Selasa, Januari 01, 2013

ORANG RAMAI BOLEH MEMBUAT LAPORAN POLIS SECARA “ON LINE” MULAI 2013

Buat laporan secara online

Portal sedia kemudahan tanpa perlu ke balai polis

28/12/2012: Sabak Bernam: Orang ramai boleh membuat laporan polis secara atas talian (online) melalui portal laporan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tanpa perlu ke balai polis, mulai tahun hadapan.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata pengenalan portal laporan online itu bertujuan memudahkan orang ramai membuat sebarang laporan kepada pihak berkuasa pada bila-bila masa.

Pengenalan portal laporan online bertujuan memudahkan orang ramai membuat sebarang laporan kepada pihak berkuasa pada bila-bila masa," Khalid Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara

Katanya, sistem yang dibangunkan oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) itu, kini dalam peringkat akhir penyediaan dan dijangka boleh digunakan bermula tahun depan.

Beliau berkata, beberapa perkara sedang diteliti termasuk menilai dari aspek perundangan dan keberkesanannya, termasuk cara memastikan kesahihan laporan yang diterima.

Jamin keselamatan

“Ini satu lagi usaha PDRM untuk memudahkan orang ramai serta menjamin keselamatan mereka. Orang ramai boleh buat laporan di mana saja mereka berada dengan menggunakan internet.

“Kita yakin portal laporan polis atas talian ini akan memudahkan orang ramai kerana kini majoriti masyarakat menggunakan gajet dan telefon pintar yang mempunyai capaian internet, selain menjimatkan masa,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Program Kesedaran Jenayah Peringkat Sabak Bernam di sini, semalam.

Hadir sama Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk A Thaiveegan dan Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Mohammad.

Sementara itu, pada majlis berasingan di Kuala Lumpur, Khalid PDRM memandang serius pembabitan rakyat Malaysia dalam kegiatan jenayah di luar negara seperti penyeludupan dadah dan menyertai kumpulan pengganas.

Katanya, ini termasuk kes empat rakyat Malaysia yang ditahan Jabatan Pencegahan Jenayah Undang-Undang Narkotik, Polis Republik Indonesia (POLRI), di Bogor dan Jakarta, minggu lalu kerana kesalahan berkaitan dadah.

Kenal pasti saki baki anggota kumpulan

Beliau berkata, pihaknya yakin POLRI sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti saki baki anggota kumpulan berkenaan dan PDRM masih menunggu laporan lanjut berhubung siasatan yang dilakukan.

“Hukuman tembak mati yang boleh dikenakan terhadap empat rakyat Malaysia itu jika sabit kesalahan, juga adalah di bawah bidang kuasa negara kejadian itu berlaku,” katanya.

Ahad lalu, BH melaporkan empat rakyat Malaysia ditahan dalam serbuan di Bogor, Jawa Barat dan Jakarta selepas dikesan membawa syabu bernilai lebih RM6 juta dan 2,200 pil estacy berwarna hijau.

Khalid berkata, PDRM juga sedang berusaha mengumpulkan bukti bagi menahan saki baki anggota kumpulan pengganas yang turut disertai oleh seorang rakyat Malaysia yang ditembak mati di Davao City, Zamboanga, Filipina, dua minggu lalu.

Oleh Norrasyidah Arshad dan Safeek Affendy Razali

-------------------

Jamin laporan tidak disalahguna

4 ulasan:

  1. Saya lin dr flat pantai peringggit mlke ingin membuat laporan mengenai kes skodeng di atas siling umh saya yg sering mengganggu kami sekeluarga malah di antar mereka ingin menunjuk perasaan trhadap kami sekeluarga.sya berharap pihak polis melakukn kes ni secept yg mungkin agar tidak hal ini lebih melarat lgi kami sekeluarga..

    BalasPadam
  2. kepada oihak berkuasa di sini saya membuat laporan tentang masalah yang menganggu kehidupan dan mungkin membahayakan diri saya sendiri,seperti pada masa ini saya telah menyewakan bilik rumah saya kepada sepasang suami istri selama 4,atau lima bulan macam tu,pada kehadiran adik si penyewa pada tiga hari raya...,pada seminggu dua di dapati adik si penyewa bising memberitahu pada saya bahawa ada orang ceroboh masuk dalam rumah saya yang ber alamat 1017 tingkat 10 block E flat ppr lembah subang kelana jaya telah di pecah masuk sedangkan penyewa berkenaan berada rumah berkenaan, dan semua pintu bilik di dapati berkunci dan tidak ada sesiapa yang cuba memasuki rumah tersebut jadi itu adik penyewa rumah saya meminta saya mehubungi balai polis berdekatan di kelana jaya untuk meminta bantuan,selepas kerjadiaan itu berlalu setiap hari adik penyewa bising dan mengadu ada orang pecah masuk rumah,dan bayak kali anggota polis buat siasatan rumah berkenaan,dan selama 3 dan 4 hari selepas anggota polis buat siasatan di dapati adik penyewa telah bergantung di tembuk rumah di tingkat seouluh jadi pada siang berkenaan adik penyewa tersebut telah di tahan oleh pihak polis dan telah di bawa ke rumah sakit jiwa jadi itu pada 2 atau 3 hari macam tu adik penyewa telah keluar dari hospital sakit jiwa dan di dapati nomal.apabila dalam masa seminggu bergitu saya telah dapat tahu apa yang belaku itu ada lah hayalan,dari barang yang di hisap,jadi itu si adik dan si kakak selama ini adalah penagih yang berselindung dan setiap hari dan setiap malam telah buat bising dalam rumah saya dan sampai suami tak mahu balik kerumah kerana istri dan adik ifar nya telah menjadi penagih dan sering membuat bising tak megira atau malam jadi itu demi keselamatan saya dan jiran jiran bersebelah saya meminta pihak berkuasa mengambil tindakkan atas masalah macam ni yang telah belaku dalam rumah saya,

    BalasPadam
  3. SAYA MAHU PDRM AMBIL TINDAKAN KPD IBU BAPA /PENJAGA YG MEMBIARKAN ANAK-ANAK MEREKA MERAYAU-RAYAU TANPA PENGAWASAN. ANAK-ANAK MEREKA ADA YG LEMAS DAN KEMALANGAN. MEREKA ITU CUAI DAN TIDAK BERTANGUNGJAWAB. SAMAN DAN DENDA ATAU LAIN-LAIN HUKUMAN.

    BalasPadam
  4. DIHARAP PDRM LEBIH TERPERINCI MENYIASAT PENDUDUK KAWASAN PANAS. RESTAURENT,KEDAI DLL. KEBANYAKKANNYA MEREKA ADALAH GANGSTER.BEKAS ANGOTA KOMUNIS YG TIDAK TAUBAT.

    BalasPadam