Sabtu, November 03, 2012

PENDAPATAN EKSPORT PRODUK SAWIT 2011 CAPAI REKOD TINGGI, KATA MASIDI

Pendapatan eksport produk sawit 2011 capai rekod tinggi, kata Masidi

SANDAKAN 31/10/2012: Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri, Datuk Masidi Manjun menegaskan negara ini diakui sebagai pemain utama dalam industri penanaman kelapa sawit di dunia apabila pada tahun 2011 menyaksikan pendapatan eksport produk sawit mencapai rekod yang tinggi sebanyak RM80.4 bilion.

“Ia satu peningkatan sebanyak 34.5 peratus jika dibandingkanRM59.8 bilion yang dicapai pada tahun 2010,”

katanya ketika menyempurnakan perasmian Workshop On Zero-Discharge From Palm Oil Mill Industry & Creation of New Green Profitable Business di sebuah hotel terkemuka di sini, kelmarin.

Teks ucapannya disampaikan pembantu kementerian berkenaan iaitu Datuk Ellron Angin.

Beliau berkata, penanaman sawit pada tahun lepas mencapai 5.00 juta hektar yang menunjukkan peningkatan sebanyak 3.0 peratus berbanding 4.85 juta hektar dicatatkan dalam tahun sebelumnya.

  • Katanya, Sabah masih sebagai negeri terbesar dengan kawasan tanah melibatkan kira-kira 1.43 juta hektar atau 28.6 peratus dan diikuti Sarawak iaitu 1.02 juta hektar atau 20.4 peratus.

“Ini sebahagian besarnya turut menyumbang kepada sumber bahan biojisim kerana sehingga 2010, industri minyak sawit telah menyumbang sebanyak 85.5 peratus daripada biojisim di Malaysia.

“Lebih sedekad yang lalu, industri sawit turut memberikan sumbangan besar dalam usaha untuk memastikan pertumbuhan ekonomi yang mapan. Walau bagaimanapun, masih terdapat ketidakberkesanan terutama dari segi kecekapan yakni saling bergantung antara industri ini dan alam sekitar,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Masidi berkata bengkel yang diadakan merupakan satu konsep bagi mewujudkan peluang perniagaan dan pemuliharaan melalui sifar pelepasan sistem seperti bio-plastik, penjanaan elektrik biogas, pemulihan EFB (buah tandan kosong) arang dan air.

Tambahnya, ia sekali gus menyumbang kepada pemuliharaan biodiversiti sebagai tapak Ramsar Kinabatangan yang lebih rendah dan Lembangan Sungai Segama serta tanah lembap.

“Saya berharap para peserta yang mengikuti bengkel ini akan mendapat gambaran yang berharga daripada perkongsian maklumat menerusi bengkel pada hari ini,” katanya.

Antara dibincangkan pada bengkel berkenaan adalah penggunaan bahan sisa sawit secara lebih efisien dan mendatangkan keuntungan melalui penghasilan produk-produk nilai tambah.

Selain pengalaman sistem rawatan sisa efluen yang lebih lestari di semua kilang sawit; projek-projek loji pandu yang dibina di kilang sawit akan mempamerkan keupayaan untuk pelaksanaan skala penuh.

Bengkel juga berkongsi maklumat mengenai penciptaan peluang-peluang perniagaan hijau yang menguntungkan di samping mencipta peluang pelaburan dari syarikat luar terutamanya Jepun bagi perniagaan produk nilai tambah.

Untuk rekod, Tanah Lembah Hilir Kinabatangan-Segama secara rasminya dilantik sebagai yang pertama tapak Ramsar terbesar di Malaysia pada persidangan ke-10 sempena Konvensyen Ramsar mengenai Tanah Lembap (Ramsar COP10) di Korea pada bulan Oktober 2008.

Ini adalah laman Ramsar keenam di Malaysia, tetapi penyenaraian baru kawasan bukan sahaja pertama tapak Ramsar di Sabah tetapi juga terbesar di negara ini yang melanjutkan lebih daripada 78.803 hektar hutan bakau dan paya gambut terletak di kawasan timur Sabah.

Laman web berkenaan terdiri daripada tiga hutan simpan iaitu Hutan Simpan Trusan Kinabatangan (40.471 hektar), Kawasan Simpanan Hidupan Liar (20.682 hektar) dan Kuala Maruap dan Kuala Segama Forest Reserve (17.650 hektar).

Laman web ini mengiktiraf sebagai tanah lembap antarabangsa yang penting untuk eko sistem seperti hutan bakau, hutan paya gambut dan lain-lain yang mengandungi beberapa spesis.

Pun begitu, menurut World Wide Fund for Nature-Malaysia atauWWF di mana kawasan ini kini mendapat nama bagi penurunan dalam kualiti air terutamanya akibat pencemaran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan