Isnin, November 26, 2012

ENAM LELAKI HILANG KETIKA BERKAYAK SG. LIWAGU RANAU AKHIRNYA DITEMUI

Enam lelaki hilang ketika berkayak akhirnya ditemui

RANAU 25/11/2012: Sekumpulan enam orang lelaki yang dipercayai hilang semasa berkayak sejak Khamis lepas akhirnya ditemui dalam keadaan lemah di laluan kawasan Sungai Liwagu di sini kelmarin.

Difahamkan, kayak yang digunakan tersangkut pada batu menyebabkan kesemua mangsa tidak dapat meneruskan perjalanan.

Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superitendan Abdul Rahman Kassim berkata mangsa yang juga warga tempatan sepatutnya dijadualkan tiba di Kampung (Kg) Nabutan selepas memulakan perjalanan di Kg Gana-Gana kira-kira jam 1 petang.

Namun jelasnya, sehingga jam 4 petang hari yang sama kumpulan terbabit masih belum tiba di lokasi sepatutnya.

“Gerakan mencari mangsa oleh pasukan penyelamat termasuklah polis, bomba, Rela dan juga orang kampung mula dijalankan sebaik laporan dibuat.

“Rakan mangsa yang turut sama menjalankan operasi mencari, akhirnya menemui semua mangsa di kawasan Sungai Liwagu kira-kira jam 2.10 petang kelmarin,” katanya ketika dihubungi kelmarin.

Kesemua mangsa yang terlibat termasuklah Mazlan Naimin, Jailin @Nazrin Naimin, Chong Pitt Hong, Abdullah Keroon, Faznie Abdul Malik, dan Kilin.

Beliau berkata, kesemua mangsa kini dalam keadaan selamat dan dibawa pulang ke Kg Nabutan.

Sementara itu, rakan mangsa, Jasnin Othman berkata pada awalnya dia bersama seorang lagi rakan mereka iaitu Razali Sumin sepatutnya menyertai aktiviti berkayak itu.

Namun katanya, disebabkan saiz kayak yang digunakan agak kecil, beliau membatalkan niat untuk turut serta berkayak.

image “Kayak yang mereka gunakan itu sepatutnya hanya boleh digunakan untuk empat penumpang sahaja dalam satu-satu masa.

“Justeru, mungkin juga kayak terbabit lebih muatan dan tidak mampu menampung berat kesemua enam orang penumpang,” katanya.

----------------

Six locals who went missing on kayaks rescued

Tiada ulasan:

Catat Ulasan