Kegiatan Dua Kanak-kanak Mencuri Di Rumah-rumah Putrajaya Terbongkar
PUTRAJAYA Nov 1, 2011: Kegiatan dua kanak-kanak lelaki berusia tujuh dan lapan tahun yang mencuri di 26 buah rumah penduduk di sekitar presint 8 di sini terbongkar apabila mereka sendiri memberitahu rakan-rakan mengenai kegiatan itu. Ketua Polis Putrajaya, Superintenden Abdul Razak Abd Majid berkata seorang rakan mereka terkejut apabila diberitahu barang-barang rumahnya sendiri juga telah dicuri.
Kanak-kanak itu memasuki rumah berkenaan dengan menggunakan kunci yang ditinggalkan di luar rumah.
"Kedua-dua kanak-kanak lelaki tersebut bukan sahaja memberitahu malah menunjukkan barang-barang yang mereka telah curi.
Berang dengan keadaan itu seorang rakan sekolah mereka memberitahu ayahnya. "Terkejut mendengar perkara tersebut, ayah berkenaan segera membuat laporan kepada pihak polis dan kedua-dua budak itu ditangkap secara berasingan pada 5.40petang dan 6.30 petang di rumah masing-masing pada 28 Oktober lalu," kata Abdul Razak kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya di sini.
Abdul Razak berkata setelah disoal siasat pihak polis, kedua-dua mereka mengakui telah menjalankan kegiatan mencuri itu sejak enam bulan lalu.
Beliau berkata dua kanak-kanak itu melakukan perbuatan mencuri dengan mengambil kunci yang diletakkan di luar rumah, biasanya di dalam kasut, apabilatuan rumah keluar bekerja pada waktu pagi.
Menurutnya, kanak-kanak itu sepatutnya pergi ke sekolah pada waktu tersebut,sebaliknya ponteng bagi melakukan perkara itu.
"Mereka mengambil duit dan barang-barang yang terdapat dalam rumah yang dibuka dengan menggunakan kunci yang ditemui.
Bagaimanapun ini tidak melibatkanbarang-barang lain yang berharga," katanya.
Gambar Hiasan
Beliau berkata kanak-kanak itu menggunakan wang yang dicuri untuk membeli-belah di Alamanda di sini.
Abdul Razak berkata kedua-dua budak tersebut akan diserahkan kepada JabatanKebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan lanjut.
"Mereka tidak boleh didakwa kerana masih lagi kecil (di bawah umur), oleh itu tindakan susulan akan dibuat oleh JKM," katanya.
Abdul Razak mengingatkan penduduk di Putrajaya menghentikan amalan meletak kunci di luar rumah ketika keluar demi mengelakkan kejadian curi seperti itudari terus berlaku.
Perkara seperti ini jarang berlaku, Ibu bapa harus melakukan sesuatu agar perkara ini tidak berlulang lagi.
BalasPadamSikap berjaga2 harus sentiasa diamalkan.
BalasPadamBagaimana ibu-bapa mereka mendidik anak?
BalasPadamHarap ibu-bapa budak-budak ini akan mengambil tindakan untuk menunjukkan jalan yang betul kepada anak mereka.
BalasPadamkecil2 dah pandai melakukan jenayah, kedua kanak2 tersebut harus dibimbing agar mereka menjadi insan yang berguna.
BalasPadamtidak sangka pula, usia seperti itu sudah berani mencuri di rumah orang lain..
BalasPadamsiapalah ibubapa budak ni.. takkan tidak tahu kegiatan anak sendiri, lebih2 lagi dalam usia semuda itu..
BalasPadamsudah 6 bulan baru mereka dapat mengetahui siapa pencurinya? licik juga budak2 ni ya..itu pun diketahui bila budak2 tu sendiri yang mengakui perbuatan mereka.
BalasPadamRosak budak2 sekarang ni.
BalasPadamBagus juga budak ini tahu tuan rumah akan simpan kunci ditempat rahsia.
BalasPadam