Isnin, November 01, 2010

SK PEKAN RANAU UZUR PERLU TINDAKAN SEGERA

Bangunan SK Pekan Ranau uzur, sistem parit tidak sistematik

RANAU 1st November, 2010: Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan di sini yang terletak setengah kilometer dari pekan Ranau, kini bukan sahaja berhadapan dengan masalah fizikal bangunan yang sudah uzur, malah bertambah rumit apabila air dari parit di antara blok bangunan sekolah mengalir hingga ke lantai bilik darjah pada setiap kali hujan turun.

Ini berikutan perparitan yang tidak sistematik mengganggu pengajaran dan pembelajaran (P&P) murid-murid.

Mendedahkan masalah itu, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (YDP. PIBG) sekolah berkenaan, Ustaz Mohd. Hainin Abdullah (gambar kecil) memberitahu, yang pihaknya sudah beberapa kali mengajukannya kepada pihak yang berkenaan, namun belum ada tindakan positif setakat ini.

image“Kita merayu kepada kementerian dan Jabatan yang berkaitan, supaya memproses dengan kadar segara permohonan pembinaan bangunan baru di sekolah ini demi keselesaan dan keselamatan anak-anak pelajar di sini,” kata Mohd.Hainin ketika menghubungi New Sabah Times kelmarin.

Menurutnya, fizikal bangunan di sekolah itu terutama bangunan kayu yang dibina sejak tahun 70-an dan 80-an, kini semakin uzur ( reput) dimamah usia amat berbahaya kepada murid-murid.

Tambahan katanya sistem perparitan di antara blok bangunan sekolah berkenaan sentiasa mengeluarkan bau busuk yang tidak menyenangkan ketika musim kemarau manakalah musim tengkujuh pula air akan mengalir deras sampai ke lantai bilik darjah menimbulkan ketidakselesaan dan mengganggu murid-murid belajar.

“Saya bersama para ibu bapa dan guru-guru amat risau serta berasa bimbang dengan masalah ini. Dengan sebab itu saya mewakili mereka, merayu dan memohon kepada pihak Kementerian Pelajaran agar dapat menyediakan peruntukan secukupnya dan menyegerakan pembinaan bangunan baru di sekolah ini,” kata Mohd.Hainin.

Menurutnya pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) telah pun membuat pemantauan terhadap setiap blok bangunan sekolah itu dan mendapati hampir semua blok termasuk bilik guru dan dewan tidak lagi selamat digunakan.

Sementara itu Guru Besar SK. Pekan, Mostajah @ Junaidi Bin Dullah, ketika dihubungi memaklumkan, bahawa surat permohonan kepada Kementerian Pelajaran melalui Jabatan Pelajaran Daerah dan Negeri, telah pun dihantar dan mendapat reaksi positif daripada pihak berkenaan.

Beliau difahamkan bangunan baru di sekolah itu sudahpun dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10).

“Kita amat mengalu-alukan tindakan positif daripada pihak berkenaan untuk menyegerakan pembinaan bangunan baru di sekolah ini dan kami berhasrat mengadakan satu sidang persekolahan jika bilangan bilik darjah mencukupi,” jelas Mostajah sambil memaklumkan di sekolah itu kini lebih 500 orang murid dan sentiasa bertambah setiap tahun namun pendaftaran kemasukan terpaksa dikurangkan memandangkan bilangan kelasnya yang terhad.

SK. Pekan Ranau merupakan sekolah tertua dan terbesar di daerah Ranau, di mana bangunan pertamanya di dirikan sekitar 1936 dengan peralatan tiang, dinding dan mejanya diperbuat daripada bambu beratapkan daun rumbia, kini beratapkan zink meskipun fizikalnya sudah uzur namun prestasi pembelajaran murid-murid dalam bidang kurikulum dan kokurikulum termasuk keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) sentiasa meningkat setiap tahun yang pastinya membanggakan semua pihak.

-----

SK TERTUA DAERAH RANAU, SK PEKAN RANAU, TERPAKSA BEROPERASI MENGGUNAKAN BANGUNAN HARAM KERANA TIDAK DIBERI PERHATIAN ?!

20 ulasan:

  1. Harap-harap kerajaan akan memberi perhatian terhadap perkara ini dan meluluskan peruntukan untuk memperbaiki bagunan yang uzur serta sistem parit di kawasan yang terlibat.

    BalasPadam
  2. harap pihak berkaitan dapat mengambil tindakan dan melakukan apa yang patut. ini demi keselamatan dan keselesaan pelajar dan guru-guru..

    BalasPadam
  3. sekolah yang telah uzur seperti ini perlu diperbaiki dan dibina semula. kita kena pastikan tempat belajar dalam keadaan selesa dan selamat.

    BalasPadam
  4. Jangan biarkan masalah ini menghantui pelajar. Harap tindakkan segera perlu diambil untuk mengatasi masalah ini.

    BalasPadam
  5. Diharapkan rayuan itu disampaikan kepada pihak berkaitan mengenai hal ini. Keselesaan dan keselamatan pelajar adalah penting untuk memastikan mereka dapat belajar dalam suasana yang selesa.

    BalasPadam
  6. sekolah yang sudah lama menyumbang kepada rakyat dan negara pasti tidak sanggup kita lihat musnah samada secara semulajadi mahupun dirancang oleh manusia. ia mempunyai nilai sejarah malah dimulakan pembinaannya dengan berkonsepkan tradisional masyarakat sekitar. ia wajar dipelihara supaya sekolah ini dapat terus menyumbang kepada rakyat dan negara..

    BalasPadam
  7. saya harap masalah yang dihadapai oleh SK. Pekan Ranau tidak berlarutan lebih lama kerana khidmat sekolah ini diperlukan setiap hari..

    BalasPadam
  8. Banyak sekolah2 di Sabah yang masih menunggu bantuan. Mereka ketandusan dana. Mohon agar kerajaan bijak menangani masalah ini.

    BalasPadam
  9. Jangan berlengah lagi. Sekolah di Sandakan telah mendapat bantuan.Masakan sekolah di Ranau dipinggirkan.

    BalasPadam
  10. sekolah yang uzur memerlukan perhatian daripada pihak berkaitan. harap tindakan segera dapat diambil.

    BalasPadam
  11. Kita sedia maklum bahawa sekolah adalah tempat untuk menimba ilmu. Jika keadaan tidak selesa, maka penyampaian dan penerimaan kedua 2 guru dan pelajar tidak akan berlaku dengan berkesannya. Oleh itu pembaikpulihan segera amat la dialu-alukan.

    BalasPadam
  12. Education is vital for the kids. Think about it.

    BalasPadam
  13. The local YB's should play their part in ensuring that the school buildings are in prime condition so that it won't endanger the students. It is also their responsibilities in aiding those who needed.

    BalasPadam
  14. Alang2 seluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.

    BalasPadam
  15. Waiting no more, tell Masidi.

    BalasPadam
  16. There should be continuous efforts to maintain and improve the structures and systems so that they will always be kept in good conditions. The local MP's should make sure of that as this is their responsibility.

    BalasPadam
  17. Betul, ramai pelajar2 cemerlang di Sabah adalah dari SK Pekan Ranau. Mereka sudah menyumbang banyak dalam pembangunan negeri, jadi mengapa kerajaan tidak mengambil tindakan segera?

    BalasPadam
  18. Apa tunggu lagi, bertindaklah sekarang.

    BalasPadam
  19. Apart from asking the government to help them, why dont they take the initiative to held any fund raising activity, such as joghaton, Pasar ria, fund raising dinner etc...many of the semi government & private school done this with a good result...maybe the principal can ask for advice from other school administratorwho have done it...

    BalasPadam
  20. persekitaran yg selamat memberikan keselesaan kpada plajar dalam menyumbang dan mengharumkan nama negera...think about it...

    BalasPadam