Isnin, Julai 05, 2010

ORANG RAMAI BOLEH MENGEMUKAKAN PANDANGAN MENGENAI CADANGAN KERAJAAN MEMANSUHKAN UPSR DAN PMR MELALUI KHIDMAT PELANGGAN KEMENTERIAN PELAJARAN

Sesi Meja Bulat Bincang Kewajaran UPSR Dan PMR 19 Dan 27 Julai Ini

Borang Maklum Balas

KUALA LUMPUR, 5 Julai (Bernama) -- Kementerian Pelajaran akan mengadakan perbincangan meja bulat bagi mengumpulkan pandangan pelbagai pihak terhadap cadangan kerajaan memansuhkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada 19 dan 27 Julai ini.

"Rumusan perbincangan akan dikemukakan kepada Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin pada awal Ogos ini," kata Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.

Beliau berkata perbincangan meja bulat yang pertama pada 19 Julai ini dikhususkan untuk wakil pendidik, termasuk pegawai kanan kementerian, pengarah Jabatan Pelajaran negeri, kesatuan dan persatuan guru, pengetua, guru besar serta kaunselor sekolah.

"Perbincangan kedua pada 27 Julai pula dikhususkan untuk mereka di luar kementerian seperti tokoh pendidikan, ahli akademik Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Swasta (IPTS), ahli politik, wakil agensi kerajaan, wakil badan-badan bukan kerajaan dan pihak lain yang berminat dan berkepentingan dalam isu ini," katanya.

Katanya beliau berharap pandangan menyeluruh berkaitan dengan pemansuhan UPSR dan PMR dari setiap lapisan masyarakat akan dapat dihasilkan melalui perbincangan meja bulat itu.

"Pemantauan terhadap pandangan orang ramai melalui media cetak dan elektronik akan terus dilakukan oleh pihak kementerian dan buat masa ini banyak pandangan serta pendapat sudah dikumpulkan dan ini akan diambil kira semasa perbincangan meja bulat," katanya.

Orang ramai yang berminat masih boleh mengemukakan pandangan melalui khidmat pelanggan Kementerian Pelajaran di alamat kpkpm@moe.gov.my atau alimuddin.dom@moe.gov.my.

Borang Maklum Balas

11 ulasan:

  1. pandangan orang ramai perlu diambil mengenai cadangan pemansuhan UPSR dan PMR. harap kerajaan akan mengambil keputusan yang benar2 tepat.

    BalasPadam
  2. ini memang harus dibuat untuk meminta kata putus dan cadangan lain dari semua pihak berhubungan pemansuhan UPSR dan PMR. oleh itu, dengan perbincangan ini nanti akan dapat memberikan keputusan yang terbaik untuk semua.

    BalasPadam
  3. diharapkan keputusannya kelak akan menghasilkan satu sistem pendidikan baru yang lebih berkualiti dan berkesan selaras dengan keperluan semasa dan perkembangan global..

    BalasPadam
  4. diharapkan semua pihak dapat memberikan sumbangan idea kepada pembaharuan dalam sistem pendidikan dan amalan pengajaran bagi menghasilkan mutu pendidikan yang lebih tinggi.

    BalasPadam
  5. Orang ramai patut mengambil kesempatan ini untuk meluahkan cadangan serta pendapat masing-masing.

    BalasPadam
  6. Satu tindakan yang tepat oleh kerajaan. Hal ini kerana segala polisi yang dikeluarkan oleh kerajaan kesannya adalah kepada rakyat. Rakyat perlu mengambil peluang ini untuk kebaikkan seluruh malaysia.

    BalasPadam
  7. This is good move to take in the voices of the grassroots.

    BalasPadam
  8. harap sistem pendidikan negara akan bertambah baik selepas ini.

    BalasPadam
  9. Rakyat boleh menyuarakan pandangan mereka menerusi khidmat pelanggan kementerian.

    BalasPadam
  10. This shows that the government wanted to know the voices of the people before making any decisions.

    BalasPadam
  11. Mereka bolehlah menyuarakan pandangan mereka denbagn bebas sekarang.

    BalasPadam