Jumaat, Ogos 24, 2012

JASA PEMIMPIN TERDAHULU PERLU TERUS DIINGATI: KURUP

Jasa pemimpin terdahulu perlu terus diingati: Kurup

image (2) SOOK 10th August, 2012: Jasa serta pengorbanan para pemimpin yang terdahulu perlu terus diingati oleh rakyat kerana perjuangan mereka telah membolehkan Negara mencapai kemerdekaan yang dinikmati seluruh rakyat di negara ini pada masa ini.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Tan Sri Joseph Kurup, berkata rakyat harus bersyukur dan berterima kasih kepada para pemimpin masa lalu kerana hasil perjuangan mereka terus dinikmati rakyat sehingga hari ini.

“Perjuangan pemimpin kita yang terdahulu telah melalui pelbagai cabaran dan keperitan untuk mencapai kemerdekaan, namun penderitaan mereka itu kini menghasilkan keamanan dan keharmonian kepada generasi masa kini,”

katanya semasa berucap merasmi Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan Ke 55 Peringkat Daerah Kecil Sook Tahun 2012 yang berlangsung di perkarangan Pejabat Daerah Kecil Sook pada Isnin lalu.

Justeru itu katanya, generasi sekarang ini perlu menghargai dan mengenang perjuangan dan pengorbanan pemimpin terdahulu yang telah berkorban untuk kemerdekaan negara.

Kurup yang juga Ahli Parlimen Pensiangan berkata, belia khususnya yang juga merupakan pelapis kepimpinan masa hadapan perlu menghayati sejarah perjuangan ini.

Di Sabah katanya, pejuang kemerdekaan seperti Tun Mustapha, Tun Fuad Stephen dan pemimpin yang seangkatan mereka perlu diingati oleh generasi pada masa ini.

Sementara itu Kurup berkata, dalam tempoh 55 tahun kemerdekaan negara telah banyak pembangunan yang telah dilaksanakan termasuk kebajikan rakyat di negara ini.

Ini, katanya, dapat dilihat dengan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan pada hari ini seperti kemudahan jalan raya, sekolah, klinik kesihatan, bekalan elektrik, bekalan air bersih dan sebagainya.

Dalam masa yang sama Kurup menggesa semua penduduk di kawasan ini agar sama-sama mengibarkan Jalur Gemilang sama di rumah dan kenderaan sehingga 16 September bagi membuktikan semangat cintakan negara.

--------------

Sepanggar Umno Youth hosts ‘Jejak Pahlawan’

Tiada ulasan:

Catat Ulasan