Isnin, Julai 05, 2010

KERAJAAN SABAH SEDIA RUNDING AMBIL BALIK TANAH SYARIKAT DI KOTA MARUDU

Kerajaan Sabah Sedia Runding Ambil Balik Tanah Syarikat Di Kota Marudu

KOTA KINABALU, 5 Julai (Bernama) -- Kerajaan Negeri Sabah sedia berunding dengan pemilik tanah atau syarikat yang diberi kelulusan tanah ribuan hektar di Kota Marudu bagi pengambilan balik tanah berkenaan terutama kawasan yang menjejaskan kepentingan kampung dan tanah adat (NCR).

Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman, bagaimanapun, berkata proses itu agak susah kerana pemberian kawasan tanah berkenaan telah diluluskan oleh Ketua Menteri atau pemimpin negeri yang terdahulu.

"Jadi apa yang kita lakukan sekarang ini berunding dengan tuan punya tanah, dan kalau boleh kita ambil balik tanah ini dan berikan kepada penduduk kampung yang sudah lama duduk di situ.

"Proses ini agak susah dan akan mengambil masa namun kerajaan negeri tetap berusaha untuk mengambil tanah berkenaan. Saya selaku Ketua Menteri merasa sedih mengapa tanah ini diluluskan sesuka hati dahulu sedangkan tanah ini diduduki oleh orang-orang kampung...ini adalah salah dan inilah yang saya cuba perbetulkan sekarang,".

Musa berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili semalam bahawa isu pemilihan tanah, pendatang tanpa izin dan ketidakseimbangan dalam perkongsian kuasa di antara parti komponen Barisan Nasional (BN) Sabah boleh mengancam kekuatan gagasan itu pada pilihan raya akan datang.

Sebelum ini, PBS bahagian Tandek pernah mendesak kerajaan negeri supaya membatalkan kelulusan tanah seluas 60,000 hektar di Kota Marudu dan Pitas kepada sebuah syarikat kerana menjejaskan 35 buah kampung dan tanah adat di kawasan itu.

Musa yang juga Menteri Kewangan Negeri berkata kerajaan negeri juga bertekad untuk menukar status Hutan Simpan yang sudah sekian lama didiami penduduk kampung yang asli kepada tanah kerajaan negeri bagi membolehkan keluarga mereka terus tinggal atau kekal di kawasan itu.

Beliau berkata penduduk berkenaan diberikan hak milik tanah secara berkelompok yang boleh diwarisi sehingga ke anak cucu.

"Kita tidak berikan mereka hak milik secara individu kerana kita tidak mahu mereka menjual tanah yang diberikan itu sehingga mereka tidak ada tanah lagi atau tercicir di muka bumi sendiri. Sekarang ini mereka boleh duduk di situ seumur hidup dan kita buat ini ( pemberian tanah berkelompok) secara besar-besaran," katanya.

Sambil mengambil contoh pemberian tanah secara berkelompok kepada penduduk kampung di Nabawan, Keningau baru-baru ini, Musa berkata ia ternyata memberi keselesaan dan diterima baik oleh penduduk terbabit.

Mengenai masalah pendatang tanpa izin di negeri ini,

"Hampir setiap hari pasukan keselamatan kita mengadakan operasi mengesan pendatang tanpa izin dan menghantar mereka balik ke negara asal tetapi kita tidaklah laporkan kepada media," katanya.

Katanya kerajaan Persekutuan juga telah bersetuju untuk menubuhkan makmal khas bagi mencari formula dan cara terbaik untuk menangani masalah pendatang tanpa izin yang tidak berkesudahan di negeri ini.

Mengenai isu perkongsian kuasa di kalangan parti komponen BN negeri,

"Seboleh-bolehnya kita mahu beri peluang kepada semua anggota Dewan Undangan Negeri dan Anggota Parlimen BN untuk memegang jawatan namun jawatan adalah terhad," katanya.

Bagi jawatan dalam perkhidmatan awam, Musa berkata pengisian kekosongan jawatan kanan atau kenaikan pangkat adalah berdasarkan "merit" atau kekananan dalam perkhidmatan awam, tanpa mengira bangsa dan agama.

18 ulasan:

  1. ii satu tindakkan kerajaan yang betul untuk rakyat. kerajaan negeri mahu membantu untuk mencuba ambil balik tanah yang sepatutnya milik rakyat..

    BalasPadam
  2. usaha pengambilan kembali tanah tersebut amat baik dan perlu bagi menjaga kepentingan tanah adat.

    BalasPadam
  3. pengisian jawatan kanan sememangnya perlu mengikut kekananan dan merit bagi memberikan keadilan kepada semua penjawat awam. saya merasakan ianya amat baik dan perlu diteruskan..

    BalasPadam
  4. KM akan cuba membantu penduduk untuk mendapatkan tanah mereka. ini menunjukkan keprihatinan KM terhadap permasalahan penduduk.

    BalasPadam
  5. usaha yang dilakukan oleh KM amat baik.Ini amat baik dan memenuhi keperluan rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan...

    BalasPadam
  6. masalah PTi di Sabah sehingga kini belum lagi dpt diselesaikan, walaupun operasi giat dijalankan. harap kerajaan akan mengambil alternatif segera untuk membendung masalah ini.

    BalasPadam
  7. itulah tanggungjawab yang kita perlukan dari seorang pemimpin bagi membela nasib rakyat Sabah. sudah tentu kesilapan pemimpin2 terdahulu memerlukan masa untuk diperbetulkan, oleh sebab itu kita perlu beri ruang dan masa kepada ketua menteri sekarang untuk melakukan yang terbaik bagi mengembalikan semula kepercayaan rakyat terhadap kerajaan.

    BalasPadam
  8. Diharapkan kerajaan akan membuat apa yang patut.

    BalasPadam
  9. The government should be more careful the next time.

    BalasPadam
  10. Musa aman telah memberi penjelasan mengenai isu2 yang timbul di Sabah seprti pemilikan tanah, PTI dan perkongsian kuasa di kalangan parti komponen BN. dgn ini orang ramai dpt memahami situasi sebenar.

    BalasPadam
  11. usaha untuk mengambil kemabali tanah tersebut amat baik dan amat dialu-alu kan...

    BalasPadam
  12. I'm glad the CM is making a move to claim back the land. It will be difficult to undo the past mistakes made by our past leaders in Sabah, but I'm sure MA will strive hard to get it.

    BalasPadam
  13. Walau apa sekalipun tanah tersebut harus diberikan kepada penduduk kampung. Sudah beratus-ratus ha tanah di Sabah telah di miliki oleh syarkat2 besar dari luar, dan mengapa Jabatan Tanah dan Ukur masih lagi meluluskan permohonan tanah kepada pihak2 ini... Perkara ini perlu disiasat dan diselesaikan dengan segera.

    BalasPadam
  14. "Hampir setiap hari pasukan keselamatan kita mengadakan operasi mengesan pendatang tanpa izin dan menghantar mereka balik ke negara asal tetapi kita tidaklah laporkan kepada media,".

    Diharapkan pasukan kesalamatan dapat menjalankan tanggungjawab dan sentiasa mengadakan operasi mengesan pendatang tanpa izin di negeri ini. Kalau dilihat terlalu ramai warga asing yang berada di negeri ini, betulkah pasukan keselamatan ini menjalankan tugas kerana apa yang saya lihat terutamanya di bandar Lahad Datu, Sandakan dan Tawau terlalu ramai warga Indonesia dan Pilipina yang menjalankan aktiviti menjaul sayur, rokok, ikan dan sebagainya. Adakah mereka ini berada di negeri ini secara sah ataupun secara haram. Diharap penjelasan saya dapat diberi perhatian oleh pihak2 tertentu. Datanglah ke bandar2 tersebut bagi memastikan kenyataan ini benar ataupun tidak.

    BalasPadam
  15. Runding, jangan tak runding. Kerajaan patut melakukan yang terbaik untuk rakyat.

    BalasPadam
  16. The government should do what is needed for the poeple's benefit.

    BalasPadam
  17. He should have not given up that time, now comes the trouble.

    BalasPadam
  18. Dia kan sudah sedia runding.Takkanlah mau bising2 lagi semua?

    BalasPadam