Memaparkan catatan dengan label e-Kasih. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label e-Kasih. Papar semua catatan

Selasa, November 01, 2011

BORANG BANTUAN ISI RUMAH RAKYAT SEBANYAK RM500 JANGKA KELUAR DISEMBER

Borang Pemberian Bantuan Isi Rumah Dijangka Keluar Disember

BANGI, 1 Nov (Bernama) -- Borang pemberian bantuan rakyat sebanyak RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah dijangka mula dikeluarkan pada bulan Disember ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Datuk Dr Mohd Shukor Mahfar berkata borang itu boleh dimuat turun menerusi laman web LHDN selain diperoleh di semua pejabat agensi berkenaan.