Selasa, September 25, 2012

CUACA MENDUNG DAN HUJAN LEBAT DIJANGKA BERTERUSAN HINGGA HUJUNG MINGGU

Cuaca mendung dan hujan lebat dijangka berterusan hingga hujung minggu, kata Pegawai

KOTA KINABALU 25th September, 2012: Cuaca mendung dan hujan lebat beserta dengan angin kencang di sebelah pagi dan petang dijangka akan berterusan hingga hujung minggu ini.

Menurut Pegawai dari Jabatan Metereologi Kota Kinabalu, Mohammad Mukrim Yusof, cuaca tersebut yang dialami oleh penduduk di kawasan perairan Sabah iaitu di Labuan, Pantai Barat dan Kudat merupakan kesan daripada peralihan Angin Monsun Barat Daya.

“Peralihan Angin Monsun Barat Daya yang bertiup pada Jun hingga Oktober setiap tahun telah mengakibatkan hujan kerap terbentuk di kawasan perairan WP Labuan, Sabah (Pedalaman, Pantai Barat dan Kudat),”

katanya ketika dihubungi oleh New Sabah Times, di sini, kelmarin.

Selain itu katanya, angin kencang yang melanda sesetengah kawasan seperti yang berlaku di sini pagi kelmarin juga disebabkan oleh ‘local effect’ (kesan setempat) iaitu perubahan bentuk angin dari Laut China Selatan di bahagian Barat dan bergerak ke Timur sehingga ke Sabah.

Walau bagaimanapun, Mukrim menafikan bahawa cuaca yang dialami ini disebabkan secara langsung oleh sebuah taufan kuat yang melanda Filipina baru-baru ini,” katanya sambil mengakui taufan yang melanda Negara kepulauan tersebut hanya memberikan sedikit tempias kepada angin kencang di sini.

Oleh itu, pihaknya meramalkan cuaca yang dialami kini akan berterusan sepanjang minggu ini dan keadaan dijangka akan berkurang menjelang hujung minggu.

“Tiada apa yang perlu dirisaukan kerana keadaan tidak akan berpanjangan dan tidak mendatangkan bahaya kepada kita semua,” katanya mengakhiri perbualan.

5 ulasan:

  1. Dahsyat angin kuat,malam2 menuip sampai tong sampah luar rumah bergulung-gulung.

    BalasPadam
  2. Ini tidak dinafikan lagi sekarang ini. Kerap berlaku hujan sekarang ini.

    BalasPadam
  3. Baguslah kalau ada jaminan yang mana keadaan hujan sekarang ini tidak mendatangkan bahaya kepada kita.

    BalasPadam
  4. sekarang ni mmg sering hujan lebat, harap ia tak mendatangkan sebarang musibah.

    BalasPadam
  5. kurang perjalanan saya minggu ni sebab takut kalau2 ada mana2 kawasan yang banjir..

    BalasPadam