Rabu, November 21, 2012

SALMAN : YA, TERDAPAT LEBIH KURANG 400,000 ORANG LAIN TERMASUK WARGA PAKISTAN, INDONESIA, FILIPINA, BANGLADESH DAN LAIN-LAIN YANG DIJANJI KEWARGANEGARAAN MALAYSIA ATAS DASAR YANG SAMA.

SELEPAS RCI, NAJIB KENA UMUM PATI VALI?

SALMAN  BIN MAJID H0352141 (620202-12-5053)

20/11/2012: Dalam dakwaannya yang difailkan pada 25 Mac 2009, Salman mendakwa bahawa beliau ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12 Mac 2005 dan pasportnya dirampas oleh Pegawai Imigresen yang bertugas mengikut Akta Imigresen 1956.

Salman turut menyatakan bahawa beliau memiliki bukti dokumen sah yang menunjukkan bahawa beliau adalah rakyat Malaysia dan berhak untuk mendapat penghakiman sebelum dihantar balik; dan tindakan Pegawai Imigresen merampas pasport beliau adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Salman berkata bahawa beliau gembira selepas tinggal di Malaysia selama lebih 20 tahun, apatah lagi tiga daripada enam anaknya lahir di Malaysia. Oleh itu beliau berharap agar pihak berkuasa Malaysia menjalankan siasatan rapi terhadap mereka yang menganiaya beliau sehingga mengalami kerugian dalam perniagaan dan mengalami layanan buruk pihak Imigresen.

Ketika prosiding mahkamah, Salman mengaku bahawa beliau dilahirkan di Pakistan dan menetap di Malaysia sejak 1985 dan mendapat kerakyatan Malaysia secara sah.

Berikut sebahagian daripada sedutan Nota Prosiding Mahkamah;

Pendakwaraya : Adakah anda dilahirkan di Malaysia?

Salman : Tidak. Saya dilahirkan di Pakistan.

Pendakwaraya : Sejak bilakah anda menetap di Malaysia?

Salman : Sejak 1985

Pendakwaraya : Kenapa anda datang ke Malaysia pada masa tersebut?

Salman : Pada masa tersebut, saya mendapat maklumat daripada rakan senegara yang menjalankan perniagaan mereka di Malaysia bahawa negeri Sabah sedang mengeluarkan kad pengenalan keada warga asing yang ingin menjadi warganegara Malaysia. Oleh yang demikian, saya telah pergi ke Sabah untuk mencuba nasib bagi mendapatkan kad pengenalan.

Pendakwaraya : Adakah awak dimaklumkan tentang syarat-syarat yang dikenakan untuk memperolehi kad pengenalan tersebut?

Salman : Saya telahpun dimaklumkan bahawa syarat yang dikenakan oleh pihak berkuasa di sabah bagi mendapatkan kad pengenalan adalah bahawa seseorang mesti berumur 25 tahun ke atas dan beragama Islam dan memandangkan saya memenuhi syarat-syarat tersebut, saya diperlukan mengikrarkan satu surat akuan dengan menurunkan cap jari saya.

Pendakwaraya : Adakah awak mengikrarkan surat akuan tersebut?

Salman : Ya

Pendakwaraya : Adakah anda dikeluarkan kad pengenalan dan didaftarkan sebagai warganegara Malaysia selaras dengan permohonan anda tersebut?

Salman : Ya. Jabatan Pendaftaran Negara Sabah telahpun mengeluarkan kad pengenalan kepada saya selaras dengan permohonan saya tersebut dan mendaftarkan saya sebagai warganegara Malaysia.

Pendakwaraya : Pada masa awak mula datang ke negara ini, adakah awak dijanji kewarganegaraan Malaysia atas apa-apa syarat?

Salman : Ya, saya dijanjikan kewarganegaraan Malaysia atas syarat saya menyokong pihak Barisan Nasional di dalam pengundian pilihanraya tempatan.

Pendakwaraya : Setakat pengetahuan anda, adakah terdapatnya orang lain seperti anda yang diberi janji yang sama?

Salman : Ya, terdapat lebih kurang 400,000 orang lain termasuk warga Pakistan, Indonesia, Filipina, Bangladesh dan lain-lain yang dijanji kewarganegaraan Malaysia atas dasar yang sama.

Walaupun Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara, Datuk Mohamed Abdul Halim Muhammad dalam satu kenyataan ringkas berkata kad pengenalan yang dimiliki Salman Salman Majid H0352141 (620202-12-5053) telah dibatalkan pada tahun 2001 setelah dia didapati mengemukakan maklumat palsu untuk memperolehinya, namun perintah mahkamah telah menjadi sebaliknya.

Dalam perjuangannya di mahkamah, Salman yang menggunakan Sijil Akuan Palsu bahawa beliau dilahirkan di Ranau pada 1962 dibela oleh Karpal Singh dan Mantan Ketua Menteri Sabah, Datuk Harris Salleh telah prihatin tampil sebagai saksinya sehingga Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengiktiraf beliau sebagai Warganegara Malaysia yang sah pada 24 November 2009.

"Saya telah menganggap diri saya sebagai rakyat Malaysia sejak 24 tahun lalu dan telah menjadi pengundi setia sejak tiga pilihanraya umum lalu," kata Salman dengan bangga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan