Pemilihan calon boleh menang pilihan raya akan timbul masalah: Tun Mahathir
PUTRAJAYA 2011/09/12: Pemilihan calon yang boleh menang dalam pilihan raya akan menimbulkan masalah antara pucuk pimpinan dan peringkat akar umbi, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.
Beliau berkata, calon yang boleh menang dalam pilihan raya bergantung kepada penilaian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan penasihat dalam menentukan calon yang akan bertanding.
Namun begitu, beliau berkata, penilaian dan pandangan tersebut kemungkinan bercanggah dengan kehendak anggota parti dan menimbulkan masalah 'mencantas calon' dalam pilihan raya.
"Selain itu, ia menjadi satu amalan apabila mereka yang gagal dipilih atau dicalonkan bertindak untuk mencantas mereka yang dicalonkan untuk memastikan orang itu kalah dalam pilihan raya.
"Sehubungan itu, apabila parti yang menentukan calon, semua harus memberikan sokongan penuh untuk memastikan calon tersebut menang dalam pilihan raya," katanya dalam sesi rakaman rancangan Bicara Negarawan bersama Tun Dr Mahathir Mohamad di Yayasan Kepimpinan Perdana, di sini.
Tiga panel ialah Ketua Pengarang BERNAMA, Datuk Yong Soo Heong; Penolong Ketua Pengarang 1 Kumpulan Utusan, Datuk Zaini Hassan dan Pensyarah Universiti Malaysia (UNIMAS), Dr Jeniri Amir.
Hadir sama ialah isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali; Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim dan isteri, Datin Seri Masnah Rais.
Tun Mahathir berkata, Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) harus menerangkan kepada bakal-bakal calon untuk meraih sokongan di akar umbi.
"Jesteru itu, adalah lebih baik untuk memastikan parti yang meraih kemenangan agar rakyat yang dapat nikmat," katanya.
Apabila ditanya masa sesuai untuk mengadakan pilihan raya, Beliau berkata, 'lewat sikit pun tidak apa'.
"Ini boleh memberi masa kepada Najib untuk membuat penilaian siapa yang harus menjadi calon," katanya.
Sementara itu, Tun Mahathir berkata, tindakan sesetengah pihak yang berniat jahat untuk menjatuhkan Perdana Menteri Malaysia Pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj sebagai pejuang kemerdekaan negara kerana tidak mahu mengiktiraf perjuangan UMNO.
"Mereka memburukkan Tuanku Abdul Rahman dengan mendakwa beliau bukanlah seorang pejuang, sebaliknya menaikkan imej Ketua Parti Komunis Malaya, Chin Peng.
"Ini hanya tujuan mereka untuk meraih sokongan dalam politik," katanya.
Najib himself must make the right decision regarding this. Let Najib decide himself when is the right time to hold the next GE.
BalasPadamLet's just wait for the official announcement of the next GE.
BalasPadamkerajaan yang sedia ada hari ini mandatnya hingga 2013. masih ada masa lagi untuk memperbaiki apa yang lemah dan mengatur strategi yang lebih baik.
BalasPadamdiharap calon yang benar2 layak akan dipilih untuk pilihanraya nanti.
BalasPadamtak perlulah tergesa-gesa untuk adakan PRU, masih ada masa lagi. kena pastikan benar2 bersedia.
BalasPadampersediaan yang rapi memang perlu dilakukan oleh semua pihak..
BalasPadamapa pun, tugas perlu dilaksanakan dengan baik untuk mendapat sokongan rakyat.
BalasPadamAmalan yang negatif dalam parti perlu dikikis jika mahu menang.
BalasPadamItu terpulang kepada PM sendiri untuk membuat keputusan berhubung tarikh mengadakan PRU akan datang.
BalasPadamJangan terburu-buru mengadakan PRU akan datang. Buatlah keputusan jika benar-benar bersedia untuk melaksanakannya. Harap PM akan tahu apa yang perlu dilakukan sebelum membuat keputusan PRU akan datang.
BalasPadamtidak wujud situasi tergesa2 jika segala perancangan atau persediaan telahpun dilakukan lebih awal..
BalasPadam