Dadah Boleh Dibeli Dengan Menukar Barang Di Tawau
TAWAU, 2 Nov (Bernama) -- Bagi penagih di sini yang tidak mampu membayar tunai untuk membeli dadah, mereka didapati boleh menjual barangan seperti aksesori kereta, telefon bimbit atau peralatan elektrik kepada pengedar dadah yang kemudiannya akan menjual dadah kepada penagih mengikut nilai barangan tersebut.
Perkara ini dikesan oleh polis setelah menyerbu sebuah rumah yang didiami seorang pengedar dadah di Jalan Kuhara pada Ogos lalu.
"Dalam serbuan itu, polis antinarkotik merampas barangan curi berupa 13 buah amplifier, 12 buah radio kereta, sembilan speaker, tiga equalizer, dua buah radio mini hi-fi, sebuah kamera 'handyman', sebuah kamera digital dan 20 buah telefon bimbit berbagai jenama," kata Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Ibrahim Chin.
Isteri pengedar yang berusia 29 tahun turut ditahan dalam serbuan itu.
Wanita berkenaan yang juga ibu kepada tiga orang anak berusia antara tiga hingga 13 tahun juga didapati positif dadah.
Suami wanita itu yang berusia 33 tahun telah di berkas di Kota Kinabalu pada 18 Okt lepas dan sedang ditahan untuk siasatan lanjut.
This will definitely encourage stealing to obtain stuffs in exchange for drugs. I hope the authorities will take serious action against the drug dealers and also drug addicts.
BalasPadamThe punishment for drug dealing according to our laws is hanging.
BalasPadamdadah perlu dibanteras habis-habisan. ianya merosakkan masyarakat kita. penagih dadah sanggup melakukan apa saja untuk membeli dadah termasuklah mencuri...
BalasPadamdiharapkan masyarakat sentiasa memantau kegiatan anak-anak mereka agar tidak terlibat dengan dadah.
BalasPadamnampaknyak kegiatan dadah ini masih lagi berleluasa, ia harus dibanteras hingga ke akar umbi.
BalasPadamIni sudah terlampau sudah penjual dadah. Memang patut mereka penjual ini diberkas bagi menangani menyiasat sumber dari mana mereka perolehi. Ini supaya semua pengedar dapat dibersihkan oleh pihak berkuasa.
BalasPadamJauhkanlah diri dari dadah. Dadah itu sungguh merbahaya sehingga apa perkara pun boleh berlaku untuk memperolehi duit untuk membeli dadah. Jadi jangan dekati dadah kerana dadahlah pemusnah diri dan bangsa.
BalasPadamSebaik-baiknya, semua orang harus jauhkan diri daripada dadah.
BalasPadamWaaa penangkapan ini suda memperlihatkan bahawa polis melakukan kerja dengan baik. Dalam masa yang sama dapat mengesan aktiviti tidak sihat ini dan skaligus melumpuhkan daripada ianya berterusan. Dalam masa yang sama dapat mengurangkan/mengelak lebih ramai remaja terutamanya terlibat dengan Dadah!
BalasPadamSelain itu juga kerajaan dan rakyat di pelbagai lapisan, kena peka tentang perkara ini. Semua pihak kena bekerjasama untuk membenteras gejala ini untuk berkembang. Setiap pihak juga harus tahu akan peranan masing2.
BalasPadamberani buat, berani tanggung.. tahniah kepada pihak polis dan teruskan siasatan sehingga tertangkapnya dalang sebenar yang membawa masuk dadah ini ke Sabah..
BalasPadampatutlah kebanyakan kecurian dilakukan oleh penagih dadah. rupa2nya mereka boleh tukar barang dengan dadah...
BalasPadamtahniah kepada polis kerna berjaya mengesan kegiatan ini. kegiatan seperti ini perlu dibanteras. semua pihak kena memberi kerjasama kepada pihak polis.
BalasPadamTahniah kepada pihak polis kerana berjaya menumpaskan salah satu daripada pegedar dadah.
BalasPadamMacam sistem barter pula.Tidak hairan la kegiatan ini semakin hari semakin ligat diadakan.
BalasPadamVery disappointing. I thought bad activity will be only the past.
BalasPadamWhat a shame. Tough actions should be taken before its too late.
BalasPadamMemang tidak menghormati semua pihak. Jika semua orang membuat demikian, manalah dapat menyelesaikan masalah ini?
BalasPadamTawau memang tidak akan terlepas daripada tuduhan sedemikian.
BalasPadamThe authorities should be more responsible and alert towards this matter.
BalasPadamHal ini patut diambil serius. Jangan menyesal di kemudian hari.
BalasPadamMengambil dadah adalah satu jenayah yang serius, tambah lagi mencuri terjadilah jenayah yang lebih teruk.
BalasPadamSaya berharap pihak polis boleh menangani kes ini dengan sebaik mungkin.
BalasPadamCongratulation to the police for their success in capturing this criminal...noted that this is only a "small fish", the main player in the drug industry is still roaming around...
BalasPadam