Isnin, November 05, 2012

SUSPEK CURI KERETA DIKEHENDAKI POLIS

SUSPEK CURI KERETA DIKEHENDAKI POLIS

PERANTI....Alat khas ini dipercayai digunakan dalam Modus Operandi untuk mencuri kenderaan. Suspek gambar sisipan.

PIHAK Polis Kuala Lumpur sedang mengesan seorang suspek yang dipercayai dapat membantu siasatan berhubung kejadian Curi Kenderaan (Seksyen 379 A Kanun Keseksaan) di sebuah pusat pameran kenderaan Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur baru-baru ini. Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan inidividu terbabit diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di talian 03-2146 0685 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan