Khamis, Oktober 13, 2011

LEBIH SEJUTA PERMOHONAN PENDAFTARAN PENGUNDI BARU SEDANG DIPROSES

Lebih Sejuta Permohonan Pendaftaran Pengundi Baru Diproses

image

KUALA LUMPUR: Sebanyak 1,096,777 permohonan pendaftaran pemilih baru telah diproses pada 2010.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, jumlah permohonan bagi 2010 adalah sebanyak 820,156 manakala 276,621 direkodkan pada 2009 dan kesemuanya diproses pada tahun sama.

"Namun, jumlah permohonan pendaftaran baru ini berbeza dari tahun ke tahun kerana ia bergantung kepada kesedaran warganegara Malaysia yang layak untuk mendaftar sebagai pengundi," katanya dalam jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong yang ingin mengetahui jumlah permohonan yang dapat diproses dalam masa setahun.

Menurut beliau, jumlah permohonan adalah lebih rendah selepas berakhirnya Pilihan Raya Umum dan akan menunjukkan peningkatan ketara apabila tarikh pilihan raya semakin hampir.

Jelasnya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai seramai 132 pegawai dan kakitangan yang berkhidmat secara tetap untuk menguruskan pendaftaran pemilih ini.

"Sehingga Ogos lalu, SPR melantik seramai 10,865 Penolong Pendaftar Pemilih (PPP) yang terdiri daripada wakil parti politik, jabatan, pertubuhan dan universiti bagi melancarkan proses pendaftaran baru dan pertukaran alamat pusat mengundi," katanya.

Mohamed Nazri yang juga Ahli Parlimen Padang Rengas berkata, sebahagian PPP cenderung menghantar borang permohonan tersebut pada bulan ketiga setiap suku kepada SPR untuk urusan pemprosesan selanjutnya.

"Sebagai contoh, sebanyak 51,120 permohonan diterima pada April manakala Mei, 72,3260 dan Jun kira-kira 145,387 permohonan," tambahnya.

Mengulas mengenai peruntukan yang ditetapkan bagi tujuan pendaftaran pemilih, beliau berkata, kira-kira RM500,000 diperuntukan kerajaan pada tahun ini.

-----

SPR siar 40,000 nama pengundi meragukan

"Ada maklumat yang tidak dapat dipastikan seperti terdapat kes nama pengundi di senarai daftar pemilih dan Jabatan Pendaftaran Negara berlainan dan sebagainya.

"Kita juga hendak memastikan status seseorang pengundi itu sama ada hidup ataupun tidak,"

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof

13 ulasan:

  1. Harap pemohon-pemohon ini adalah rakyat layak.

    BalasPadam
  2. Rakyat yang masih belum mendaftar, harap mereka akan membuat demikian sebelum PRU-13.

    BalasPadam
  3. Tidak sabar mahu mengundi sudah ni.

    BalasPadam
  4. Nampaknya kesedaran untuk mengundi semakin meningkat. Petanda yang baik.

    BalasPadam
  5. ramai pengundi baru ni. mungkin semakin ramai yang sedar betapa pentingnya undian mereka untuk menentukan masa depan negara. harap mereka membuat pilihan yang terbaik pada PRU-13 nanti.

    BalasPadam
  6. nampknya ramai yang telah mendaftar sebagai pengundi.

    BalasPadam
  7. apapun, mengundi adalah tanggungjawb kita sebagai rakyat.

    BalasPadam
  8. daripada 1,000,000 ini harap tiada yang diragui identitinya.

    BalasPadam
  9. ramai yang sudah mendaftar sebagai pemilih..

    BalasPadam
  10. bagi mereka yang layak tapi belum mendaftar silalah mendaftar..

    BalasPadam
  11. jika pendaftaran secara automatik dilaksanakan, bukan sahaja dapat menjimatkan kos, malah mengurangkkan jumlah penggunaan tenaga kerja..

    BalasPadam
  12. Harap mereka yang berdaftar adalah benar-benar layak.

    BalasPadam
  13. Sampai juga 1juta orang pendaftar undi untuk masa sekarang. Jumlah yang sangat banyak. Maka tunaikan tanggungjawab anda sebaga seorang pengundi.

    BalasPadam