Isnin, Mac 12, 2012

HOTEL BAJET DI BATU PAHAT TAWAR PELACUR MURAH DARI SABAH DISERBU

Hotel bajet tawar pelacur Sabah diserbu

image

BEBERAPA wanita disyaki pelacur yang ditahan di sebuah hotel bajet di Batu Pahat kelmarin.

BATU PAHAT 12 Mac 2012 - Rahsia sebuah hotel bajet di sini yang mampu menarik ramai pelanggan muda dan warga asing terbongkar apabila didapati menyediakan perkhidmatan pelacur muda dipercayai dari Sabah.

Wanita muda berusia 20-an yang mempunyai paras rupa menarik, pandai melayan pelanggan itu menawarkan khidmat seks serendah RM40.

Kegiatan itu dibongkar dalam operasi bersepadu anggota dari Pejabat Agama Batu Pahat, Johor Bahru, Kluang, Muar dan Pontian kelmarin.

Dalam serbuan itu, seramai tujuh pelacur sedang menunggu dan melayan pelanggan ditahan dan diserahkan kepada pihak polis.

Timbalan Ketua Penguat Kuasa Agama Daerah Batu Pahat, Saiful Ariffin Mohd. Sopah berkata, lima daripada pelacur yang disoal siasat memberitahu, mereka berasal dari Sabah.

"Pada mulanya mereka tidak mengaku menjalankan kegiatan tidak bermoral itu tetapi pemeriksaan lanjut menjumpai kondom di dalam laci bilik menyebabkan mereka akhirnya mengaku.

"Seorang lelaki warga Indonesia yang beragama Islam turut ditahan kerana disyaki berkhalwat dalam bilik hotel dan dua remaja lelaki tempatan yang menganggur diberi kaunseling kerana disyaki cuba mendapatkan khidmat pelacuran di situ," katanya di lokasi operasi di sini semalam.

19 ulasan:

  1. Hopefully the police will conduct more operations to stop these prostitution rings in the state.

    BalasPadam
  2. If they are allowed to operate freely, it will cause the downfall of our state.

    BalasPadam
  3. Yang dari Sabah itu orang local atau PATAI? Mungkin mereka kena tipu sindiket yang kononnya mahu offer kerja tapi dijual jadi pelacur.

    BalasPadam
  4. Macam tiada kerja lain yang boleh dibuat selain melacurkan diri??

    BalasPadam
  5. kenapa perlu jadi Pelacur, byk lagi kerja lain yang lebh labih baik.

    BalasPadam
  6. Perlu perbanyakan serbuan2 di hotel2

    BalasPadam
  7. Teruskan lagi usaha membenteras pelbagai kes jenayah di Negara kita ini.

    BalasPadam
  8. bikin malu orang Sabah saja.. tapi betulkah mereka itu orang Sabah?? siasat dulu sebab di Sabah ni macam2 ada..

    BalasPadam
  9. bah di sabah pun laku knapa mahu jual di johor...

    BalasPadam
  10. Tidak perlu tahu org sabah ka org malaya ka, srawak ka
    benda ini dimana2 terjadi atas beberapa sebab spt kebodohan,ditipu sindeket,kerelaan,kesiukan,part time dan macam2 lg alasan K-O-T-O-H

    BalasPadam
  11. bah sy kerja d salah sTu hotel sandakan..memang hotel tu sediakan pelacur berbagai bangsa.. harga ikut paras rupa dn badan... paling kurang rm 270 1 shot...sy sbgai reception di hotel tu mulanya tdak tau tpi sy heran hari2 dpt tips atau duit bnyk..smpi gaji pun tak abis..

    BalasPadam
  12. mencari pelacur batu pahat

    BalasPadam
  13. mencari rumh pelacur batu pahat

    BalasPadam