Utamakan Kemudahan Prasekolah Sebelum Kurangkan Usia Bersekolah, Kata Masidi Manjun
KOTA KINABALU, 22 Jun (Bernama) -- Exco Pelajaran Sabah Datuk Masidi Manjun berkata kerajaan wajar memastikan kemudahan prasekolah wujud di semua kawasan di negeri itu sebelum melaksanakan sistem pendidikan yang baru.
Beliau berkata tanpa kemudahan prasekolah yang mencukupi, pelaksanaan sistem pendidikan formal seawal usia lima tahun akan kurang keberkesanannya.
"Kita boleh turunkan umur, tapi bagaimana tempat-tempat di luar bandar yang tidak ada prasekolah? Jadi umur boleh diturunkan apabila semua bandar, kampung di Sabah telah mempunyai kemudahan prasekolah," katanya kepada pemberita di sini Selasa.
Masidi yang juga Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam sekitar Sabah berkata kekurangan infrastruktur prasekolah juga akan menimbulkan masalah kepada sistem pendidikan negara.
Semasa membentangkan Rancangan Malaysia Ke-10 baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak antara lain menyatakan sistem pendidikan negara akan diubahsuai bagi meningkatkan kualitinya setaraf negara-negara maju.
Antara langkah yang akan diambil ialah menurunkan usia memulakan persekolahan daripada enam tahun sekarang kepada lima tahun, serta penekanan kepada pendidikan prasekolah.
----
Ghapur Cadang Yuran Pendahuluan Masuk Universiti Dipotong Daripada PTPTN
"Kita tidak mahu kemiskinan menjadi halangan dan alasan untuk ibu bapa tidak menghantar anak-anak ke sekolah. Melalui pelajaran, rakyat pasti dapat menjamin masa depan anak-anak mereka dalam mencari peluang rezeki,"
diharapkan kerajaan akan memberikan perhatian kepada cadangan Datuk Masidi sebelum melaksanakan sistem pendidikan yang baru..
BalasPadammemang benar apa yang dikatakan oleh Datuk Masidi. masih terdapat banyak kampung2 atau kawasan pedalaman di Sabah yang tidak mempunyai kemudahan prasekolah..
BalasPadamThat is true, things like that could not be done without thorough consideration first. Although I agree that earlier education for children have it's benefits, since a child's grasp of knowledge are the strongest around the age of 5 and earlier.
BalasPadamcadangan kerajaan untuk melaksanakan sistem pendidikan formal seawal usia lima tahun adalah satu cadangan yang baik, namun kemudahan prasekolah perlu disediakan di semua kawasan bagi memastikan semua murid dpt didikan yg sama rata.
BalasPadamWell, i guess they really need to know that they need more preparation before doing anything.
BalasPadamBanyak perkara yang perlu dilakukan sebelum rancangan ini boleh dimulakan.
BalasPadamDatuk Masidi has a good point there.. currently schools in the rural area have insufficient facilities. How is it possible to proceed with the plan, if schools in rural area is not parallel with schools located in the city? How bout solving that issue first before deciding to lower the age.
BalasPadamkerajaan harus berfikir dan mengumpul maklumat sebelum membuat keputusan. Datuk masidi mencadangkan sesuatu yang baik. utamakan kemudahan dulu sbelum kurangkan usia bersekolah.
BalasPadamPendapat Datuk Masidi Manjun harus diberi perhatian. Saya percaya tanpa kemudahan prasekolah yang mencukupi, pelaksanaan sistem pendidikan formal seawal usia lima tahun akan kurang keberkesanannya.
BalasPadamSistem pendidikan formal seawal usia lima tahun sukar untuk dilaksanakan, ini kerana kekurangan prasekolah terutamanya dikawasan pedalaman.
BalasPadampersediaan rapi perlu dibuat sebelum sistem pendidikan awal ini dilaksanakan, ia bagi memastikan ia berjalan dgn lancar. kawasan2 pedalaman perlu diutamakan.
BalasPadamApa yang dikatakan oleh Datuk Masidi sangat2 bertepatan. Jika ada sistem baru sekalipun tetapi jika tidak ada keselesaan, maka saya rasa pembelajaran tidak akan mencapai apa yang telah dirancang...
BalasPadamDatuk masidi mencadangkan sesuatu yang harus kerajaan pertimbangkan. ini untuk kebaikkan semua pihak.
BalasPadamkerajaan haruslah memikirkan cadangan yang telah diberi oleh Datuk masidi. ini mungkin satu cadangan yang sangat bernas dan patut diterima.
BalasPadamSememangnya masih ada banyak lagi perkara yang patut diurus sebelum melaksanakan apa-apa sistem baru.
BalasPadamThe government should definitely improve the existing preschool before implementing that proposal.
BalasPadamMany places still does not have enough pre-school or kindergartens. It is going to bring more burden to the parents if they could not enroll their children at pre-school near by.
BalasPadam