Memaparkan catatan dengan label badminton. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label badminton. Papar semua catatan

Isnin, Mac 14, 2011

CHONG WEI TEWASKAN LIN DAN, MUNCUL JUARA ALL-ENGLAND

Chong Wei Tewaskan Lin Dan, Muncul Juara All-England

KUALA LUMPUR: Perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei membenam musuh ketatnya Lin Dan dari China untuk mempertahankan kejuaraan perseorangan lelaki Kejohanan All-England di Birmingham, England awal pagi Isnin.

Perseorangan nombor satu dunia itu mengambil masa 52 minit untuk menundukkan Lin Dan dengan 21-17, 21-17 dalam perlawanan yang berlangsung di Birmingham Indoor Arena.

Pemain tinggi lampai itu mempamer serangan agresif yang gagal ditangkis Lin Dan.

Kemenangan kali kedua Chong Wei dalam All-England itu dimeriahkan dengan sokongan padu penonton di arena itu manakala penyokong Malaysia di tanah air mengikutinya siaran secara langsung di televisyen satelit.

Isnin, Jun 22, 2009

MALAYSIA RAIH DUA GELARAN DI TERBUKA INDONESIA

JAKARTA, 21 Jun (Bernama) -- Malaysia berjaya merebut dua kejuaraan dalam Kejohanan Terbuka Indonesia 2009, iaitu melalui Datuk Lee Chong Wei dalam acara perseorangan lelaki dan pasangan Eei Hui Chin dan Wong Pei Tty dalam acara beregu wanita di Gimnasium Istora Senayan dekat sini.

imageimageLee mencatat kemenangan ke atas pemain tuan rumah Taufiq Hidayat dalam perlawanan straight set 21-9, 21-14 dalam masa hanya 31 minit.

Dalam perlawanan itu Chong Wei berjaya mematikan langkah Taufiq yang dipaksa bermain secara defensif menerusi pukulan-pukulan smash tepat ke kubu pemain Indonesia itu.

"Memang saya tak jangka boleh menang, tapi hari ini saya rasa pertahanan Taufiq pun kurang baik," katanya.

image Sementara itu strategi bermain rally pasangan Wong Pei Tty dan Eei Hui Chin menjadi apabila berjaya menundukkan beregu China Cheng Shu dan Zhou Yunli yang terkenal dengan corak permainan pantas dan pukulan deras mereka.

"Apa yang kami cuba lakukan hari ini adalah mengurangkan risiko untuk mereka bermain corak pantas dan menggunakan tenaga. Nasib kami baik, kami dapat manipulasi keadaan dan menang dalam dua set," kata Pei Pty.

Dengan dua kemenangan itu bermakna, Malaysia menguasai kejohanan tersebut kali ini.

Rabu, Januari 21, 2009

SK KITUNTUL WAKIL KE ZON BARAT

Pasukan Badminton SK Kituntul telah melayakkan diri mewakili Daerah Ranau ke Pertandingan Badminton Peringkat Zon Barat, yang akan dijalankan di Kompleks Likas pada bulan hadapan.

IMG_0761

 

TAHNIAH!!!

Selasa, Januari 13, 2009

PERTANDINGAN BADMINTON DAERAH RANAU

Hari ini pasukan badminton SK Kituntul akan mengikuti pertandingn pemilihan wakil  daerah Ranau ke Zon Barat, yang akan diadakan di Mini Dewan Kg. Kinapulidan Ranau.

image

Pasukan Badminton SK Kituntul. Berdiri dari kiri Nizam, Haziq, Taufiq, Firdaus, Duduk kiri Awi, Wafi, Aidil

image

Pasukan badminton SK Kituntul di bawah jurulatih Cikgu Johana.

Lakukan yang terbaik…. OK!