Kerajaan Diminta Tubuh Suruhanjaya Siasatan Diraja Mengenai PATI
KOTA KINABALU, 29 Okt (Bernama) -- Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Tan Sri Joseph Pairin Kitingan meminta kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai pendatang asing tanpa izin (PATI) di Sabah tahun depan sebagai tanda kesungguhan dan komitmen menangani masalah itu.
Beliau berkata sudah tiba masanya kerajaan mengambil berat perkara itu memandangkan permintaan tersebut sudah "agak lama".
"Ini hanyalah panduan tetapi perlu diberi penekanan. Tumpuan seharusnya diberikan untuk menubuhkan suruhanjaya ini supaya hati rakyat Malaysia di Sabah akan lega dengan reaksi daripada pihak kerajaan.
"Banyak pihak terutama orang tempatan yang sering bertanya sama ada mereka ini benar-benar dilindungi sebagai warganegara Malaysia di Sabah. Sebab itu, Suruhanjaya Siasatan Diraja seharusnya diwujudkan pada 2012," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Pemuda dan Wanita PBS sempena kongres parti itu yang ke-26 di KDCA, dekat sini.
Pairin, yang juga Timbalan Ketua Menteri, berkata pertambahan penduduk Sabah secara mendadak seharusnya membuka mata kerajaan untuk mengambil langkah drastik bagi mengatasi masalah PATI, sama seperti usaha ketara kerajaan dalam menangani masalah kemisikinan tegar di negeri ini.
Beliau berkata PBS yakin kerajaan Persekutuan di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak akan melihat rayuan rakyat Sabah itu sebagai satu keutamaan, selaras konsep 1Malaysia.
Ditanya sama ada ini satu "ultimatum", Pairin berkata PBS mengajukan cadangan itu dalam "kesederhanan" demi kebaikan semua pihak khususnya penduduk tempatan.
Beliau juga berharap kerajaan Persekutan melihat isu mengenai status pelarian yang diberikan kepada warga Filipina dahulu kerana keadaan di negara itu, khususnya di bahagian selatan, sudah aman.
"Status pelarian di Sabah ini agar luar biasa kerana mereka masih berstatus pelarian sehingga sekarang, walaupun keadaan di negara asal mereka sudah berubah. Apa yang menjadi masalah ialah keadaan penempatan yang semakin 'buruk' yang mungkin menjejaskan kesihatan," katanya.
RCI is a good move, but it is not the only solution. If the Federal does not approve it, we need to come up with other solutions.
BalasPadamapa sahaja kaedah atau cadangan bagi menyelesaikan masalah kebanjiran warga asing di negeri ini patut dilasanakan oleh kerajaan persekutuan..
BalasPadamsudah tiba masanya kerajaan berusaha menangani masalah ini secara agresif.. lebih banyak kaedah yang digunakan lebih baik..
BalasPadamThere is no reason why our government refuse to setup RCI to resolve serious PATI issue. Hope government no intended to hide things from the people.
BalasPadamJika kerajaan masih gagal menanggani masalah PATI, ini akan mengancam ketenteraman penduduk sebab golongan ini makin bertambah dan menjalankan aktiviti haram seperti judi, rompak, rogol dll.
BalasPadamApakah tindakan yang diambil oleh pasukan KM berkenaan dengan psalah PATI yang makin tegang ini?
BalasPadamJika tidaknya RCI, apakah tindakan dan program yang berkebolehan mencari punca masalah dan keadah penyelesaian yang lebih berkesan?
BalasPadamBiasalah kerajaan bersikap sebegini sebab masalah belum menjadi serius sangat atau adanya kes kematian. kalau berlakunya kes kematian dan menghadapai tekanan dari masyarakat, pasti kerajaan akan mengambil tindakan yang amat cepat.
BalasPadamKalaupun ditubuhkan sekarang, pasti akan mengambil masa yang lama untuk mengumpul maklumat.
BalasPadamjangan memperlambatkan lagi untuk menyelesaikan isu ini kerana isu ini sudah lama dan keadaan nampakknya semakin teruk. Mana2 cara kita harus cuba.
BalasPadamjika RCI dapat membantu menyelesaikan masalah pati, maka ianya wajar dilaksanakan..
BalasPadamselain itu, pelarian yang berada dinegara ini wajar dihantar balik ke negara mereka jika keadaan di negara mereka sudah aman.
BalasPadamGula2 untuk PRU? Sekian lama masalah ini menghantui rakyat, baru sekarang mahu ambil tindakan? Too late. Walaupun lebih baik ada tindakan daripada tiada tapi peluang untuk tangani masalah ini tipis.
BalasPadamYang hairannya, pemimpin Sabah kali2 sudah utarakan masalah ini tetapi kerajaan persekutuan melengah-lengahkannya. Motif? Adakah rakyat Sabah ini kelas kedua? Sekarang PATI pun lebih banyak. Mungkin mereka lagi diberi keistimewaan daripada penduduk tempatan.
BalasPadamGuna apa saja cara yang ada untuk menyelesaikan masalah PATI ini. Kalau sanggup buat apa saja untuk menang p/raya, sanggup buat apa untuk atasi isu PATI inilah juga.
BalasPadamRakyat dan pemimpin perlu bersatu hati dalam isu ini.
BalasPadamI think 5P can't help much in PATI issue, may be is a good idea to switch to RCI. All needed co-operation across different department.
BalasPadamGolongan besar menyokong pertubuhan RCI untuk menanggani masalah PATI, apakah sebab utama Kerajaan masih gagal melaksanakannya? Seharus memberi penjelasan kepada masyarakat.
BalasPadamIf really truth the illegal immigrants been given IC and rights to vote, now, proven that government neglected the people safety and rights. How to overcome the issue?
BalasPadamJika Tidak RCI, apakah yang lebih berkesan jika dibandingkan? Penjelasan harus dibuat untuk menolak proposal menubuhkan RCI. Rakyat amat kecewa dengan tiada perkembangan terhadap masalah PATI.
BalasPadamAdakah kerajaan mempinggirkan rakyat di Sabah? Ini lar akibat PATI untuk PRU. Jika kerajaan menafikan projek ic, maka tiada sebab pun cadangan ditendang. Semoga Kerajaan membuat keputusan bijak kali ini.
BalasPadambegitu byk PATI di negara kita, hingga kini masalah kebanjiran mereka tidak dpt diselesaikan.
BalasPadamoleh itu, SSD perlu ditubuhkan sebagai satu usaha untuk selesaikan masalah PATI. kita harus menyokong segala usaha ini.
BalasPadamapa tindakan kerajaan selanjutnya ke atas mereka yang berstatus pelarian ni? takkan biarkan mereka terus memegang IMM13 dan menetap di Sabah?
BalasPadammasalah juga dengan Filipina ni. sampai sekarang masih belum menubuhkan konsul di Sabah sedangkan rakyat mereka ramai yang berada di Sabah.
BalasPadamsaya ragu2 kenapa kerajaan tolak penubuhan RCI sebaliknya menlaksanakan program 6P. takkanlah sanggup untuk tubuhkan RCI untuk kes kematian Teoh tapi tidak kepada isu PATI yang melibatkan kepentingan ramai pihak.
BalasPadamkalau asyik jadi bahan politik untuk pilihanraya tapi tiada apa2 tindakan efektif, apa gunanya?
BalasPadamIsu PATI sangat2 membimbangkan. Harap2 kerajaan serius dan agresif dalam mencari pendekatan yang sesuai menyelesaikan isu ni.
BalasPadamRakyat pun akan berfifkir banyak mengenai isu ni. Rasanya akan mempengaruhi PRU akan datang.
BalasPadammengapa kerajaan Sabah tidak tubuhkan sahahja SSD ini sekarang, isu PATI ini sudah semakin tegang kenapa mesti tahun 2012?
BalasPadamjanganlah sampai isu ini tidak dapat ditangani lagi baru kerajaan nak bertindak..
BalasPadamrakyat Sabah saban hari menyeru kepada kerajaan pimpinan BN ini untuk menangani masalah PATI tetapi masih belum ada penyelesaian dari kerajaan..
BalasPadamya, memang sudah 'agak lama' isu PATI ini belum ada penyelesaian, kerajaan seharusnya bertindak SEKARANG usah lagi berlengah-lengah
BalasPadamstatus pelarian yang diberikan kepada warga Filipina di Sabah seharusnya ditarik balik dan patut dihantar balik ke negara asal mereka, memandangkan keadaan di negara itu, khususnya di bahagian selatan, sudah aman.
BalasPadamSatu cadangan yang baik untuk menubuhkan SSD untuk menangani masalah PATI yang semakin membimbangkan di Sabah.
BalasPadamKerajaan Negeri telah menyuarakan perkara ini kepada kerajaan Persekutuan. Jadi masih menunggu keputusan dari kerajaan Persekutuan berhubung masalah ini. Harap kerajaan Persekutuan akan dapat menyelesaikan masalah yang terdapat di Sabah ini.
BalasPadamApa cara lagi yang perlu dilakukan oleh kerajaan untuk menangani masalah PATI. Sebelum ini pengampunan dilakukan tapi masih belum ada apa penyelesaian. PBS menyuarakan kembali untuk meminta kerajaan Pusat meluluskan cadangan untuk menubuhkan Suruhanjaya siasatan Diraja bagi menyelesaikan perkara ini.
BalasPadamKenapa kes Teoh Beng Hock boleh diluluskan RCI? Kenapa Kes PATI tidak diluluskan sehingga sekarang? Kerajaan mesti mengutamakan kepentingan rakyat. Kerajaan negeri turut serta menyuarakan perkara ini untuk diatasi.
BalasPadamDi Sabah PATI adalah antara isu yang utama perlu diselesaikan. Telah kerap kerajaan negeri mengemukakan cadangan untuk RCI ditubuhkan. Tapi masih belum dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan. Ini semakin membimbangkan ketenteraman penduduk Sabah sendiri dengan kehadiran PATI ini.
BalasPadamif still can't solve this issue, time to change the leaders.
BalasPadamgive us proper explanations please.
BalasPadamia seolah olah anjing menyalak bukit..agak mustahil dpt diselesaikan memandangkan ic projek bnk urg2 besar n YB2 yang terlibat..
BalasPadamIsu ini telah lama didebatkan pun. Takkan baru sekarang nak ckp tak jadi?
BalasPadamFast and furious!
BalasPadamIsu PTI bukan lagi isu baru dalam sejarah Sabah.
BalasPadamWhy must Sabah?
BalasPadamIsu ini sudah lama... Tapi hairan, hingga kini masih tak selesai.. Patut pun kena gelar penyakit kanser sebab keberangkalian utk sembuh sangat tipis:(
BalasPadamEntah apa akan berlaku jika isu pati masih gagal ditanggani. huhuhu
BalasPadamRasanya RCI patut dilaksanakan. Siapa tahu ia mampu memberikan hasil yang positif.
BalasPadamKalau tak pun, fikirlah alternatif lain. Saya yakin rakyat akan faham kenapa RCI tak dilaksanakan jika masih ada cara yang lebih baik. Namun jika tak, sudah pastinya pelbagai andaian akan timbul.
BalasPadamApapun, kita tunggu dan lihat sajalah nanti. Saya yakin kerajaan pasti akan berusaha menanggani masalah pati yang kini menjadi penyakit kanser di Sabah.
BalasPadam