Sabtu, September 08, 2012

BEKAS IGP: 'CUBAAN MERDEKA KALI KEDUA?'

Bekas IGP: 'Cubaan merdeka kali kedua?'

Bekas IGP: 'Cubaan merdeka kali kedua?

Rahim (kanan) bersama Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah ketika ditemui pada majlis Sambutan Hari Raya Aidilfi tri di IPK Selangor, semalam.

SHAH ALAM – Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor menggambarkan seolah-olah wujud satu gerakan yang mahu memerdekakan negara buat kali kedua.

Ini rentetan daripada suara-suara yang menginginkan Perlembagaan Negara dan institusi raja-raja Melayu dihapuskan.

Gambaran itu diperkuatkan dengan tindakan memperkenalkan bendera ‘Sang Saka Malaya’ pada perhimpunan Janji Bersih sewaktu sambutan Hari Kemerdekaan di Dataran Merdeka, 31 Ogos lalu.

Rahim yang pernah berkhidmat dalam Cawangan Khas selama lima tahun mendakwa, golongan yang disifatkan tidak bersetuju dengan kemerdekaan pertama negara pada tahun 1957 itu tidak mudah dikesan.

Dakwanya, melalui itu, beliau beranggapan bahawa golongan tersebut cuba mewujudkan tahap kedua bagi memerdekakan negara.

"Bagi golongan itu, mereka beranggapan bahawa tahap pertama kemerdekaan negara iaitu menghalau penjajah adalah tidak mencukupi dan perlu ada lonjakan tahap kedua.

"Jika golongan ini mendapat kuasa, mereka akan melaksanakan tahap kedua tersebut. Akan ada Perlembagaan baru, sistem beraja dihapuskan dan yang utama adalah pembentukan negara republik," katanya ketika ditemui selepas majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, semalam.

Mengulas mengenai isu menukar Jalur Gemilang kepada ‘Sang Saka Malaya’ yang dilakukan oleh golongan muda sewaktu perhimpunan haram baru-baru ini, beliau berpendapat, itu merupakan sebahagian daripada langkah untuk menukar negara demokrasi kepada republik.

Katanya, warna utama iaitu merah dan putih itu dilihat menyerupai negara jiran Indonesia dan Singapura yang mengamalkan pemerintahan republik.

"Nama Sang Saka Malaya itu juga digambarkan seolah-olah mahu mengeluarkan Sabah dan Sarawak daripada Malaysia," katanya.

Beliau berkata, bagaimanapun timbul persoalan mengapa tarikh 31 Ogos dipilih untuk memperkenalkan bendera baru tersebut.

"Mungkin ada dalang yang memainkan peranan di sebalik perbuatan yang dilakukan oleh golongan muda-mudi terbabit.

"Sebelum ini juga ada pemimpin yang berucap di negara luar dengan mencanangkannya berita bahawa revolusi di Malaysia sudah berlaku," katanya.

Rahim berkata, rakyat seharusnya bijak dan tidak melupakan sejarah dalam memastikan keselamatan, kesejahteraan serta keharmonian negara tidak tergugat oleh perbuatan sesetengah pihak terutamanya golongan yang cuba memerdekakan negara buat kali kedua.

NURUL RIDUAN NOR ASHAHA

--------------------

'Some trying to turn Malaysia into a republic'

Tiada ulasan:

Catat Ulasan