Sabtu, Oktober 20, 2012

WIFI KAMPUNG TANPA WAYAR: INDAH KHABAR DARI RUPA?

----------------------

Transmitter Wifi Kg Bokara dipindah tempat lebih tinggi

SANDAKAN 18/10/2012: Penduduk di Kampung Bokara dekat sini mengambil keputusan untuk memindahkan ‘Transmiter Wifi’ ke tempat yang lebih tinggi ekoran rungutan daripada penduduk setempat yang dikatakan tidak dapat melayari sepenuhnya kemudahan sistem jalur lebar seperti dijanjikan menerusi pelaksanaan Kampung Tanpa Wayar (KTW).

New Sabah Times difahamkan bahawa sejak kemudahan KTWdisediakan di perkampungan tersebut tidak semua penduduknya dapat melayari internet memandangkan kekuatan pancaran jalur lebar hanya pada jarak 100 meter.

Ini menyebabkan hanya beberapa rumah sahaja yang dapat melayari kemudahan internet tetapi untuk rumah-rumah agak jauh sedikit daripada pemancar terpaksa menggunakan ‘Streamyx atau ‘Broadband’ sendiri.

“Kami mengambil keputusan untuk memindahkan transmiter ke tempat lebih tinggi sedikit bagi membolehkan orang kampung dapat menerima liputan KTW dengan lebih baik berbanding sebelumnya,” kata seorang penduduk yang enggan namanya siarkan.

Beliau berharap pihak berwajib menambah baik kemudahan ini dan jangan hanya terpampang indah dengan perkataan Kampung Tanpa Wayar namun hakikatnya pula tidak semua yang dapat melayari kemudahan secara percuma itu.

Pada bulan lepas, akhbar ini turut menyiarkan kenyataan penduduk di situ yang berpendapat bahawa mungkin masih terdapat kelemahan dalam memancarkan jalur lebar secara percuma memandangkan jarak pancarannya adalah kurang daripada 100 meter.

Ray Ibrahim Hj Othman meminta pihak berwajib terutamanya yang terlibat dalam pembangunan projek KTW agar memastikan perkhidmatan jalur lebar dapat digunakan sepenuhnya.

Ini katanya, tiada juga makna sesuatu pembangunan seandainya penduduk setempat tidak dapat memanfaatkannya sedangkan papan tanda telah diletakkan sebagai memaklumkan pembangunan yang sedang dikecapi.

Begitu pun, beliau mencadangkan supaya pemancar utama dialihkan ke kawasan lebih sesuai dan bukan meletakkannya di lereng bukit.

“Mungkin ada gangguan sedikit sebab pemancarnya diletakkan di lereng bukit menyebabkan tidak semua orang kampung dapat menikmati kemudahan internet tanpa wayar ini.

“Apa pun, kita tunggu sajalah apa masalah utama menyebabkan tidak semua menikmati perkhidmatan internet secara percuma ini. Kita hanya boleh memberi pendapat mahu pun pandangan, kita tunggulah perhatian daripada pihak yang berkaitan,” tambahnya.

Sementara itu, Ketua Kampung Bokara, Haji Eram Lattoh, memberitahu buat masa ini hanya jarak 100 meter untuk penduduk kampung dapat melayari kemudahan tersebut.

Beliau telah dimaklumkan bahawa kerja-kerja menambahbaik pancaran jalur lebar ini akan dilaksanakan sedikit masa lagi.

10 ulasan:

  1. just hack in their hopspot admin log in page this morning..hehehe

    BalasPadam
  2. sabar2 ja la mo p kasi patah2 tu KTW punya tanduk. knapala klu krajaan sokong permohonan kami minta talian telikom biar kami bayar wifi sendiri drpd KTW ajar org menyumpah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memandangkan bentuk muka bumi sabah yang berbukit bukau, tidak semua kawasan di sabah yg mempunyai kemudahan jalan raya yg baik. Atas sebab itu, agak sukar bagi telekom mahupun penyedia internet lain utk membawa masuk talian fiber optik yg menjadi medium utama bg talian perkhidmatan streamyx mahupun unifi. Atas dasar itu, penggunaan teknologi VSAT di bawa masuk ke kawasan pedalaman kerana ianya melakukan transaksi data melalui sokongan satelite dan juga frekunsi radio. VSAT juga membolehkan penduduk yg tinggal di kawasan tanah tinggi seperti laban rata menikmati capaian jalur lebar sama seperti penduduk di kawasan bandar,

      Padam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  6. Jangan la budak kecik nak hack2 wifi.
    aku lebih tau cara hack sebab aku programmer, programmer macam kami yang mereka tools hack itu.
    Kamu hanya menggunakannya saja.
    Kegunaan tool's hack yang ada bukan untuk keseronokan diri sendiri, malah untuk menguji sesuatu security, itu aja.
    Adoi, kes sama ni.
    tapi aku guna wifi umah je.
    huhuu.
    Cuba try suruh pihak yang berkenaan untuk letakkan wifi repeater.
    Mungkin ini dapat membantu.

    BalasPadam
  7. Utk pengetahuan pihak tuan, projek kampung tanpa wayar@KTW merupakan satu langkah bijak MCMC utk menambah baik liputan jalur lebar di kawasan luar bandar. Dulunya projek ini di selia oleh sykt PERNEC utk sambungan dari vsat kepada modem, dan dari modem hingga ke AP di selia pula oleh syarikat kontraktor yg lain. Ikut pengetahuan sy yg kurang arif ini, sepatutnya pembesaran radius coverage AP boleh di buat atas permintaan JKK @Ketua kampung kepada pihak kontraktor yg telah di lantik. Berkenaan dengan pemancar utama pula, kebiasaannya data akan diperolehi melalui rangkaian (sat - parabola - modem - acess point) VSAT, kemudian data tersebut akan di pancarkan melalui AP kepada pengguna akhir. Kelajuan KTW yg pernah di selia adalah di antara 2.3 mbps dan 2.0 mbps. Kelajuan data bergantung kepada beberapa faktor seperti keadaan cuaca, jumlah node dalam talian. Dari segi security pula, agak sukar utk melayari talian ktw kecuali telah mendaftar sebagai pengguna. Dan mmg terdapat beberapa ralat yg berlaku pada peringkat awal pemasangan. Pihak yg berkenaan telahpun sedia maklum mengenai perkara tersebut.Harap sy dpt mberi sedikit pencerahan.kepada pihak tuan

    BalasPadam