengemukakan soalan2 yang menjurus kepada masalah kritikal di Sabah.. syabas kepada MP yang berani mengemukakan soalan yang berkaitan dengan RCI, pertumbuhan penduduk Sabah, NCR dan kemudahan prasarana seperti jalanraya..

    BalasPadam