Selasa, Mac 26, 2013

PEKADIN MAHU BUKU TEKS SEJARAH MALAYSIA DIKAJI SEMULA UNTUK PERINCI SEJARAH SABAH, SARAWAK SUSULAN KES LAHAD DATU

Pekadin mahu buku teks sejarah dikaji semula susulan kes Lahad Datu

KOTA KINABALU 26/03/2013- Persatuan Kebajikan dan Pendidikan Kadazandusun Murut Sabah (Pekadin) mahu Kementerian Pelajaran segera mengkaji semula kandungan buku teks sejarah Malaysia yang diajar di sekolah, terutama rentetan sejarah pentadbiran pra-kemerdekaan atau sebelum Sabah dan  Sarawak sama-sama membentuk persekutuan Malaysia.

Timbalan presidennya Nailin Gabintal berkata, terdapat keperluan yang mendesak untuk berbuat demikian ekoran kes pencerobohan pengganas, yang kononnya menuntut hak ke atas Sabah, di Lahad Datu baru-baru ini.

Katanya, buku teks sejarah Malaysia sedia ada lebih fokus kepada sejarah di Semenanjung Malaysia dan hanya sedikit sahaja sejarah mengenai Sabah dan Sarawak.

"Berdasarkan maklum balas dan tinjauan Pekadin, ramai generasi muda dan ada golongan dewasa yang masih 'samar-samar' fakta sejarah sebenar yang ada kaitan dengan kesultanan sulu sebelum Sabah mencapai kemerdekaan menerusi pembentukan negara Malaysia pada 16 September 1963.

"Dalam hal ini, sudah tiba masanya Kementerian Pelajaran melakukan transformasi dengan memuatkan rentetan sejarah Sabah yang lebih  terperinci dalam buku teks sejarah Malaysia yang digunakan di sekolah khususnya peringkat sekolah menengah," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Nailin berkata langkah itu penting bagi memastikan tidak ada lagi kekalutan mengenai kedudukan Sabah dalam persekutuan Malaysia.

Katanya, Pekadin berharap Kementerian Pelajaran dapat melakukan penambahbaikan kandungan buku teks sejarah Malaysia secepat yang mungkin,  sekali gus membolehkannya diajar atau digunakan untuk sesi persekolah tahun depan.

Nailin berkata, Pekadin turut menyokong penuh kenyataan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim sebelum ini  bahawa Sabah ialah hak Malaysia mengikut undang-undang antarabangsa dan tidak boleh dituntut mana-mana pihak.

Katanya berdasarkan rumusan pakar sejarah negara, ternyata status negeri Sabah memang sah sebagai sebahagian daripada Malaysia dan diiktiraf Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

------------------

Manila tells Filipinos to drop Malaysia when referring to Sabah

“Kota Kinabalu, Sabah, na lang. Tanggalin na ‘yung Malaysia (Let’s just call it Kota Kinabalu, Sabah. Leave out the Malaysia),”

Roy Ecraela of the DFA Office of the Undersecretary of Special and Ocean Concerns

Tiada ulasan:

Catat Ulasan