Selasa, November 01, 2011

PORTAL PEMBASMIAN KEMISKINAN EKASIH

eKasih Portal Pembasmian Kemiskinan

Dari blog kulanzsalleh.com

Portal Pembasmian Kemiskinan ekasih

Pagi tadi sempat menghadiri mesyuarat rutin pejabat. Dalam mesyuarat berkenaan, salah satu perkara yang turut disampaikan adalah berkenaan permohonan bantuan rakyat miskin 2011 melalui Portal Pembasmian Kemiskinan eKasih.

Mengikut apa yang disampaikan, portal ini sudah wujud agak lama sebenarnya. Tapi masih ramai yang kurang mengetahui kewujudannya sebagai portal untuk menyalurkan maklumat kemiskinan. Dan sejujurnya sayapun baru mengetahui adanya portal khusus ekasih walaupun istilah ekasih sudah selalu saya dengar.

Apa yang membuatkan saya terfikir cukup penting untuk saya kongsikan maklumat tentang Portal eKasih di blog ini, melalui makluman yang disampaikan, bermula pada tahun hadapan (2011) semua bantuan persekolahan, antaranya Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAMP), Skim Bantuan Tuisyen (SBT), eKasih dan beberapa bantuan lain akan disalur berdasarkan data yang dikutip daripada maklumat eKasih. Dengan kata lain, sekiranya ibu bapa yang layak dan ingin memohon bantuan yang dimaksudkan, mereka hendaklah mendaftar sendiri maklumat peribadi secara online di portal yang disediakan.

Siapa yang layak mendaftar?

Semua Ketua Isi Rumah (KIR) yang berpendapatan kurang daripada RM1,500 (Bandar) atau RM1,000 (Luar Bandar) sebulan adalah layak dan digalakkan untuk mendaftar.

Sekiranya tiada anak yang masih bersekolah adakah perlu untuk memohon? Ya. Sebab bantuan dalam bentuk lain, contohnya pemberian rumah melalui Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) juga adalah berdasarkan kepada data/maklumat eKasih. Begitulah seperti yang difahamkan.

Pendaftaran untuk tujuan berkenaan cukup mudah, hanya perlu klik pada menu Pendaftaran Ringkas, kemudian isikan maklumat yang dikehendaki. Pendaftaran cukup mudah dan hanya memerlukan masa yang singkat. Pemohon hanya perlu mengisi beberapa butiran ringkas. Ruangan yang bertanda asterisk (*) adalah maklumat yang wajib diisikan.

Pemakluman Mengenai Kemiskinan

Selain daripada itu, Portal eKasih juga menyediakan kemudahan untuk kita memaklumkan sebarang maklumat yang berkaitan dengan kemiskinan untuk semakan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri. Kemudahan itu boleh diakses melalui menu pilihan Pemakluman Kemiskinan. Hanya sedikit maklumat yang perlu diisi oleh pelapor, seperti Nama; Alamat; Negeri; Daerah dan Komen. Bagaimanapun diharap pelapor dapat memberikan maklumat yang tepat supaya tindakan dapat diambil dengan kadar segera.

Untuk mendaftar atau menghantar maklumat kemiskinan yang dimaksudkan, sila layari, Portal eKasih di: www.ekasih.com.my atau akses terus halaman pendaftaran (borang) di:

https://www.ekasih.gov.my/Pendaftaran/Pages/BorangPendaftaranRingkas.aspx (Semakan 27 Julai 2011 – Portal ekasih beroperasi semula).

Jadi saya mohon kepada rakan-rakan atau pembaca supaya dapat sama-sama kongsi info penting ini kepada orang lain, terutamnya mereka yang dimaksudkan secara langsung. Mungkin mereka tidak dapat menikmati kemudahan internet. Jadi kita boleh jalankan peranan sebagai warganegara perihatin dengan membantu mereka untuk mendaftar atau setidak-tidaknya memberitahu makluman penting ini. Semoga mereka yang benar-benar berhak dapat bantuan yang sewajarnya.

Jika ada pertanyaan berhubung perkara ini, anda boleh hubungi saya melalui email. Saya akan cuba bantu setakat yang saya tahu.

16 ulasan:

  1. Orang ramai boleh berkunjung ke web itu untuk keterangan lanjut.

    BalasPadam
  2. Semoga dengan adanya usaha ini akan mengurangkan kadar kemiskinan.

    BalasPadam
  3. Harap E-Kasih boleh membantu rakyat-rakyat miskin dalam negeri, terutamanya mereka yang berada di pedalaman.

    BalasPadam
  4. Teruskan usaha, E-Kasih. Harap mereka akan terus membantu rakyat miskin mengurangkan bebanan mereka.

    BalasPadam
  5. untuk mendapatkan maklumat lanjut layarilah portal berkenaan..

    BalasPadam
  6. program untuk membasmi kemiskinan memang baik dan wajar diteruskan untuk membantu mereka yang memerlukan.

    BalasPadam
  7. ya.. mmg ramai yang tidak tau portal E-kasih wujud. baru sekarang sya tau ia wujud.

    BalasPadam
  8. Mungkin masih ada yang belum celik IT. Jika ada mengenali mereka yang berpendapatan rendah, bantulah mereka mengisi borang di portal ini.

    BalasPadam
  9. orang ramai perlu diberitahu mengenai kewujudan portal ini agar mudah untuk mereka memohon bantuan.

    BalasPadam
  10. Usaha yang bagus untuk membasmi kemiskinan.

    BalasPadam
  11. jika mendaftar sendiri secara online, bagaimana pula mereka yang berada di kampung? sebab ada juga antara mereka yang buta komputer/internet.

    BalasPadam
  12. yup.. betul juga.. golongan miskin tentunya tidak dapat menikmati kemudahan internet. oleh itu, peranan orang awam amat penting supaya program murni kerajaan ini dapat sampai kepada golongan tersebut..

    BalasPadam
  13. semakin lama semakin banyak pula bantuan2 yang telah diberikan oleh kerajaan untuk membasmi kemiskinan. dulu2 tiada pula bantuan seperti ini. apapun, semoga bantuan ini sampai kepada golongan sasaran dan yang layak saja.

    BalasPadam
  14. tapi lagi bagus jika kerajaan dapat menggerakkan terus jenteranya untuk menyampaikan program ini kepada golongan yang memerlukan..

    BalasPadam
  15. Mari kita sama-sama menyebarkan info mengenai protal e kasih ini.. :)

    BalasPadam
  16. Masih ramai yang kurang mahir mengenai pengguna IT ini. Maka tumpuan pun sebenarnya kepada mereka yang kurang berkemampuan maka mungkin sukar untuk mereka melayari portal ini. Jadi mungkin memerlukan cara yang lain untuk memperkenalkan lagi.

    BalasPadam