Isnin, September 12, 2011

TELCO SETUJU TANGGUH CUKAI PERKHIDMATAN PRABAYAR 6%

TELCO setuju tangguh kutipan cukai perkhidmatan prabayar: Rais

KUALA LUMPUR 2011/09/12: Syarikat telekomunikasi (TELCO) bersetuju menangguhkan kutipan cukai perkhidmatan enam peratus daripada pengguna prabayar sehingga perbincangan semula dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata antara cadangan yang dibincangkan bersama TELCO adalah caj enam peratus itu hanya dikenakan kepada pengguna yang membeli pek permulaan prabayar.

“Setakat ini, itu saja yang kita boleh beritahu.

"Kerajaan akan mengambil kira sumbangan RM6 bilion oleh TELCO kepada sumber pendapatan negara dari 1998 hingga kini sebelum membuat sebarang keputusan," katanya pada sidang media selepas mesyuarat bersama TELCO, di Angkasapuri, di sini, sebentar tadi.

Hadir sama, wakil dari Celcom Axiata Berhad (Celcom), DiGi Telecommunications Sdn Bhd (DiGiTel), Maxis Berhad, dan UMOBILE Sdn Bhd (U Mobile).

Minggu lalu, TELCO mengumumkan mereka akan mula mengutip cukai perkhidmatan enam peratus untuk perkhidmatan prabayar Jumaat ini.

-----

Berikut adalah catatan keuntungan yang diraih oleh 3 TELCO terbesar di negara ini...


1. Maxis:

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Syarikat komunikasi utama Malaysia, Maxis Berhad, hari ini mengumumkan keuntungan sebelum cukainya bagi tahun yang berakhir pada 31 Dis, 2009, meningkat kepada RM1.939 bilion daripada RM5 juta pada 2008.
Pendapatannya melonjak kepada RM7.611 bilion daripada RM7.184 bilion, kata syarikat itu dalam satu kenyataan.
Ia mencatatkan prestasi yang sangat kukuh pada suku keempat, menambah 556,000 langganan, menjadikan jumlahnya melebihi 12 juta.
Maxis berkata ini mengukuhkan lagi kedudukan nombor satunya dalam kategori pascabayar dan prabayar.
"Meskipun kemasukan banyak peserta baharu dalam pasaran dan mengekalkan asas langganan yang besar, syarikat mencatatkan satu lagi tahun margin pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) lebih 50 peratus," kata Ketua Pegawai Eksekutif Maxis Sandip Das. - Bernama

2. Celcom
SYARIKAT telekomunikasi terkemuka tempatan, Celcom Axiata Berhad terus cemerlang apabila berjaya merekodkan keuntungan tertinggi dalam sejarah Celcom pada tahun lalu dengan pertumbuhan keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti (Patami) sebanyak 22.7 peratus mencecah RM1.9 bilion. - Metro

3. DiGi
KUALA LUMPUR, 29 April -- Keuntungan sebelum cukai DiGi.Com Bhd bagi suku pertama berakhir 31 Mac, 2011 meningkat kepada RM447.15 juta daripada RM378.5 juta yang dicatatkan bagi suku yang sama tahun lepas.
Pendapatannya bertambah 11 peratus kepada RM1.43 bilion daripada RM1.29 bilion yang dicatatkan sebelumnya.
Syarikat itu berkata dalam satu kenyataan Jumaat, data terus menjadi penjana pendapatan utama, didorong oleh tumpuan teguh kepada usaha meningkatkan penggunaan.

11 ulasan:

  1. Hope that this is only a political tool, and the charges will not be increased.

    BalasPadam
  2. The people must reject any increase in charges, we must make use of our consumer rights to protest this irrational move.

    BalasPadam
  3. syarikat2 TELCO sudah banyak untung tapi kenapa mahu menambahkan beban rakyat lagi?

    BalasPadam
  4. diharap SKMM tidak meluluskan cukai perkhidmatan prabayar sebanyak 6% ini.

    BalasPadam
  5. lebih baik jika caj tersebut dimasuhkan terus.

    BalasPadam
  6. diharapkan suara pengguna akan didengari..

    BalasPadam
  7. diharapkan caj tersebut tidak akan dikenakan kerana syrikat TELCO selama ini menunjukkan keuntungan yang memberansangkan jadi kenaikan yang membebankan pengguna perlu dielakkan.

    BalasPadam
  8. Lebih baik tiada tax. Tidak membebankan rakyat.

    BalasPadam
  9. Baguslah kalau Telco setuju dengan penangguhan cukai 6% prabayar itu. Harap perbincangan dilakukan bagi menggelak membebankan pengguna.

    BalasPadam
  10. Janganlah menaikkan cukai tanpa perbincangan dengan kerajaan. Harap Telco menarik kembali cadangan mengenai memberi cukai setiap prabayar.

    BalasPadam
  11. dengan jumlah keuntungan yang dikaut oleh ketiga2 syarikat telekomunikasi ini, cukai perkhidmatan prabayar 6% ini sepatutnya bukan setakat ditangguh, malah dimansuhkan terus.

    BalasPadam