Isnin, September 12, 2011

MAHATHIR SETUJU DENGAN KENYATAAN ZAINAL KELING BAHAWA MALAYA TIDAK PERNAH DIJAJAH BRITISH?

Dr M: Secara teknikal, negeri Melayu tak dijajah

Sep 12, 2011 : Hakikat kehadiran British di Malaya adalah kerana mereka bertindak seperti penjajah, kata mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamed.

Justeru, Mahathir bersetuju kenyataan Ketua Kluster Sejarah Warisan dan Sosiobudaya Majlis Profesor Negara (MPN) Datuk Zainal Kling bahawa Malaya tidak pernah dijajah oleh British, tetapi menegaskan hakikatnya, sultan-sultan akhirnya bertindak mengikut arahan British.

"Kita secara teknikal tidak pernah terjajah.

Apa yang kita lakukan adalah sultan-sultan memutuskan untuk menjemput British datang ke mari dan menasihatkan mereka mengenai cara mentadbir negeri. Dalam kata itu, kita tidak dijajah.

"Seperti di Pulau Pinang, kita dibayar supaya memberikan mereka stesen untuk berdagang... Tetapi hakikatnya, apabila British berada di sini, mereka beroperasi seolah-olah kita dijajah.

"Dalam kata lain, British tidak memberi nasihat, tetapi memberi arahan,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Universiti Perdana di Serdang hari ini.

11 ulasan:

  1. I'm confused, what is the truth about our country's formation?

    BalasPadam
  2. Hope that the truth will prevail.

    BalasPadam
  3. jadi, jika jalan ceritanya seperti itu apakah tindakan yang perlu dibuat? mengubah fakta sejarah?

    BalasPadam
  4. hairan juga kenapa baru sekarang perkara ini ditimbulkan.

    BalasPadam
  5. kita kena faham maksud sebenar penjajahan.

    BalasPadam
  6. sejarah perlu difahami dengan sebaiknya bagi mengelakkan sebarang kekeliruan.

    BalasPadam
  7. harap isu-isu sejarah yang timbul kini tidak disensasikan. sebaiknya kefahaman diberikan kepada semua agar sejarah lebih difahami.

    BalasPadam
  8. tapi kenapa tu buku sejarah lain daripada apa yang dinyatakan.

    BalasPadam
  9. Kenapa sekarang baru membangkitkan tetang sejarah. Pengkaji sejarah juga perlu memastikan kebenaran tentang fakta yang ada.

    BalasPadam
  10. Inilah sejarah bila dipolitikkan pelbagai isu mula timbul. Tapi rasanya maklumat sejarah kita perolehi dari peninggalan yang dijumpai dan hasil cerita dari orang lama-lama. Tapi tidak semestinya maklumat itu akan diambil terus malahan perlu dikaji semula kebenarnya.

    BalasPadam
  11. mungkin lebih tepat lagi jika kita katakan Tanah Melayu pernah dijajah dan pernah menerima bantuan dalam urus tadbir negeri..

    BalasPadam