Selasa, September 11, 2012

SAYA INGAT DAH MATI

Thumbnail---------------GH----------------

Saya ingat dah mati

TAWAU 09 September 2012: “Saya hanya ingat mati kerana sudah tidak berupaya menahan sakit selepas ‘pitik’ itu menembusi belakang leher ketika pergaduhan. Syukur, umur saya masih panjang,” kata Ciko, 17, yang pernah merasai azab ditusuk paku tajam dijadikan senjata oleh sekumpulan samseng di sini.

Remaja itu antara seorang daripada mangsa senjata buatan sendiri yang makin berleluasa di negara ini. Selain senjata itu, penggunaan senjata permainan paintball yang disalahgunakan untuk kegiatan jenayah juga cukup membimbangkan dan sewajarnya dibendung pihak berkuasa.

Sebagai contoh, senjata untuk permainan paintball yang cukup popular di kalangan remaja kini direka menyerupai senjata sebenar, sekali gus memungkinkan pihak tidak bertanggungjawab menggunakannya untuk kegiatan jenayah seperti rompakan terutama pada waktu malam dan awal pagi bagi mengelirukan mangsa.

Menurut Ciko, dalam kejadian baru-baru ini, dia terpaksa dikejarkan ke hospital dengan sebatang anak panah yang masih terpacak di belakang leher selepas diserang lebih 10 lelaki secara tiba-tiba.

“Insiden ini berlaku ketika saya bersama abang sedang berbasikal di Persiaran Traulsen sebelum ditahan sekumpulan lelaki.

“Ketika ditahan, seorang daripada mereka bertanyakan sama ada saya ‘budak flat’ dan belum sempat menjawab pertanyaan itu, salah seorang terus melepaskan tumbukan,” katanya ketika ditemui Metro Ahad di sini.

Katanya, tidak puas dengan tindakan itu, seorang daripada penyerang terbabit mengeluarkan pitik lalu terus membidik ke arah saya sehingga mengena belakang leher. Menurut Ciko, tusukan itu menyebabkan dia menjerit kesakitan sebelum pengsan, namun diselamatkan abangnya yang berjaya melarikan diri sebelum itu.

Katanya, ketika di hospital, doktor terpaksa melakukan pembedahan kecil untuk mengeluarkan pitik yang tersangkut di lehernya.

“Saya harap pihak berkuasa memantau perbuatan segelintir remaja samseng yang menjadikan pitik sebagai senjata.

“Saya bimbang perbuatan ini makin berleluasa berikutan pitik mudah dibuat menggunakan paku, kayu dan getah,” katanya.

Seorang lagi mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Man, 21, berkata insiden ditusuk pitik berlaku ketika dia dan seorang rakannya mahu menziarahi rakan mereka di kampung berhampiran.

“Ketika mula memasuki kampung berkenaan, kami dihampiri beberapa individu dan bertanyakan niat kami ke situ. Tidak berpuas hati dengan jawapan kami, seorang daripada mereka melepaskan pitik ke arah saya lalu terkena perut.

“Tiba-tiba saya merasakan darah membasahi baju dan sebaik menundukkan kepala, saya melihat perut saya ditusuk sejenis besi tajam dikenali sebagai pitik hingga menembusi belakang badan,” katanya.

Katanya, insiden itu berlaku terlalu pantas dan sebaik melihat dia berlumuran darah, semua samseng berkenaan melarikan diri.

“Saya dihantar ke hospital sebelum doktor terpaksa melakukan pembedahan mengeluarkan pitik sepanjang lebih 20 sentimeter,” katanya.

Difahamkan, pitik yang berasal dari Filipina juga dipanggil ‘plem padel’ oleh penduduk di sini dan dibuat menggunakan paku yang dikikir tajam.

Senjata itu kelihatan seperti anak panah dengan hujungnya yang runcing dan terbelah dua seperti mata kail dipercayai sengaja dilakukan bagi memastikan pitik sukar ditarik keluar jika tertusuk mangsa dan untuk mengeluarkannya, mangsa perlu dibedah.

Pitik memerlukan peralatan seperti getah lastik untuk melepaskan anak panah ke sasaran. Biasanya, lastik berkenaan diperbuat daripada kayu berukuran kira-kira lima sentimeter yang dibalut getah selain tiub tayar untuk dijadikan sebagai pembidik.

Menurut seorang penduduk, Amir Aziz, 26, dia sering terdengar daripada rakan lain mengenai pergaduhan menggunakan senjata itu di sekitar daerah ini.

“Pihak berkuasa perlu memandang serius perkara ini termasuk melakukan serbuan di kedai atau premis yang menjual pitik,” katanya.

“Senjata ini bukan saja boleh membawa maut, malah mampu mengakibatkan kecacatan kekal jika menembusi kepala,” katanya.

---------------

Boleh dijel tujuh tahun

“Kalau seseorang itu menyimpan apa saja bentuk senjata api (tiruan, buatan sendiri dan permainan), sekiranya ia menyerupai dan berfungsi seperti senjata tulen, ia satu kesalahan,”

Memiliki senjata yang menyerupai senjata tulen boleh didakwa mengikut Seksyen 8 Akta Senjata 1960, sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi tujuh tahun, atau denda tidak melebihi RM10,000, atau kedua-duanya sekali.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin

-----------

PITIK..

PITIK!

Thumbnailhttp://www.youtube.com/verify_age?next_url=/watch%3Fv%3Dz23W0QeVd6Y

Senapang angin mampu ragut nyawa haiwan serta manusia

7 ulasan:

  1. bahaya juga ni..mujurlah tidak putus nyawa.

    BalasPadam
  2. Memang bahaya juga peralatan sebegini dijadikan sebagai senjata.

    BalasPadam
  3. senjata ini berasal dari filipina. pasti samseng tersebut PATI dari filipina.

    BalasPadam
  4. tangkap semua samseng2 ini sebelum dia buat negeri ini macam negeri yang tidak ada undang2..

    BalasPadam
  5. ini lah akibt pmpnan krjn Sabah skg.dorg yg bg gren lite pd pati utk b'mhrjlela d sini..bgkit la wahai ank jati Sabah.kta bt perubhn melalui undian parti.agar projek ic d bersih kn ckup2 tnp ada tgl secbis baki..sblm jnyh n maslah pati ini mkin menular n skr d bnteras.org besar2 2 d krjn skg xpdli sbb bhy 2 jauh dr dorg.yala,dorg golongan atsn.ada pgwal prbdi.yg kta anak jati Sabah yg sdrhana cm mana? tp lau jd dpn mta aku pati bt cm 2,aku tetak smpi mati.aku mau tgk undg2 sblh aku atau pati..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada dinyatakan insiden ini dilakukan oleh PATI?? inilah kalau kemaruk sangat menyokong pembangkang.. semua dia politikkan tanpa mengkaji cerita sebenar..

      Padam
  6. Tanpa NamaRabu, September 26, 2012 5:49:00 PG

    kalau pembangkang ambil alih kerajaan, kau yakinkah tidak ada jenayah berlaku di Malaysia??

    BalasPadam