Isnin, Jun 22, 2009

MALAYSIA RAIH DUA GELARAN DI TERBUKA INDONESIA

JAKARTA, 21 Jun (Bernama) -- Malaysia berjaya merebut dua kejuaraan dalam Kejohanan Terbuka Indonesia 2009, iaitu melalui Datuk Lee Chong Wei dalam acara perseorangan lelaki dan pasangan Eei Hui Chin dan Wong Pei Tty dalam acara beregu wanita di Gimnasium Istora Senayan dekat sini.

imageimageLee mencatat kemenangan ke atas pemain tuan rumah Taufiq Hidayat dalam perlawanan straight set 21-9, 21-14 dalam masa hanya 31 minit.

Dalam perlawanan itu Chong Wei berjaya mematikan langkah Taufiq yang dipaksa bermain secara defensif menerusi pukulan-pukulan smash tepat ke kubu pemain Indonesia itu.

"Memang saya tak jangka boleh menang, tapi hari ini saya rasa pertahanan Taufiq pun kurang baik," katanya.

image Sementara itu strategi bermain rally pasangan Wong Pei Tty dan Eei Hui Chin menjadi apabila berjaya menundukkan beregu China Cheng Shu dan Zhou Yunli yang terkenal dengan corak permainan pantas dan pukulan deras mereka.

"Apa yang kami cuba lakukan hari ini adalah mengurangkan risiko untuk mereka bermain corak pantas dan menggunakan tenaga. Nasib kami baik, kami dapat manipulasi keadaan dan menang dalam dua set," kata Pei Pty.

Dengan dua kemenangan itu bermakna, Malaysia menguasai kejohanan tersebut kali ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan