Selasa, Jun 22, 2010

"APA YANG DIKEHENDAKI OLEH RAKYAT, DENYUT NADI RAKYAT PERLU DISAMPAIKAN KEPADA KERAJAAN OLEH MEDIA, SAMA ADA MEDIA ELEKTROKNIK, CETAK ATAU MEDIA BARU SEPERTI INTERNET, BLOG, FACEBOOK DAN SEBAGAINYA,"

Media Penting Sebarkan Suara Rakyat, Kata Ketua Pengarah Penerangan

imageKUALA TERENGGANU, 22 Jun (Bernama) -- Kerajaan Malaysia sebagai sebuah kerajaan terbuka sentiasa mahu mendengar suara dan pandangan rakyat, kata Ketua Pengarah Penerangan Datuk Abdullah Morad.

 "Apa yang dikehendaki oleh rakyat, denyut nadi rakyat perlu disampaikan kepada kerajaan oleh media, sama ada media elektroknik, cetak atau media baru seperti internet, blog, facebook dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Mesra Media 1Malaysia anjuran Pejabat Penerangan Terengganu yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri Khazan Che Mat di sini Selasa.

Beliau berkata media mempunyai peranan sangat penting khususnya untuk menyebar dasar-dasar kerajaan seperti Gagasan 1Malaysia dan Pelan Transformasi Nasional iaitu usaha pembaharuan yang telah digerakkan oleh kerajaan.

"Media bersama dengan agensi kerajaan seharusnya berganding bahu, bekerjasama memberi pejelasan dengan baik. Pada masa yang sama, media menyediakan kemudahan kepada rakyat untuk bersuara, untuk melahirkan pandangan mereka dan media juga menjadi saluran serta jambatan kepada rakyat untuk disalurkan semula kepada kerajaan," katanya.

13 ulasan:

  1. media perlu jujur menyampaikan maklumat tanpa dipengaruhi mana2 pihak atau bersifat berat sebelah. rakyat juga perlu bijak menilai maklumat oleh mana2 media agar tidak terpengaruh oleh agenda pihak tertentu dan sampaikan suara melalui saluran yang betul.

    BalasPadam
  2. Media world, any hot topics, the more readers the merrier it is....

    BalasPadam
  3. malaysia adalah negara yang bebas, rakyat boleh menyuarakan pandangan dan pendapat mereka melalui saluran2 yang disediakan seperti media elektronik, internet dan sebagainya. bagaimanapun, ia haruslah mengikut peraturan yang ditetapkan dan tidak menyentuh isu2 berunsur hasutan yang boleh menggugat keselamatan negara.

    BalasPadam
  4. rakyat berhak untuk bersuara dan memberitahu masalah mereka. dengan kecanggihan sekarang ini, internet, blog2 dan sebagainya boleh di gunakan untuk menyuarakan kehendak rakyat , tetapi harap dengan penggunaan semua ini tidak ada salah penggunaan dan jangan mudah terperdaya dengan khabar angin. Rakyat boleh berfikir dan memikirkan betul atau sebaliknya.

    BalasPadam
  5. walaupun malaysia memberi kita kebebasan untuk bersuara, jngnlah kita salah guna kebebasan ini utk menyalurkan maklumat yang tidak tepat. kita harus gunakan saluran yang diberi untuk perkara2 yang baik.

    BalasPadam
  6. Of course I hope that the government will really listen to the people and what they want.

    BalasPadam
  7. I agree. Government need to listen. Not just hear. They need to digest the words. Listen.

    BalasPadam
  8. Media memainkan peranan yang penting dalam menyampaikan suara hati rakyat kepada pihak yang berkaitan.

    BalasPadam
  9. Saya bersetuju sekiranya pihak media dan agensi kerajaan berganding bahu, bekerjasama memberi penjelasan dengan baik. Pada masa sama, media juga menyediakan kemudahan kepada rakyat untuk bersuara dan menyampaikan maklumat yang tepat. Ia dapat memberikan pandangan mereka dan media juga menjadi saluran kepada rakyat dan disalurkan semula kepada kerajaan.

    BalasPadam
  10. Suara hati rakyat perlu disampaikan kepada kerajaan melalui semua jenis media iaitu media cetak, media elektronik, media yang menggunakan capaian internet dan sebagainya. Sebarang cadangan dari pihak kerajaan untuk sebarang pembangunan kemajuan dan sebagainya juga perlu memaklumkan kepada rakyat.

    BalasPadam
  11. Maklumat yang ingin disampaikan oleh pihak media juga haruslah dipastikan terlebih dahulu untuk mengelak sebarang perselisihan fahaman.

    BalasPadam
  12. Listen, digest and action. Three important things that the Gov't should do.

    BalasPadam
  13. There are a lot of ways to voice out to the Gov't. Like through blogs, social networking (Twitter,Facebook, etc), news portal and etc.

    The people's voices needs to be heard and the Govt should take notice and act against whatever complain or opinion they have.

    BalasPadam