Isnin, November 05, 2012

LELAKI MAUT DIPUKUL KERANA MABUK

Lelaki maut dipukul kerana mabuk

RANAU 4 Nov. - Seorang lelaki yang dipercayai mabuk sanggup memukul lelaki lain dengan objek keras sehingga mati dalam satu pergaduhan di Kampung Lembah Permai di sini malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Abdul Rahman Kassim berkata, mayat mangsa yang berusia 40-an ditemui oleh seorang pekerja sebuah hotel berhampiran kira-kira pukul 8.30 malam.

Menurutnya, hasil siasatan percaya kedua-dua mereka mabuk berdasarkan penemuan tin-tin minuman keras di lokasi kejadian.

"Hasil maklumat saksi, polis menahan seorang suspek di Kampung Cinta Mata, kira-kira tiga kilometer dari tempat kejadian iaitu beberapa jam selepas penemuan mayat mangsa," katanya sambil menambah suspek direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan