Selasa, September 25, 2012

‘KEKALKAN BANGUNAN RADIO SABAH SEBAGAI BANGUNAN BERSEJARAH’

‘Kekalkan bangunan Radio Sabah sebagai bangunan bersejarah’

KOTA KINABALU, 25 Sept — Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Negeri Datuk Jainab Ahmad mencadangkan agar Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) mengekalkan bangunan Radio Sabah (RTM) yang lama sebagai bangunan bersejarah.

Ketika membuat gesaan itu, beliau berkata bangunan Radio Sabah merupakan mercu tanda negeri Sabah sebagai radio pertama yang beroperasi pada tahun 1952 dengan memperkenalkan pelbagai rancangan radio yang lebih tersusun dan secara tidak rasmi perkhidmatan ini dikenali sebagai Radio Sabah.

Katanya, perkhidmatan Radio Sabah terus berkembang apabila bangunan tetap Wisma Radio siap dibina  pada tahun 1962 yang terletak di Bukit Nenas, Jalan Tuaran, iaitu bangunan yang ada sekarang.

“Selepas Sabah merdeka melalui pembentukan Malaysia pada 1963, Radio Sabah bertukar nama menjadi Radio Malaysia Sabah. Siaran Radio bermula  di bangunan baru ini pada 23 Jun 1963.

“Jabatan Penyiaran Malaysia kemudian berpisah dengan Jabatan Penerangan Malaysia pada 1964  di bawah naungan Kementerian Penerangan Persekutuan.

“Jadi, saya minta agar pihak kementerian Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim (Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan) mempertimbangkan gesaan ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini sebagai susulan lawatan beliau ke bangunan Radio Sabah bagi menyaksikan pertandingan Bintang P. Ramlee peringkat zon Sabah di Pantaran Mesra RTM Kota Kinabalu, Jalan Tuaran dekat sini Ahad lepas.

Acara itu turut dihadiri Pengarah Penyiaran kawasan Sabah Abdul Jelani Mahmud.

Jainab berkata bangunan itu merupakan satu-satunya bangunan sejarah yang amat dibanggakan rakyat Sabah yang menurutnya bakal menjadi tarikan pelancong yang datang dari dalam dan luar negara.

“Saya akan memanjangkan perkara ini kepada kerajaan negeri untuk dipertimbangakn bangunan tersebut jangan diroboh tetapi dikekalkan sebagai bangunan bersejarah.” katanya.

Menurut Jainab yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Karambunai, satu daripada kepentingan bangunan bersejarah ialah bangunan bersejarah atau monumen dapat dijadikan sebagai bukti yang kukuh kepada sesuatu era atau peristiwa sejarah yang telah berlaku.

Katanya bangunan Radio Sabah perlu dijadikan sebagai bangunan bersejarah kerana ia amat penting untuk generasi kini dan juga generasi akan datang untuk melihat bangunan Radio Sabah pada 20 hingga 30 tahun akan datang.

“Pendapat sesetengah pihak yang mengatakan bahawa bangunan bersejarah perlu diruntuhkan adalah tidak berasas kerana bangunan bersejarah dan monumen lama dapat memberikan teladan dan iktibar kepada masyarakat terutama remaja kini yang mempunyai semangat patriotisme yang semakin menipis,” katannya.

Pejabat RTM kini berpindah ke Kompleks Bersepadu KPKK di Jalan Lintas, Kepayaan.

Selain RTM, bangunan itu yang mula dibina pada 2009 dan siap akhir tahun lepas itu turut menempatkan tiga agensi lain di bawah kementerian iaitu Jabatan Penerangan (beberapa bahagian), Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) dan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Sabah.

--------------------

SEJARAH RTM SABAH

-----------------------

----------------------

30 ulasan:

  1. bagunan radio sabah patut dikekalkan. but if it is in the way of development, then demolish it... or modify it but maintaining only some parts of the building, that is worth preserving due to its historical values.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Adalah penting untuk kita menyemai rasa terima kasih kepada sejarah kerana itulah yang akan membantu di masa akan datang.

      Padam
    2. Ya setuju. Saya yakin keputusan yang bakal dibuat nanti pasti memuaskan hati ramai.

      Padam
    3. Apa pun kita tunggu juga apa perkembangan seterusnya. rasanya jika perlu tukarkan tempat radio sabah ini.

      Padam
    4. Mungkin sudah masanya untuk mendapatkan tempat baru bagi radio Sabah ini. Biarkan tempat lama ini menjadi tempat perlancongan pula.

      Padam
    5. Lebih baik bangunan ini di jadikan tempat menyimpan bahan-bahan lama berkaitan dengan radio Sabah.

      Padam
    6. Is that any possibility to attract visitor?

      Padam
  2. ask mr.nelson sokial.... he may have a good alternative for old building structures....

    BalasPadam
  3. Baik simpan bangunan radio ni,biarkan org ramai boleh datang lawat dan lebih memahami sejarah Sabah Radio.

    BalasPadam
    Balasan
    1. I think by preserving the historal Sabah Radio Station is vital for our next generation.

      Padam
    2. May be a good idea for tourist attraction.

      Padam
    3. baik juga untuk generasi muda untuk menikmati sejarah Radio di Sabah.

      Padam
  4. Memang bagus dikekalkan sebab banyak kenangannya buat Sabah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan saja kenangan namun nilai sejarah yang tinggi yang amat penting untuk generasi akan datang.

      Padam
    2. Betul itu, sangat berguna kepada generasi akan datang untuk mengenali lebih dengan tentang sejarah Radio Sabah.

      Padam
  5. Namun jika ia dikekalkan pastikan bangunan ini bawa kebaikan buat Sabahan juga jangan pula jadi bangunan terbiar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ini boleh dijadikan satu aset pelancongan akan datang, pasti ramai pelancong yang berminat untuk mengetahuinya.

      Padam
  6. Yes indeed it can be another tourism spots in Sabah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Denagan adanya cadangan untuk mengekalkan bangunan RTM ini, akan bertambahlah tempat tarikan pelanconagn di Sabah.

      Padam
    2. bangunan ini jg dpt menjadi tarikan pelancong.

      Padam
  7. Bagus juga gesaan si Jainab ni. All the best Datuk:) hehe

    BalasPadam
  8. Marilah kita harapkan yang terbaik untuk masa depan Sabah:)

    BalasPadam
  9. bangunan ini dah jadi bangunan bersejarah, ia harus dikekalkan.

    BalasPadam
  10. Mungkin boleh menjana pendapatan juga. harus dikaji.

    BalasPadam
  11. Sejarah harus dinikmati.

    BalasPadam
  12. Serahkan kepada kerajaan menentukannya.

    BalasPadam
  13. Tidak salah untuk mengekalkan bangunan yang bersejarah ini.

    BalasPadam
  14. kalau boleh kekalkan, kekalkan saja la.. atau guna saja bangunan ini untuk tujuan lain yang lebih berfaedah daripada dijadikan bangunan buruk..

    BalasPadam
  15. untuk menarik pelancong, bangunan ini perlu mempunyai ciri2 atau rekabentuk yang unik..

    BalasPadam
  16. Tapi sayangnya bangunan tu skg sdh pn abandoned... Huhu 😪

    BalasPadam