Selasa, Jun 22, 2010

ISU PEMANSUHAN UPSR DAN PMR

20 Jun, 2010 13:07 PM

Kementerian Pelajaran Mungkin Mansuh UPSR Dan PMR

"Pihak kami sedang fikirkan sama ada akan kekalkan atau perlu hanya satu sahaja peperiksaan awam, seperti (contohnya) di peringkat SPM sahaja,"

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin

---

20 Jun, 2010 17:48 PM

Ramai Setuju Peperiksaan UPSR Dan PMR Dihapuskan

"Sistem kita hari ini terlalu berorientasikan peperiksaan dan ini memberi tekanan kepada pelajar dan mereka belajar secara membuta tuli semata-mata untuk lulus peperiksaan tanpa memikirkan sama ada ilmu yang diperolehi boleh digunakan pada masa-masa akan datang,"

Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Jais Abdul Karim

---

21 Jun, 2010 16:50 PM

Ahli Akademik Setuju Mansuhkan UPSR Dan PMR, Tetapi Perlu Kajian

“apa yang lahir melalui UPSR dan PMR selama ini hanya budaya pendidikan yang berorientasikan peperiksaan dan tidak melahirkan pelajar yang berpengetahuan atau berkemahiran.”

Pensyarah kanan Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia (USM) Profesor Madya Dr Hashim Othman

presiden---

“kajian menyeluruh perlu dilaksanakan sebelum kerajaan memutuskan perkara itu.”

Penasihat Persatuan Pendidik Bahasa Melayu Malaysia (PPBMM) Profesor Emeritus Abdullah Hassan

---

21 Jun, 2010 19:22 PM

Mansuh UPSR/PMR: Pandangan Guru, Ibu Bapa Dikaji

"Kita akan mengumpul pandangan guru-guru dan ibu bapa terlebih dahulu melalui sumber seperti akhbar dan media, dan pandangan mereka akan dibawa kepada Tan Sri Muhyiddin untuk tindakan lanjut,"

Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom.

---

"Saya rasa tak selari. Elok jangan dihapuskan kerana ukuran ranking sesebuah sekolah ditentukan oleh perkara seperti ini,"

Presiden Ibu Bapa untuk Pendidikan Malaysia, Datin Norazimah Abdul Rahim

---

22 Jun, 2010 15:16 PM

Wakil Rakyat Bebas Tidak Setuju UPSR Dan PMR Dimansuh

"Dasar pendidikan berubah mengikut perubahan penjawat portfolio Menteri Pelajaran. Oleh itu, konsensus bebas menyarankan kepada kerajaan bahawa satu dasar pendidikan yang berjangka panjang, konsisten dan berkesinambungan perlu digubal,"

Anggota Parlimen Bagan Serai Mohsin Fadzli Samsuri

---

22 Jun, 2010 17:47 PM

imageTokoh Guru Sokong Mansuh UPSR, PMR

"Saya amat mengalu-alukan dan menyambut baik cadangan Kementerian Pelajaran demi masa depan pendidik dan pelajar di seluruh negara,"

"Lagipun kedua-dua peperiksaan itu menjadikan keputusan peperiksaan sebagai pengukur nilai dan tidak memberi gambaran sebenar prestasi seseorang pelajar secara menyeluruh,"

Tokoh Guru 2010 peringkat kebangsaan Awang Mohmad

---

22 Jun, 2010 18:00 PM

Tempoh Mansuh UPSR, PMR Belum Ditetapkan : Muhyiddin

"Ada yang bersetuju kedua-dua peperiksaan itu dihapuskan, ada yang mahu tinggalkan satu peperiksaan sahaja.

"Apa-apa pun, kita akan menunggu selepas kita berpuas hati apabila semua pihak dapat menyuarakan pandangan,"

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran

---

22 Jun, 2010 19:12 PM

PIBGN Setuju Mansuh UPSR Dan PMR

"Pemansuhan ini tidak perlu dibuat secara terburu-buru, ia memerlukan kajian secara halus berkenaan UPSR dan PMR agar penguasaan 3M dapat dicapai disamping melahirkan pelajar yang kreatif dan inovatif serta berpemikiran tinggi,"

Pengerusi Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) Datuk Mohamad Ali Hassan

---

"Bagaimanapun, pemansuhan PMR wajar dilaksana memandangkan peranan peperiksaan tingkatan tiga itu hanya untuk menentukan aliran yang akan diikuti mereka ketika tingkatan empat,"

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan

---

"Pada waktu ini, anak-anak saya misalnya baru nak mengenal apa sebenarnya dunia pembelajaran. Mereka belum nampak prospek tentang kepentingan ilmu sains, teknologi, geografi dan bahasa pada 10 tahun akan datang.

"Eloklah tu, kita bagi masa kepada anak-anak untuk mencintai ilmu dahulu, kemudian baru kita sedikit-sedikit dedahkan mereka kepada dunia pekerjaan, baru mereka boleh tentukan minat sejajar dengan kemahiran,"

Seorang ibu, Hayati Yusof, 50,

---

22 Jun, 2010 19:08 PM

Pemansuhan UPSR Dan PMR Tidak Jejas Kemasukan Pelajar MRSM

ini kerana pengambilan pelajar tingkatan empat ke MRSM sebelum ini melibatkan ujian khas manakala pengambilan bagi pelajar tingkatan satu juga akan menggunakan kaedah sama mulai tahun depan.

"(Ujian khas) ini akan terus digunapakai,"

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal

---

22 Jun, 2010 20:33 PM

imagePemuda Umno Setuju PMR Dimansuhkan Tapi Mahu UPSR Kekal

"PMR pula tidak perlu dikekalkan kerana ia bertindih dengan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang turut digunakan bagi mengukur tahap pencapaian pelajar di sekolah menengah.

"Cara soalan ditanya harus ditukar dengan tumpuan diberikan bagi melatih pelajar supaya berfikir dan bukan sekadar menghafal fakta sejarah dan perangkaan semata-mata,"

Sudah sampai masanya sistem pendidikan di negara ini dirombak secara menyeluruh dan bukan sekadar merombak perkara-perkara tertentu seperti memansuhkan UPSR dan PMR.

"Kita tidak boleh membuat rombakan sedikit demi sedikit atau sekadar untuk menampal lubang sahaja,"

Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin

21 ulasan:

  1. saya setuju jika ianya dimansuhkan namun ujian khas perlu dilaksanakan sebagai ganti kepada dua peperiksaan ini untuk menentukan penempatan pelajar.. walau bagaimanapun kajian menyeluruh masih perlu dilaksanakan sebelum kerajaan memutuskan perkara ini..

    BalasPadam
  2. Thorough considerations must be taken before such a proposal can be implemented. There are many other factors that must be taken into considerations.

    BalasPadam
  3. Bukan cakap mahu memansuhkan boleh terus melakukannya. Perkara seperti ini memerlukan masa.

    BalasPadam
  4. Ujian UPSR dan PMR boleh dimansuhkan tapi mesti ada ujian2 lain ataupun kursus lain bagi mengantikan peperiksaan itu.

    BalasPadam
  5. Kekalkan peperiksaan SPM sahaja bagi mengurungankan bebanan pelajar. Bagaimanapun ujian-ujian lain perlu diadakan bagi memasitkan tahap pembelajaran pelajar.

    BalasPadam
  6. They have to make sure it's the right decision to dothis or else and will bring benefits to the students and the government.

    BalasPadam
  7. Pelbagai penyelidikan perlu dijalankan sebelum memansuhkan ujian UPSR dan PMR. Pelajar cemerlang di peringkat sekolah rendah ataupun menengah mudah mendapat tempat di peringkat universiti. Ia juga dapat memastikan kualiti pelajar pada masa akan datang.

    BalasPadam
  8. If you want to change the exams, change the whole system overall instead one by one.

    BalasPadam
  9. I hope the Govt knows what they're doing and pray that it was the right decision because this involves the students' future..

    BalasPadam
  10. peperiksaan UPSR dan PMR boleh dimansuhkan, bagaimanapun peperiksaaan UPSR perlu digantikan dengn perkara lain bagi menilai tahap prestasi pelajar2 sekolah rendah.

    BalasPadam
  11. Kena ada perancangan sebelum memansuhkan peperiksaan tersebut. Walaubagaimanapun saya bersetuju dengan pendapat yang mana kita perlu mengumpul pendapat dari pelbagai pihak terutama para guru dan juga ibu bapa secara keseluruhan.

    BalasPadam
  12. Apa yang saya tahu jika berkaitan dengan pendidikan, kuasa adalah dibawah kawalan state, jika diSabah. Dan baru2 ini Datuk Masidi ada mengeluarkan kenyataan berhubung dengan isu ini. Jadi saya fikir, tidak ada salahnya jika peperiksaan ini diteruskan di Sabah. Jika ianya benar2 memberi banyak kebaikkan di Sabah.

    BalasPadam
  13. ini haruslah dikaji semula sebelum melaksanakan. pendapat dan cadangan semua haruslah diutamakan terlebih dahulu.

    BalasPadam
  14. kerajaan perlu memikirkan perkara ini semasaknya sebelum membuat keputusan. oleh itu, pendapat umum perlu diambil.

    BalasPadam
  15. harap keputusan yang dibuat ini benar2 tepat dan dapat meningkatkan tahap pendidikan negara.

    BalasPadam
  16. keputusan adalah ditangan kerajaan. pandangan dari semua harus diterima dan diharapkan dengan pemansuhan ini tidak akan menjejaskan pendidikan anak-anak generasi akan datang.

    BalasPadam
  17. Before deciding to approve the proposal, the government should take into consideration of the outcomes of abolishing UPSR and PMR..

    BalasPadam
  18. There are many proposals regarding the education system recently. I hope the government will think about what can improve the existing qualities.

    BalasPadam
  19. No UPSR and PMR but at least still have SPM and STPM.

    BalasPadam
  20. sebagai seorang saya tidak setuju degan pemansuhan kedua-dua peperiksaan ini kerana pelajar-pelajar tidak akan menumpukan perhatian kepada pengajaran di kelas kerana tiada desakan.Keadaan ini akan menjejaskan masa depan pelajar-pelajar.Jadi kerajaan harus fikir masak-masak sebelum membuat keputusan.jika boleh minta pandangan setiap guru sebelum membuat keputusan. Jangan tergesa-gesa dan menyesal kemudian!!!!!!!!!!!!

    BalasPadam
  21. Fikir baik-baik sebelum memansuhkan UPSR dan PMR.

    BalasPadam