Isnin, Oktober 24, 2011

SETAKAT INI 44.97% PERUNTUKAN 2011 BAGI PROJEK PEMBANGUNAN TELAH DIBELANJAKAN

Sabah Belanja RM2.785 Bilion Untuk Projek Pembangunan Setakat Ini - Musa Aman

KOTA KINABALU, 24 Okt (Bernama) -- Sehingga 21 Okt lepas, kerajaan Sabah telah membelanjakan RM2.785 bilion atau 44.97 peratus daripada peruntukan 2011 bagi membiayai projek pembangunan di negeri itu.

Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata bagi prestasi kewangan untuk projek di bawah Peruntukan Inisiatif Pembiayaan Swasta pula, sebanyak RM962.09 juta telah dibelanjakan.

"Semua pihak telah diingatkan bahawa penanda aras muktamad pelaksanaan pembangunan ialah kepuasan hati rakyat terhadap kerajaan sama ada dari segi perkhidmatan, usaha menambah kekayaan dan keberkesanan dalam penyelesaian masalah.

"Aspek ini hanya dapat dikenal pasti melalui jentera penyelarasan dasar program atau projek pembangunan negara yang berfokus kepada pendekatan berasaskan hasil," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Negeri di sini Isnin.

Musa berkata penilaian hasil pelaksanaan projek berkenaan, termasuk maklum balas daripada pengguna atau penerima manfaat, akan dijadikan panduan perancangan dan pembangunan program atau projek pada masa depan.

54 ulasan:

  1. Harap KM Sabah akan terus berusaha untuk membawa pembagunan kepada Sabah.

    BalasPadam
  2. Semoga Sabah akan mencapai kejayaan dan kemajuan. Selamat berjuang kepada semua.

    BalasPadam
  3. harap pada masa akan datang lebih banyak lagi kemajuan yg ada di Sabah terutamanya di luar bandar..

    BalasPadam
  4. Projek pembangunan seharus diteruskan sebab Sabah masih berkurangan dari segi perkembangan ekonomi, masalah kemiskinan, pendidikan, sistem infra dll masih tidak wajar.

    BalasPadam
  5. Dengan sumber alam yang amat kaya di Sabah, perkembangan Sabah bukan sekadar ini sahaja. Kerajaan harus turun padang dan memahami keadaan sebenar rakyat.

    BalasPadam
  6. Syabas dengan usaha Musa terhadap ekonomi di Sabah. Jangan puas hati dengan perkembangan hari ini, sebab masih banyak perlu dikaji dan diperbaiki. Teruskan usaha.

    BalasPadam
  7. Listen and accept the feedback from the people to improve the limitation and weaknesses. Only continuous improvement and development could change our standard of living.

    BalasPadam
  8. Perkembangan di Sabah seharus lebih keseluruhan. Tumpuanharus diberi khas dalam kawasan perkampungan dan pedalaman yang masih tiada bekalan asas seperti elektrik, air dll.

    BalasPadam
  9. Harap pembangunan yang dirancang melibatkan luar2 bandar Sabah. Rakyat yang berada di luar bandar juga mahukan pembanguanan & keselesaan kemudahan.

    BalasPadam
  10. Pembangunan dan kebajikan harus seiring. Agar kebajikan rakyat juga terpelihara disamping pembangunan yang semakin maju.

    BalasPadam
  11. Harap maklum balas yang diterima adalah positif.

    BalasPadam
  12. harap projek pembangunan yang sedang dilaksanakan akan berjalan dengan lancar..

    BalasPadam
  13. teruskan usaha untuk melaksanakan pembangunan yang membawa manfaat dan memnuhi keperluan rakyat..

    BalasPadam
  14. hasrat Ketua Menteri Sabah untuk menjadikan Sabah sebagai negeri maju pada 2015 tidak mustahil boleh dicapai walaupun tempoh itu sudah terlalu dekat, jika semua pihak memainkan peranan dan bekerjasama..

    BalasPadam
  15. jika kerajaan negeri Sabah mampu memperolehi pengiktirafan sebagai negeri yang memiliki pengurusan kewangan paling cekap di Malaysia, tidak mustahil Sabah juga mampu memiliki kemajuan dari segi pembangunan sebaris dengan negeri2 maju di semenanjung.. namun terpulanglah sejauhmana komitmen kerajaan pusat dalam menyalurkan lebih banyak dana untuk negeri ini..

    BalasPadam
  16. harap projek2 pembangunan yang dijalankan akan benar2 berjaya.

    BalasPadam
  17. aspek pembangunan diluar bandar kena diutamakan.. kawasan luar bandar amat memerlukan pembangunan. masih byk kawasan yang masih mundur.

    BalasPadam
  18. Musa bijak dalam perniagaan. Tentu beliau bijak mengurus kewangan Sabah.

    BalasPadam
  19. Semoga Sabah terus membangun di bawah pimpinan pemimpin yang bijak2.

    BalasPadam
  20. Rakyat akan menyokong pemimpin yang boleh membawa perubahan positif kepada rakyat. Teruskan usaha MA!

    BalasPadam
  21. Peruntukan untuk pembangunan Sabah harus digunakan sebaik-baiknya bagi memastikan kelangsungan dana kepada negeri ini.

    BalasPadam
  22. Banyak projek yang tertunda harus diteruskan. Kontraktor yang gagal melaksanakan mengikut perjanjian harus mengambil tindakan juga.

    BalasPadam
  23. Tiada apa yang harus dibanggakan sebenarnya terutama Sabah kini masih mundur dari segi perkembangan. Usaha semua pihak harus diteruskan agar masalah kemiskinan, ekonomi, pendidikan dll dapat diperbaiki.

    BalasPadam
  24. Kawasan luar bandar harus juga diberi perhatian dan perkembangan. Golongan ini masih bersusahan walaupun untuk bekalan asas sahaja.

    BalasPadam
  25. 70% kawasan di Sabah terdiri daripada kawasan pedalaman/luar bandar. jadi diharap peruntukan yang diberi dapat digunakan sebaiknya di kawasan2 tersebut.

    BalasPadam
  26. Semoga peruntukan diguna dengan wajar, projek pembangunan yang dirancang harus dilaksanakan 100%. Yang penting, tiada pihak yang mengambil kesempatan terhadap peruntukan tersebut.

    BalasPadam
  27. Cuma pembangunan dan perkembangan yang berterusan yang dapat membaiki ekonomi dan taraf hidup penduduk. Tumpuan harus diberi kepada kestabilan ekonomi secara keseluruhan.

    BalasPadam
  28. masih ada lebih kurang separuh daripada peruntukan tersebut yang belum dibelanjakan. harap ia digunakan dengan semaksimumnya dan memuaskan hati rakyat.

    BalasPadam
  29. jika terdapat projek2 pembangunan yang dibuat biarlah kontraktor2 tempatan diutamakan terutama yang betul2 berkelayakan dan dapat melaksanakan tugas dengan amanah.

    BalasPadam
  30. semakin membangun la sabah..itu yg rakyat harapkan...ekonomi pun akan lebih stabil..

    BalasPadam
  31. harap KM kita akan semakin berusaha untuk membangun Sabah...

    BalasPadam
  32. Km pasti akan membelanjakan peruntukan trsebut untuk pembangunan rakyat.

    BalasPadam
  33. We deserve it. Hope more project will be set up in Sabah.

    BalasPadam
  34. Baiklah dapat pembangunan yang baru bagi kita.

    BalasPadam
  35. Ya, keep up the good work.

    BalasPadam
  36. Thanks to our CM, we're keeping up.

    BalasPadam
  37. The allocation that were used to develop sabah shown result. I hope to see more development in sabah.

    BalasPadam
  38. MA has done a great deal of improvement in sabah. More that the previous cm. Keep up the good work cm!

    BalasPadam
  39. Tak perlu banding pun rakyat akan tahu Sabah telah berubah ke arah yang lebih baik lagi. Namun tak dinafikan masih banyak kekurangan yang perlu dilengkapkan. Justeru MA tak patut berpuas hati dengan pencapaiannya kini. MA perlu lebih berusaha lagi.

    BalasPadam
  40. Semoga usaha demi usaha yang dilakukan oleh MA membuahkan hasil positif dan Sabah pula terus berkembang maju. All the best MA.

    BalasPadam
  41. CM kita memang yang terbaik. Plz keep up the good work:)

    BalasPadam
  42. Walaupun ada yang tak suka dengan Musa Aman, namun hakikatnya masih ramai yang menyokong beliau. Harap Musa akan terus berjuang utk rakyat.

    BalasPadam
  43. Apapun, kita nantikan saja apa yang akan berlaku next GE nanti.

    BalasPadam
  44. Maksudnya di sini Sabah masih belum mengunakan sepenuhnya peruntukkan yang telah diberikan itu. Harap Sabah akan diurus dengan baik oleh kerajaan Negeri.

    BalasPadam
  45. Good work state govt because not extravagant with the allocation given..

    BalasPadam
  46. Baru separuh peruntukan yang digunakan oleh kerajaan Negeri Sabah. Ada separuh lagi peruntukan yang ada, maka jika dimanfaatkan sepenuhnya mungkin pembangunan Sabah semakin maju.

    BalasPadam
  47. Sabah masih kaya dengan peruntukkan..Gunakanlah sebaiknya peruntukkan yang ada. Jangan mensia-siakannya..

    BalasPadam
  48. all the best Datuk Musa... peruntukan untuk Sabah harap dapat digunakn sebaik mungkin..

    BalasPadam
  49. The state government is keen to help Sabah.

    BalasPadam
  50. Banyak lagi dana akan memasuki pasaran di Sabah.

    BalasPadam
  51. Banyak lagi peruntukan untuk Sabah pada tahun depan.

    BalasPadam